Penerbangan Malaysia
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Penerbangan Malaysia ڤنربڠن مليسيا Malaysia Airlines |
||
---|---|---|
IATA MH |
ICAO MAS |
Pengenalan MALAYSIAN |
Penubuhan | 1947 (sebagai Malayan Airways) | |
Hab | Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur | |
Bandar tumpuan/Hab kedua | Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Lapangan Antarabangsa Kuching |
|
Program frequent flyer | Enrich oleh Malaysia Airlines | |
Lobi ahli | Golden Lounge | |
Bilangan pesawat | 95 | |
Destinasi | Lebih 100 | |
Ibu pejabat | Kuala Lumpur, Malaysia | |
Tokoh | Idris Jala (Pengarah Urusan) | |
Laman web: www.malaysiaairlines.com |
Penerbangan Malaysia juga dikenal sebagai Malaysia Airlines merupakan syarikat penerbangan kebangsaan Malaysia. MAS juga merupakan salah satu syarikat penerbangan yang berstatus 5 Bintang
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah
- Rencana utama: Sejarah Penerbangan Malaysia
Penerbangan Malaysia bermula pada tahun 1947, dikenali sebagai Malayan Airways dan kemudian ditukar menjadi Malaysian Airways susulan dengan penubuhan Persekutuan Malaysia. Berikutan kemerdekaan Singapura, nama penerbangan ini ditukar menjadi Malaysia-Singapore Airlines. Disebabkan perbezaan pendapat diantara kerajaan Singapura dan Malaysia, penerbangan ini berpecah kepada dua, di mana bahagian Malaysia menjadi Sistem Penerbangan Malaysia (Malaysian Airlines System atau MAS). Pada tahun 1987, nama penerbangan ini ditukar menjadi Penerbanagan Malaysia (Malaysia Airlines).
[Sunting] Maklumat Korporat
Pasaran saham Malaysia Airlines yang didagangkan di Bursa Malaysia adalah dibawah nama Malaysia Airline System Berhad. Penerbangan Malaysia Berhad adalah syarikat induk. Syarikat penerbangan ini mengalami kerugian yang besar disebabkan oleh kenaikkan bahan api dan juga pentadbiran yang kurang baik. Kerajaan Malaysia mengambilalih semula syarikat penerbangan ini dan Idris Jala merupakan CEO baru bermula 1 Disember 2005. Dibawah pentadbirannya, Malaysia Airlines memperkenalkan Business Turnaround Plan (BTP) pada 1 Februari 2006 yang terdiri daripada masalah rangkaian kurang memberangsangkan dan produktif yang rendah (terlebih pekerja). Ibu pejabat syarikat penerbangan di Bandaraya Kuala Lumpur telah dijual. Bangunan korporat yang baru di Sultan Abdul Aziz Shah Airport di Subang.
[Sunting] Struktur Kumpulan
Malaysia Airlines mempunyai lebih daripada 20 subsidiri dan anak syarikat termasuklah:
Malaysia Airlines Cargo Sdn. Bhd. - 100%
Malaysia Airlines Cargo Sdn. Bhd. adalah divisyen kargo Malaysia Airlines dan secara komersial dikenali sebagai MASkargo. Pengangkut kargo adalah berpangkalan di Advance Cargo Center di KL International Airport. Main Article: MASkargo
MAS Aerotechnologies Sdn. Bhd. - 100%
MAS Aerotechnologies Sdn. Bhd. ialah divisyen kejuruteraan dan penyelenggaraan Malaysia Airlines yang dikenali sebagai Malaysia Airlines' Enginerring and Maintenance Division. Divisyen Malaysia Airlines' Engineering and Maintennance menawarkan penyelenggaraan pesawat, perkhidmatan 'calibration', latihan kejuruteraan & penyelenggaraan and bantuan penuh kejuruteraan & penyelenggaraan pelanggan pesawat syarikat penerbangan , antaranya ialah KLM Royal Dutch Airlines, Garuda Indonesia dan Royal Brunei Airlines.
MAS Academy Sdn. Bhd. - 100%
MAS Academy Sdn. Bhd. ialah fasiliti latihan is Malaysia Airlines dibina untuk faktor manusia dan pembangunan penyelidikan. MAS Academy ialah fasiliti latihan untuk pekerja. MAS Academy juga menawarkan latihan untuk organisasi dalam operasi penerbangan dan sektor yang berkenaan.
MAS Golden Holidays Sdn. Bhd. - 100%
MAS Golden Holidays Sdn. Bhd. ialah divisyen Malaysia Airlines. Dikenali sebagai Golden Holidays, dimana divisyen ini bertanggungjawab untuk pemasaran dan menjual pakej percutian Malaysia Airlines and lawatan.
[Sunting] Firefly, Syarikat Penerbangan Kedua
- Rencana utama: Firefly
Bagi memantapkan lagi operasi, Penerbangan Malaysia melancarkan syarikat penerbangan baru yang akan dikenali sebagai Firefly.
Sebagai permulaan, Firefly beroperasi dengan dua pesawat Fokker F50 dan memberikan perkhidmatan dua kali sehari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Pulau Pinang ke Kota Bharu, Langkawi, Kuantan dan Kuala Terengganu, dengan tambahan perkhidmatan harian ke Phuket dan Koh Samui di selatan Thailand.
Firefly adalah dikendalikan oleh anak syarikat milik penuh Flyfirefly Sdn Bhd (yang dahulunya dikenali sebagai Kelas Services Sdn Bhd), yang diberikan Sijil Pengendali Udara dan Lesen Perkhidmatan Udara oleh Jabatan Penerbangan Awam.
[Sunting] Pesawat
- Pesawat penumpang:
- Airbus A330-300 (11)
- Airbus A330-200 (5)
- Boeing 747-400 (17)
- Boeing 777-200 (17)
- Boeing 737-400 (39)
- Pesawat kargo:
- Boeing 747-400F (2)
- Boeing 747-200F (4)
[Sunting] Hab
Bagi operasi antarabangsa, Penerbangan Malaysia beroperasi melalui hub utamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA). Manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching menjadi hub sekunder bagi operasi domestik.
[Sunting] Destinasi
- Rencana utama: Destinasi-destinasi Penerbangan Malaysia
Penerbangan Malaysia terbang ke bandar-bandar utama di Asia, Australia, Eropah, Amerika Syarikat dan Afrika
[Sunting] Pautan luar
- Laman Web Penerbangan Malaysia
- Laman Web Penerbangan Malaysia - Malaysia
- Laman Web Penerbangan Malaysia Berhad (Syarikat Induk Penerbangan Malaysia)
AirAsia • AirAsia X • Berjaya Air • Firefly • FlyAsianXpress • Hornbill Skyways • Layang Layang Aerospace • Penerbangan Malaysia • MASkargo • Sabah Air • Transmile Air Services