Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Malaysia |
Rencana ini sebahagian daripada siri: |
|
Other countries · Atlas Portal Politik |
Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB) (bahasa Inggeris: United Traditional Bumiputera Party) merupakan salah satu parti politik Malaysia tempatan di Sarawak. PBB ditubuhkan pada 30 April 1973 daripada penggabungan tiga buah parti politik di Sarawak, iaitu Parti Negara Sarawak (PANAS), Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA), dan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA). Percantuman ini adalah berdasarkan perjuangan untuk meningkatkan kehidupan dan membela nasib kaum Bumiputera dalam pelbagai bidang, termasuk politik, ekonomi, dan sosial.
Senarai kandungan |
[sunting] Sejarah
Sejarah awal penubuhan PBB adalah atas ilham dan inisiatif Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Setiausaha Agung BARJASA yang muda dan idealistik ketika itu, serta Ketua Menteri Sarawak dan Presiden PBB sekarang.
Sebelum pilihanraya negeri yang pertama pada Januari 1963, BARJASA, SNAP, PESAKA dan (Persatuan Cina Sarawak (SCA) membentuk sebuah parti campuran pada Julai 1962. Parti campuran ini dipengerusikan oleh Tun Jugah, dengan Datuk Stephen Kalong Ningkan sebagai Setiausaha Agungnya. Walau bagaimanapun, PANAS kemudian menarik diri daripada parti campuran ini menjelang pilihan raya untuk menyertai parti pembangkang Parti Kebangsaan Sarawak (SUPP). Selepas pilihan raya, parti campuran ini ternyata mendapat keputusan yang menyakinkan dan membentuk Kabinet Negeri yang pertama. Datuk Kalong Ningkan dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak pertama, manakala Tun Jugah dilantik menganggotai Kabinet Persekutuan di Kuala Lumpur selaku Menteri Hal Ehwal Sarawak.
Antara tahun 1963 dan 1966, politik Sarawak mengalami pergolakan yang hebat, disebabkan terlalu banyak parti politik sehingga mencetuskan krisis demi krisis yang sesetengahnya berbau perkauman. Krisis ini akhirnya tamat dengan penyingkiran Datuk Ningkan sebagai Presiden SNAP. Menggantikan tempat Datuk Ningkan sebagai Ketua Menteri baru ketika itu ialah Penghulu Tawi Seli. Kabinetnya terdiri daripada tiga orang ahli PESAKA (termasuk beliau sendiri), dua ahli BARJASA (termasuk Datuk Patinggi Taib), dan seorang ahli PANAS. PANAS menyertai semula parti campuran ini hanya sebelum penyingkiran Datuk Ningkan.
Sarawak mencapai satu kemajuan politik apabila BARJASA dan PANAS bergabung untuk membentuk Parti Bumiputera pada bulan Mac 1968. Datuk Patinggi Taib menjadi penggerak utama ke arah pergabungan ini. Parti Bumiputera diketuai oleh Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Abang Ikhwan Zaini, dengan Datuk Taib memegang jawatan Setiausaha Agung. Kekuatan parti dan perpaduan terus diperkukuh apabila Parti Bumiputera dan PESAKA bergabung untuk melahirkan Parti PBB pada 30 April 1973. Tun Jugah yang pada ketika itu selaku Menteri Hal Ehwal Sarawak telah dilantik sebagai Presiden pertama PBB. Datuk Patinggi Taib memegang jawatan Presiden PBB secara automatik apabila memenangi jawatan Presiden tanpa bertanding pada 1981 sehingga sekarang.
Kewujudan parti ini sebagai satu komponen terbesar dalam Barisan Nasional Negeri telah mengukuhkan lagi kedudukan bumiputera. Sejak penubuhannya, keahlian PBB telah meningkat dengan banyaknya sehingga kini terdapat 56 bahagian. Ahli-ahlinya telah menjangkau 300,000 orang, dengan lebih 1,000 cawangan di seluruh negeri. Parti ini disokong penuh oleh kaum bumiputera, terutamanya golongan Melayu-Melanau, Iban, Bidayuh, dan Orang Ulu.
[sunting] Alamat
Ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputra
Lot 401, Jalan Bako
P.O. Box 1953
Kuching 93400
SARAWAK
Tel : 6082-448299/ 6082-448298
Fax : 6082-448294
http://www.bumiputerasarawak.org.my
[sunting] Rujukan
- Chin, James. 2003. 'The Melanau-Malay Schism Erupts Again: Sarawak at the Polls' in Lok Kok Wah & Johan Saravanamuttu (eds.), New Politics in Malaysia (Singapore: Institute of South East Asian Studies, 2003) (ISBN 9812301690) pp. 213-227
- An review of various "Sons of Soil" concepts by Dr. Bhaskar Dasgupta: http://piquancy.blogspot.com/2006/02/sons-of-soil.html
http://www.hindustantimes.com/news/5983_1622377,004300140003.htm
[sunting] Pautan Keluar
Senarai parti politik Malaysia | ||
---|---|---|
Barisan Nasional | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) • Persatuan Cina Malaysia (MCA) • Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) • Kongres India Se-Malaysia (MIC) • Parti Progresif Rakyat (PPP) • Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) • Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) • Parti Maju Sabah (SAPP) • Parti_Bersatu_Sabah (PBS) • Parti Liberal Demokratik-Sabah (LDP) • Parti_Bersatu_Rakyat_Sabah (PBRS) • Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) • Parti Progressif Demokrasi Sarawak (SPDP) • Parti Rakyat Sarawak (PRS) | |
Barisan Alternatif | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) • Parti Keadilan Rakyat (PKR) | |
Parti-parti lain | Parti Tindakan Demokratik (DAP) • Parti Pekerja Malaysia (PPM) • Kongres Dayak Malaysia (MDC) • Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) • Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) • Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) • Pertubuhan Pasok Nunukragang Kebangsaan Bersatu (PASOK) • Kongres Perikatan Komuniti (CCC) • Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (BERSEKUTU) • Parti Demokrasi Rakyat Kekuasaan Sabah Bersatu (SETIA) • Parti Negeri untuk Perubahan (STAR) • Angkatan Keadilan Rakyat Malaysia (AKIM) • Parti Demokratik Malaysia (MDP) • All Malaysian Indian Progressive Front (AMIPF) • Parti Punjabi Malaysia (PPM) • Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) • Parti Sosialis Malaysia (PSM) |