Kubis Cina
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Kubis Cina |
---|
Spesies |
Brassica rapa |
Kumpulan kultivar |
Kumpulan Chinensis |
Asal |
China, sebelum abad ke-15 |
Ahli kumpulan kultivar |
banyak, sila lihat teks |
Kubis Cina (Brassica rapa, chinensis group; bahasa Cina: 白菜; pinyin: báicài; Kantonis bak choi) adalah sayur daun yang berkait dengan kubis. Ia adalah spesies yang sama seperti bawang. Terdapat banyak pelbagai ejaan, nama dan pengkelasan saintifik. Ia merupakan sayur yang sering digunakan dalam masakan Cina.
[Sunting] Varieti
Terdapat dua kumpulan jelas Brassica rapa, dan kepelbagai jenis dalam kedua jenis ini. Nama binomal B. campestris turut digunakan. Kumpulan Pekinensis adalah lebih biasa didapati antara keduanya, terutama diluar Asia; nama seperti da baicai (lit. "sayur putih besar"); petsay/pechay (bahasa Tagalog); Kubis Putih Cina; nappa, or napa, cabbage; dan hakusai (bahasa Jepun) biasanya merujuk kepada kumpulan ini. Kubis Pekinensis mempunyai daun hijau lebar dengan (Petiole) putih berbalut kemas dalam bentuk batang, tetapi tidak semestinya membentuk pucuk padat. Sebagaimana nama jenis ini tunjukkan, ia popular di China Utara sekitar Beijing (Peking).
Jenis Chinensis pada asalnya dikelaskan sebagai spesies tersendiri di bawah nama B. chinensis oleh Linnaeus. Apabila digunakan dalam bahasa Inggeris, nama bok choy biasanya merujuk kepada Chinensis. Lebih kecil, istilah Mandarin xiao baicai ("sayur putih kecil") juga gambaran InggerisChinese chard, Chinese mustard, celery mustard dan spoon cabbage juga digunakan. Jenis Chinensis tidak membentuk kepala; sebaliknya ia memiliki daun hijau gelap, licin, membentuk kelompok menyerupai pokok Mustard atau celery. Jenis Chinensis popular di selatan China dan Asia tenggara.
Jenis Chinensis dagangan termasuk :
- choy sum (Templat:Zh-cpl; juga bok choy bayi), boleh merujuk kepada samaada bok choy versi kecil yang lembut atau bunga jantung sebarang kubis China. Ia mungkin merujuk kepada jantung Shanghai bok choy.
- Shanghai bok choy (bahasa Cina: 上海白菜; pinyin: Shànghǎi báicài; Bahasa Jepun: ちんげん菜, chingensai) merujuk kepada jenis hijau gelap di mana batangnya (varioles) juga hijau. Ia kemungkinannya sayur paling biasa didapati di Shanghai, di mana ia dikenali sebgai qingcai ("sayur hijau").
[Sunting] Tatanama
Dalam bahasa Mandarin bai cai (白菜, atau "sayur putih") merujuk kepada kedua jenis B. rapa. Bagaimanapun, bahasa Inggeris bok choy dan variasinya bok choi dan pak choi di ambil dari bahasa Kantonis (cognate), yang sebaliknya membawa erti jenis kubis khusus, iaitu yang mempunyai dauh hijau dan batang putih. Variati lain yang memasuki bahasa Inggeris seperti you choy, choy sum, napa (from 黃芽白, nama Kantonis bagi 天津白菜 or 肇菜) dan bok choy kecil, dll. Dengan itu istilah Inggerisbok choy (dan sumber Kantonisnya) tidak sama dengan perkataan Mandarin bai cai, sungguhpun huruf China adalah sama.