Nombor perdana
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Dalam matematik, nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.
Jika suatu bilangan yang lebih besar daripada satu bukan nombor perdana, maka bilangan itu disebut nombor komposit. Cara termudah untuk menentukan nombor perdana yang lebih kecil daripada bilangan tertentu adalah dengan menggunakan saringan Eratosthenes manakala saringan Atkin agak pantas.
[Sunting] Nombor perdana terbesar
Nombor perdana terbesar yang diketahui setakat September 2006 adalah 232.582.657 − 1. Bilangan ini mempunyai 9,808,358 digit [1] dan merupakan nombor perdana Mersenne yang ke-44. M32582657 (demikian notasi penulisannya) ditemui oleh Curtis Cooper dan Steven Boone pada 4 September 2006 yang merupakan profesor-profesor dari University of Central Missouri bekerja sama dengan puluhan ribu anggota lainnya dari projek GIMPS.
Nombor perdana terkecil dan satu-satunya nombor perdana genap ialah 2.