Serangan 11 September 2001
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Serangan September 11, 2001 terdiri dari beberapa siri serangan yang dilaksanakan secara teratur oleh puak pengganas Islam. Serangan ini dilancarkan di Amerika Syarikat pada hari Selasa, 11 September, 2001.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Latar Belakang
[Sunting] Serangan Ke Atas New York
[Sunting] Serangan Ke Atas Washington D.C.
[Sunting] Pelaku Serangan
18 orang telah menaiki 4 buah pesawat untuk menyerang 4 lokasi penting di Amerika Syarikat. Mereka ialah Mohammed Atta , Abdul Aziz Alomari , Walid Al-Shehri , Satam Al-Suqami , Hani Hanjour dan Ahmed al al-Ghamdi dan lain-lain .
Yazid Sufaat dari Malaysia dikatakn turut terlibat.
[Sunting] Jumlah Korban
[Sunting] New York
Dianggarkan seramai 2,986 nyawa terkorban (termasuk di dalam kapal terbang tersebut) dalam serangan domestik yang paling teruk di Amerika Syarikat. Malah, kadar kematian ini melebihi mereka yang terbunuh selepas serangan ke atas Pearl Harbor oleh tentera Jepun pada 7 Disember, 1941.
[Sunting] Washington D.C.
[Sunting] Kesan
Serangan 9/11 telah mengubah secara radikal dasar luar Amerika Syarikat. Selepas peristiwa tersebut Amerika Syarikat telah mempersalahkan al-Qaeda ke atas serngan-serangan ke atas New York dan Washington D.C.
Sebagai tindakan balas, Amerika Syarikat melancarkan perang habis-habisan terhadap pengganas Islam di seluruh dunia. Gerakan ini dimulakan dengan serangan terhadap kerajaan Taliban di Afghanistan dengan alasan kerajaan Taliban memberikan perlindungan kepada al-Qaeda dan membenarkan wilayah Afghanisatan digunakan sebagai markas latiahn Al Qaeda serta membeanrkan wilayah Afghanisastan digunakan sebagai tapak pelancarana serangan ke atas kepentingan Amerika Syarikat.
Presiden George Bush juga mengaitkan Al Qaeda dengan Iraq dan menggunakan kaitan ini untuk memebrikan justifikasi untuknya menyerang Iraq dengan menggunakan, antara lainnya, alasan bahawa kerajaan Iraq pimpinan Saddam Hussein telah membantu kumpulan al-Qaeda.
[Sunting] Suruhanjaya 9/11
Menurut laporan rasmi Suruhanjaya 9/11, sembilan belas lelaki yang merupakan ahli kumpulan al-Qaeda, telah merampas empat kapal terbang komersil di mana dua kapal terbang tersebut telah dihempas kepada dua menara di World Trade Center di Manhattan, New York City, lalu meruntuhkan kedua-dua menaranya. Kapal terbang ketiga pula terhempas di ibu pejabat Kementerian Pertahanan A.S. di Pentagon di Arlington County, Virginia, berhampiran dengan pusat pentadbiran Amerika Syarikat iaitu, Washington DC. Manakala kapal terbang yang keempat terhempas 'dengan selamatnya' di sebuah ladang berhampiran Shanksville, Pennsylvania.