Bahasa Kantonis
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Bahasa Kantonis 粵語, 粤语 Yuet6yue5 |
||
---|---|---|
Dituturkan di: | Selatan China, Hong Kong, Macau, Malaysia, Kanada, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan negara lain. | |
Rantau: | tengah Guangdong; Pearl River Delta; timur dan selatan Guangxi; bahagian Hainan | |
Bil. penutur: | 66 juta [1] | |
Kedudukan: | 16 | |
Keluarga bahasa: | Sino-Tibet Cina Bahasa Kantonis |
|
Status rasmi | ||
Bahasa rasmi: | Hong Kong KPK dan Macau KPK dari RRC | |
Dikawal oleh: | tiada pengawalan rasmi | |
Kod bahasa | ||
ISO 639-1: | zh | |
ISO 639-2: | chi (B) | zho (T) |
ISO/FDIS 639-3: | yue — [[]] | |
Nota: Halaman ini mungkin mengandungi simbol-simbol fonetik IPA dalam Unikod. Sila lihat carta IPA untuk nada sebutan berdasarkan bahasa Inggeris. |
Kantonis (廣東話, lit. "loghat Guangdong" atau secara rasmi 粵方言, lit. "bahasa Yuet". Yuet merupakan nama lama daerah yang kini dikenali sebagai Guangdong dan Guangxi) ialah salah satu daripada loghat dalam bahasa Cina. Ia dipertuturkan secara meluas di tenggara tanah besar China, Hong Kong, Macau, oleh golongan minoriti Cina di Asia Tenggara dan oleh ramai Cina seberang laut di seluruh dunia. Namanya diambil daripada Canton, nama lama bandar Guangzhou. Kantonis merupakan bahasa berasaskan nada.
Kantonis merupakan lingua franca Cina dagang, dipertuturkan oleh 70 juta orang seluruh dunia, kurang berbanding Cina Mandarin, tetapi masih merupakan bahasa penting.