Manama
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Manama (Bahasa Arab: المنامة Al-Manāmah, 150,000 penduduk) adalah ibu negara Bahrain dan terletak di Teluk Parsi di bahagian utara pulau Bahrain. Ia merupakan bandar terbesar negara tersebut dan lebih kurang sepertiga rakyatnya tinggal di sana.
Manama pernah disebut di dalam babad Islam sejak 1345 Masihi. Ia diduduki Portugis pada tahun 1521 dan setelah itu oleh Parsi pada tahun 1602. Ia diperintah dengan gangguan minima oleh dinasti Al Khalifah sejak 1783. Manama diisytiharkan sebagai pelabuhan bebas pada 1958 dan dari 1971, dijadikan ibu negara Bahrain.
Asas perekonomian Manama hampir sama dengan seluruh Bahrain: petroleum, penapisan minyak, penangkapan ikan dan pencarian mutiara melaui berselam. Manama memiliki sebuah lapangan terbang antarabangsa di bandar pulau Al Muharraq yang disambungi dengan sebuah koswe. Universiti Bahrain yang diasaskan pada tahun 1961 juga terletak di Manama.