19 Oktober
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
Templat:Takwim Oktober 2008
19 Oktober merupakan hari ke-292 (hari ke-293 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 73 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Perlembagaan di Niue (1974)
- Hari Ibu Teresa di Albania.
[sunting] Peristiwa
- 202 SM - Prokonsul Scipio Africanus dari Republik Rom menewaskan Hannibal dan orang Carthage dalam Pertempuran Zama, mengakhiri Perang Punic Kedua.
- 1469 - Ferdinand II dari Aragon mengahwini Isabella dari Castile (gambar), satu perkahwinan yang membuka jalan ke arah penyatuan Aragon dan Castile menjadi Sepanyol.
- 1781 - Perang Revolusi Amerika: Tentera British pimpinan Lord Charles Cornwallis secara rasminya menyerah kepada tentera Perancis-Amerika pimpinan George Washington, menamatkan Pengepungan Yorktown.
- 1943 - Streptomycin, ubat antibiotik pertama untuk batuk kering, diasingkan oleh penyelidik di Universiti Rutgers.
- 1987 - Dow Jones Industrial Average jatuh 22% pada Isnin Hitam, kemerosotan satu-hari terbesar dalam sejarah.