Ular Tedung
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Ular Tedung | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengelasan saintifik | |||||||||||||
|
Ular Tedung adalah ular berbisa beberapa genus dari keluarga Elapidae. Ia biasanya terdapat di kawasan tropika dan bergurun di Asia dan Afrika. Ular tedung membunuh mangsa mereka, biasanya burung dan tikus kecil, dengan menyuntik neurotoksin melalui taring berliang mereka. Ular Tedung Selar terkenal kerana makan ular yang lain; ia makan hampir sepenuhnya ular yang lain, walaupun ular berbisa (ofiofagi). Ular tedung sembur juga mampu melemahkan mangsa dengan menyembur bisa pada mata mangsa. Ular tedung terdapat dalam pelbagai warna daripada hitam atau perang gelap dan putih kekuningan. Ular tedung hitam terdapat di India Utara dan dianggap sub-spesies ular tedung.
Sifat ular tedung yang paling dikenali adalah hud, kepingan kulit dan otot dibelakang kepala yang boleh dikembangkan, kemungkinannya bertujuan menjadikan dirinya kelihatan lebih besar dan mengerunkan kepada pemangsa. Pemangsa ular tedung termasuk cerpelai dan sesetengah burung pemangsa.
"Cobra" adalah is istilah bahasa Portugis bagi ular; ia di ambil dari perkataan Latin akhir *colobra (bagi klasik coluber, colubra). Apabila juragan Portugis tiba di persisiran Afrika dan Asia Selatan pada abad ke 16, mereka menamakan cobra sebagai "cobra-capelo" = "ular-bertudung"; dari gabungan ini, nama tersebut diserap oleh bahasa Sepanyol, Perancis, Inggeris, dan bahasa Eropah lain.
Ular tedung merupakan simbol Hindu yang penting.
[Sunting] Ular digelar "tedung"
- Ular tedung Senduk, (pelbagai spesies)
- Cape Cobra, Naja nivea
- Indian Cobra, Naja naja
- Egyptian Cobra, Naja haje
- Ular Tedung Senduk, Naja naja kaouthia
[Sunting] Cobra yang bukan tedung
Sungguhpun digelar Cobra (dalam bahasa Inggeris), ular berikut tidak dikelaskan sebagai cobra dan tidak termasuk genus Naja.
- Eastern Water Cobra, Boulengerina annulata stormsi
- Gold's Tree Cobra, Psuedohaje goldii
- Shield-Nosed Cobra, Aspidelaps lubricus lubricus
- King Cobra, Ophiophagus hannah
- False Cobra, Malpolon moilensis
[Sunting] Pautan luar
- Sistem Maklumat Taksonomi Bersepadu Serpentes