Gemencheh
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Pekan Gemencheh terletak di antara Tampin dan Gemas , Negeri Sembilan, Malaysia. Kampung Gemencheh terletak berhampiran dengan Sungai Gemencheh, dalam mukim Gemas, negeri Sembilan. Kedudukan pada latitud 2.5333 dan lingitud 102.4000, 60 meter dari aras laut.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Kampung
Antara kampung yang terhampir di sini ialah Kampung Ayer Hati, Kampung Pulau, Kampung Tanjung Melintang, Kampung Baru Gedok , Kampung Gedok, Kampung Tengah , Kampung On Lok, Batang Melaka dan Kampung Punggor.
[Sunting] Cara ke sana
Dari Kuala Lumpur, anda ikut Lebuh raya Utara Selatan dan keluar simpang ke Tampin, negeri Sembilan. Anda terus ke Gemas. Sebelum sampai ke Gemas, anda akan temui pekan Gemencheh.
[Sunting] Perang Dunia Kedua
Semasa Perang Dunia Kedua, jambatan Gemencheh menjadi lokasi pertempuran hebat antara tentera Jepun yang hendak ke selatan menuju Johor dan Singapura. Di jambatan inilah , pasukan tentera Australia 8 Division dan Batalion 2/30 menyerang hendap tentera Jepun. Tujuannya agar perjalanan tentera Jepun dapat diperlahankan sebelum sampai ke Singapura. Tentera Australia di bawah pimpinan Leftenan Kolonel "Black Jack" Galleghan bersiap sedia pada pagi 14 Januari 1942 meletupkan jambatan tersebut di bawah operasi musnah semua infrastuktur yang mungkin dilalui oleh tentera Jepun. Sebuah tugu peringatan bagi mengenang peristiwa tersebut telah dibina oleh bekas tentera Australia di jambatan itu.
[Sunting] Pembunuhan Datuk Mohamad Taha Talib
Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Mohamad Taha Talib telah dibunuh oleh Datuk Mokhtar Hashim yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kebudayaan , Belia dan Sukan dan ahli Parlimen Tampin, Negeri Sembilan. Pembunuhan itu dilakukan di Kampung Seri Asahan, Gemencheh , Negeri Sembilan pada jam 1.30 pagi , 14 April 1982. Datuk Mokhtar Hashim telah ditangkap di rumahnya di rumahnya di Jalan 16/6 , Petaling Jaya jam 1.30 pagi. Orang lain yang terlibat termasuklah Rahmat Satiman ( 46 tahun - ketua kampung ), Nordin Johan ( 33 tahun - peniaga) , Aziz Abdullah ( 65 tahun , kerja sendiri, Aziz PJK) dan Aziz Tumpuk. Perbicaraan selama 75 hari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Hakim Hashim Yeop Sani menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ( biasanya 20 tahun ).
[Sunting] Empangan Gemencheh
Empangan Gemencheh dibina di hulu Sungai Gemencheh dalam Rancangan Malaysia ke-4 . Empangan Gemencheh dibina bagi mengatasi masalah bekalan air yang cukup serius di Melaka pada tahun 1991. Loji Rawatan Air Gemencheh dibina bagi membersihkan air sebelum disalurkan kepada para pengguna.
[Sunting] Sila lihat
![]() |
Negeri Sembilan Darul Khusus | ![]() |
Daerah: Jelebu | Jempol | Kuala Pilah | Port Dickson | Rembau | Seremban | Tampin | ||
Bandar: Bahau | Batang Benar | Batu Kikir | Chembong | FELDA L.B. Johnson | Gemas | Gemencheh | Johol | Juasseh | Kota | Kuala Klawang | Kuala Pilah | Labu | Lenggeng | Linggi | Lukut | Mantin | Mambau | Nilai | Pajam | Pasir Panjang | Pedas | Pengkalan Kempas | Port Dickson | Rantau | Rembau | Rompin | Senawang | Sepang Road | Seremban | Seri Menanti | Siliau | Sungai Gadut | Sungai Muntoh | Tampin | Teluk Kemang | Tiroi |