Indonesia Raya
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Indonesia Raya adalah lagu kebangsaan Indonesia dan digubah pada tahun 1928. Polisi penjajah Belanda pada masa itu adalah "divide and rule" atau "memisah dan memerintah". Ia merupakan sebuah polisi yang sengaja membesarkan perbezaan bahasa, suku kaum dan agama di antara rakyat Hindia-Belanda (Indonesia).
Lagu Indonesia Raya menandakan lahirnya pergerakan nasionalisma di negara tersebut. Ia pertama kali diperkenalkan oleh penggubahnya, Wage Rudolf Supratman, pada 28 Oktober 1928 di perhimpunan agung belia-belia Indonesia di Batavia (kini Jakarta). Di sana, para pemuda Indonesia dari pelbagai suku kaum, bahasa dan ugama bersumpah untuk mendirikan:
Satu tanahair, iaitu Indonesia
Satu bangsa, iaitu bangsa Indonesia
Satu bahasa yang menyatukan, iaitu bahasa Indonesia
Lagu yang telah diperkenalkan di perhimpunan Sumpah Pemuda ini menjadi amat popular dan dinyanyikan di setiap perjumpaan politik di pelusuk Hindia-Belanda. Lagu ini memberi semangat kemerdekaan yang mendalam di kalangan rakyat di seluruh kepulauan Indonesia.
[Sunting] Lirik
1. Indonesia tanah airku
Tanah tumpah darahku
Di sanalah aku berdiri
Jadi pandu ibuku
Indonesia kebangsaanku
Bangsa dan tanah airku
Marilah kita berseru,
Indonesia bersatu.
Hiduplah tanahku hiduplah negeriku
Bangsaku rakyatku semuanya
Bangunlah jiwanya bangunlah badannya
Untuk Indonesia Raya.
Refrain:
Indonesia Raya merdeka, merdeka
Tanahku negeriku yang kucinta
Indonesia Raya merdeka, merdeka
Hiduplah Indonesia Raya!
2. Indonesia tanah yang mulia,
Tanah kita yang kaya
Di sanalah aku berada,
Untuk selama-lamanya
Indonesia tanah pusaka, Pusaka kita semuanya
Marilah kita mendoa, Indonesia bahagia.
Suburlah tanahnya, suburlah jiwanya
Bangsanya, Rakyatnya semuanya
Sedarlah hatinya, sedarlah budinya
Untuk Indonesia Raya!
3. Indonesia tanah yang suci,
Tanah kita yang sakti
Di sanalah aku berdiri,
Menjaga ibu sejati
Indonesia tanah berseri,
Tanah yang aku sayangi
Marilah kita berjanji,
Indonesia abadi.
Selamatlah rakyatnya, selamatlah puteranya
Pulaunya, lautnya semuanya
Majulah negerinya, majulah pandunya
Untuk Indonesia Raya!
(Hanya rangkap pertama dinyanyikan di upacara-upacara rasmi)