28 Februari
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
<< | Februari | >> | ||||
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | |||
2007 |
28 Februari merupakan hari ke-59 dalam kalendar Gregory. Tinggal 306 hari (atau 307 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya. Ia merupakan hari terakhir dalam bulan kedua tahun biasa.
Hari ini juga merupakan Hari Peringatan Kedamaian di Taiwan.
[Sunting] Peristiwa
- 364 - Valentinian I (gambar) dilantik sebagai Maharaja Rom oleh pegawai tentera Rom di Nicaea, Bithynia.
- 1900 - Perang Boer Kedua: Pengepungan Ladysmith selama 118 hari berakhir.
- 1935 - Nilon dicipta oleh Wallace Carothers.
- 1972 - Lawatan Presiden Amerika Syarikat Richard Nixon ke Republik Rakyat China berakhir dengan kedua-dua negara mengeluarkan Kenyataan Shanghai, yang berjanji berusaha memperbaiki hubungan diplomatik.
- 1986 - Perdana Menteri Olof Palme dari Sweden dibunuh di Stockholm.