2 April
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
<< | April | >> | ||||
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | |||||
2007 |
2 April merupakan hari ke-92 (hari ke-93 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 273 hari sebelum memasuki tahun selepasnya. Waktu Jimat-Siang bermula di kebanyakan Amerika Utara dan berakhir di Australia.
Hari ini juga merupakan Hari Malvinas di Argentina (2006).
[Sunting] Peristiwa
- 1792 - Melalui Akta Pencetakan Duit Syiling, Kilang Syling Amerika Syarikat ditubuhkan dan mata wang Amerika Syarikat diperpuluhkan.
- 1801 - Angkatan tentera British yang diketuai oleh Horatio Nelson menewaskan armada Denmark-Norway dalam Perang Copenhagen.
- 1956 - Filem Sewaktu Dunia Berpusing (As the World Turns) mengadakan pertayangan perdana di televisyen Amerika Syarikat sebagai drama bersiri setengah jam pertama.
- 1982 - Perang Falkland: Angkatan bersenjata khas Argentina memulakan serangan Kepulauan Falkland.
- 1992 - John Gotti (gambar), bos jenayah Keluarga Gambino disabitkan bersalah kerana kegiatan haram, pembunuhan, pengkomplotan untuk melakukan pembunuhan, kegiatan lintah darat, perjudian haram, pengelakan cukai, dan menghalang proses keadilan.
- 1997: Sebuah pesawat Boeing 777-200 berdaftar 9M-MRA oleh Penerbangan Malaysia memecah rekod Pusingan Besar Tanpa Mendarat untuk pesawat penumpang dengan terbang ke timur dari Boeing Field, Seattle ke Kuala Lumpur, Malaysia.