Kolkata
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Negara | India |
Negeri | Bengal Barat |
Daerah | Kolkata |
Koordinat | 22.33° U 88.20° T |
Kawasan | 185 km² |
Datuk Bandar | Bikash Bhattacharya |
Bil. Penduduk: Kedudukan: Kepadatan: |
Bandar raya (2001): 4,580,544 Metropolitan (2006): 14,681,589 Metropolitan: (ke-3) 24,760 |
Waktu | UTC+5:30 |
Kod: Talipon: Pos: |
91 (0)33 700 xxx |
Laman web rasmi | www.kolkatamycity.com |
Kolkata (dahulu Calcutta) ialah ibu negeri Bengal Barat yang terletak di tebing timur Sungai Hooghly di India timur. Dengan bilangan penduduk bandar raya sebanyak hampir lima juta, dan bilangan penduduk metropolitan melebihi 14 juta, Kolkata ialah aglomerasi bandar yang ketiga terbesar dan bandar raya yang keempat terbesar di India.
Kolkata bertindak sebagai ibu negara India semasa Raj British sehingga 1911. Merupakan pusat pendidikan, sains, kebudayaan, dan politik moden pada satu ketika, Kolkata mengalami kebekuan ekonomi pada tahun-tahun yang menyusul kemerdekaan India pada tahun 1947. Bagaimanapun sejak tahun 2000, pembalikmudaan ekonomi telah menyekat kemerosotan yang mengerikan ini, dan telah menyebabkan peningkatan dalam pertumbuhan bandar raya Kolkata. Serupa dengan bandar raya besar yang lain, Kolkata terus menempuh masalah-masalah perbandaran seperti kemiskinan, pencemaran, dan kesesakan lalu lintas. Sebuah bandar raya yang bersemangat dan bertenaga dengan budaya sosial dan politik tersendiri, Kolkata dikenali untuk sejarah revolusinya, dari perjuangan kemerdekaan India hingga ke gerakan-gerakan puak kiri dan kesatuan sekerja. Dirujuk sebagai "Ibu Kota Kebudayaan India", "Bandaraya Perarakan", dan "Bandaraya Kegembiraan", Kolkata merupakan tempat asal kepada tokoh-tokoh seperti Rabindranath Tagore, Subhas Chandra Bose, Ibu Teresa, Satyajit Ray, dan Satyendranath Bose.
[Sunting] Nama
Nama Kolkata dan Calcutta mungkin berasal daripada perkataan Kalikata, nama untuk salah satu daripada tiga kampung di kawasan itu sebelum ketibaan pihak British. [1] Perkataan "Kalikata" pula merupakan versi bahasa Inggeris untuk perkataan Kalikshetra ("Tanah dewi Kali"). Bagaimanapun, terdapat teori-teori lain mengenai asal nama ini. Penempatan asal bandar raya ini didakwa ditempatkan di tepi sebatang khal (bahasa Bengali untuk "terusan") yang mungkin melahirkan nama bandar raya ini. Selain itu, tempat ini dikenali untuk pengeluaran kapur, dan nama "Kolkata" mungkin berasal daripada kali (bahasa Bengali untuk "kapur") dan kata (bahasa Bengali untuk "cangkerang"). Tambahan pula, nama ini mungkin juga berasal daripada istilah bahasa Bengali kilkila yang bermaksud "kawasan datar". [2] Kerajaan Bengal Barat menukarkan nama rasmi bandar raya Calcutta menjadi Kolkata; nama baru disahkan pada tahun 2001.
[Sunting] Rujukan
- ↑ (Mukherjee 1991)
- ↑ Kolkata (Calcutta): History. Calcuttaweb.com. Dicapai pada 2006-06-01.
[Sunting] Pautan luar
|
||
|
- Panduan perjalanan Kolkata dari Wikitravel
- Perbadanan Perbandaran Kolkata
- Pihak Berkuasa Kemajuan Perbandaran Kolkata
- Kerajaan Bengal Barat
- Peta bandar raya Kolkata
- Kolkata di peta-peta Google
- Maklumat praktik, peta, pautan, gambar & resipi
- Cuaca kini di Kolkata
- Kolkata 1945: sebuah album gambar foto tentera Amerika
- Gambar foto Kolkata @ Flickr
- Kolkata: Bandaraya Istana-istana
- Calcuttaweb: panduan menyeluruh
- Bandar Raya Menawan Selama-lamanya
- Planet Kesepian Kolkata
Negeri dan wilayah India Ibu negeri India |
---|
Agartala • Aizawl • Bangalore • Bhopal • Bhubaneswar • Chandigarh • Chennai (Madras) • Daman • Dehradun • Delhi • Dispur • Gandhinagar • Gangtok • Hyderabad • Imphal • Itanagar • Jaipur • Kavaratti • Kohima • Kolkata (Calcutta) • Lucknow • Mumbai (Bombay) • Panaji • Patna • Pondicherry • Pelabuhan Blair • Raipur • Ranchi • Shillong • Shimla • Silvassa • Srinagar • Thiruvananthapuram (Trivandrum) |