Wangsa Safavid
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sejarah Iran |
---|
|
Zaman Moden
|
sunting |
Safavid (Bahasa Parsi: صفویان) adalah dinasti Iran[1][2][3] yang memerintah dari tahun 1501 hingga 1736. Ketika era inilah agama Islam Shia menjadi agama rasmi Iran (sehingga ke hari ini.) Safavid berjaya menyatukan seluruh kawasan-kawasan bekas Empayar Parsi sekaligus membentuk semula identiti bangsa Parsi. Era ini juga menyaksikan Iran memasuki dunia moden.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Asal-Usul Wangsa Safavid
Wangsa Safavid bermula daripada gerakan Sufi di kawasan Azarbaijan yang digelar Safaviyeh. Pengasas gerakan Sufi ini ialah Sheikh Safi Al-Din[3] (1252–1334).
Sheikh Safī al-Dīn Abdul Fath Is'haq Ardabilī berasal dari Ardabil, sebuah bandar di wilayah Iran Azerbaijan. Beliau merupakan anak murid seorang imam Sufi iaitu Sheikh Zahed Gilani (1216–1301, dari Lahijan.) Safi Al-Din kemudiannya menukar Ajaran Sufi ini kepada Ajaran Safaviyeh sebagai tindak balas kepada pencerobohan tentera Mongol di wilayah Azerbaijan. Pada kurun ke 15, Safaviyeh mula meluaskan pengaruh dan kuasanyanya dalam bidang politik dan ketenteraan ke seluruh Iran dan berjaya menawan seluruh Iran dari pemerintahan kerajaan Timurid. Penyatuan Iran juga turut dikenali sebagai gerakan Islam Shia.
[Sunting] Sejarah
Ketika abad ke 15, Empayar Turki Uthmaniyah berkembang hingga ke Anatolia dan mula memasuki kawasan orang Parsi. Sebagai tindak balas, pengikut Safaviyeh dari Ardabil menawan Tabriz dari Turki dibawah pimpinan Alwand. Safaviyeh kemudiannya dipimpin oleh Ismail I dan dibawah pemerintahan beliau, Tabriz menjadi ibu kota dinasti Safavid dan beliau sendiri menggelarkan dirinya sebagai Shah Azerbaijan. Kemudiaanya Ismail I mara ke barat laut Iran dan menawan kesemua wilayah Iran daripada pegangan Turki. Pada tahun 1511 pula, tentera Uzbek berjaya dihalau keluar dari Iran (dimana kemudiannya mereka menawan Samarkand dan menjadikannya ibu negara Uzbek.) Ketika zaman Ismail I, bahasa rasmi Iran ialah Bahasa Azeri.
Sepanjang pemerintahan Safavid, Islam Shia menjadi agama rasmi Iran walaupun Shia sudah lama dipraktikan sebelum zaman Safavid. Raja-raja Safavid kemudiannya membawa masuk lebih ramai ulama-ulama Shia dan menganugerahkan mereka wang dan tanah sebagai balasan kepada kesetiaan mereka kepada dinasti Safavid.
Zaman kegemilangan Safavid menyaksikan kebangkitan semula kegemilangan orang Parsi. Sastera, kesenian dan binaan Parsi berkembang semula dan bukti yang nyata ialah pembinaan Dataran Naghsh-i Jahan di Isfahan. Dari segi ekonomi perdagangan Iran berkembang kerana ianya terletak di tengah-tengah Jalan Sutera.
Kegemilangan Safavid mula menurun ketika abad ke 17. Raja-raja Safavid semakin lama menjadi semakin tidak efisien dan hidup berfoya foya. Iran pula sentiasa diserang oleh tentera Turki Uthmaniyah, Afghani dan Arab. Pada tahun 1698, Kerman berjaya ditawan puak Baluchi dan Khorasan pula jatuh ketangan Afghani pada tahun 1717. Selain itu, Safavid turut berhadapan dengan ancaman baru iaitu kemaraan Empayar Rusia di sebelah utara serangan tentera Mughal di sebelah timur. Turut memburukkan keadaan, ekonomi Safavid merosot akibat perubahan jalan perdagangan antara timur dan barat, dimana Jalan Sutera tidak lagi digunakan.
Pada tahun 1760 Karim Khan, seorang general tentera mengambil alih kuasa sekaligus menamatkan pemerintahan Safavid di Iran dan menubuhkan Dinasti Zand