Nurcholis Madjid
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Dr. Nurcholis Madjid (17 Mac 1939 - 29 Ogos 2005; juga dipanggil Cak Nur) adalah seorang cendekiawan muslim milik bangsa dan merupakan ikon pembaruan pemikiran dan gerakan Islam di Indonesia. Gagasan tentang pluralisme telah menempatkannya sebagai intelektual muslim terdepan, terlebih pada masa Indonesia terperosok daripada perpecahan bangsa.
Dilahirkan di Mojoanyar, Jombang, Jawa Timur kepada KH Abdul Madjid yang dikenali sebagai pendukung Masyumi, Nurcholis dibesarkan di lingkungan keluarga kiai termashyur.
Nurcholis belajar untuk ijazah kesarjanaannya di Institut Agama Islam Negeri (IAIN ), Jakarta pada tahun 1961 sehingga 1968, dan kemudiannya menempuh ijazah kedoktoran falsafah dan khalam Ibnu Taimiyadi di Universiti Chicago, Amerika Syarikat pada 1978 sehingga 1984.
Pemikirannya tersebar melalui tulisan yang dimuat secara berkala di tabloid "Mimbar Demokrasi" yang diterbitkan oleh Himpunan Mahasiswa Islam (HMI). Saat beliau melontarkan penyataan "Islam Yes, Parti Islam No" merupakan pemikirannnya yang paling menggegarkan khalayak, terutamanya kegiatan-kegiatan gerakan Islam. Beliau pada masa itu menganggap bahawa parti-parti Islam telah menjadi "Tuhan" baru bagi umat Islam.
Nurcholis pernah menjadi anggota Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) pada 1987 hingga 1997.
Nurcholis menghembuskan nafas terakhir pada Isnin, 29 Ogos 2005 jam 14.05 WIB di Rumah Sakit Pondok Indah (RSPI), Jakarta Selatan, akibat daripada penyakit hati yang dideritanya. Sejumlah tokoh datang berta'ziah dan melakukan solat jenazah, termasuknya Presiden Susilo Bambang Yudhoyo.