Static Wikipedia February 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu

Web Analytics
Cookie Policy Terms and Conditions Chennai - Wikipedia

Chennai

Dari Wikipedia bahasa Melayu

Madras dialihkan ke sini. Untuk kegunaan lain, sila lihat Madras (nyahkekaburan).


Chennai

Chennai
Negeri
 - Daerah
Tamil Nadu
 - Chennai
 • Kanchipuram
 • Tiruvallur
Koordinat 13.09° N 80.27° E
Keluasan
 - Ketinggian
1,180 km²
 - 6 m
Zon waktu IST (UTC+5:30)
Jumlah penduduk (2005)
 - Kepadatan

6.9 juta
 - 5,847/km² (ke-4)
Datuk Bandar jawatan kosong
Kod
 - Kod pos
 - Telefon
 - Kenderaan
 
 - 600 xxx
 - +91 44
 - TN-01 hingga TN-22
Laman web rasmi: www.chennaicorporation.com

Chennai (bahasa Tamil: சென்னை) yang terletak di Pantai Coromandel menghadapi Teluk Bengal ialah ibu negeri Tamil Nadu. Dahulu dikenali sebagai Madras, Chennai merupakan bandar raya metropolitan yang keempat terbesar di India. Dengan bilangan penduduk dianggarkan sebanyak 7.60 juta (2006), bandar raya ini yang telah wujud selama 368 tahun ialah kawasan metropolitan yang ke-36 terbesar di dunia.

Chennai ialah pusat komersil dan perindustrian yang besar, dan terkenal untuk warisan budaya dan seni bina kuilnya. Bandar raya ini ialah ibu kota automobil India, dengan sebahagian besar industri automobil mempunyai ibu pejabat di sini, dan dengan sebahagian besar kenderaan dikilangkan di sini. Chennai telah dirujuk sebagai Detroit untuk Asia Selatan. Bandar raya ini juga merupakan pusat utama untuk sumber pekerja bagi dunia Barat. Pantai Marina yang panjangnya 12 kilometer merupakan pantai timur bandar raya ini, dan adalah salah satu pantai yang paling panjang di dunia. Chennai dikenali untuk tempat-tempat sukan dan merupakani tuan rumah untuk Kejohanan Chennai Terbuka, acara tenis tunggal bagi Persatuan Profesional Tenis (ATP).


Jadual isi kandungan

[Sunting] Nama

Nama Madras berasal daripada Madraspatnam, tapak yang dipilih oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk penempatan kekalnya pada tahun 1639. Lagi sebuah bandar, Chennapatnam, terletak di selatannya. Kedua-dua bandar itu kemudian digabungkan, dan nama Madras dipilih oleh pihak British. Bagaimanapun, orang-orang tempatan biasanya merujuk kepada tempat ini sebagai Chennapatnam atau Chennapuri. Perkataan "Chennu" ialah sepatah perkataan Dravidia Tengah-Selatan yang berasal daripada perkataan Telugu, dan bermaksud "indah". Oleh itu, Chennapuri atau Chennapatnam bermaksud "Bandar Raya Indah".

Bandar raya ini kemudian dinamakan semula sebagai Chennai pada Ogos 1996 disebabkan nama Madras dianggap sebagai perkataan yang berasal daripada bahasa Portugis. (Sebilangan bandar raya India yang lain telah menggubal undang-undang untuk membuat pertukaran nama yang serupa.) Nama asal Portugis, iaitu Madre de Sois, dipercayai dinamakan sempena seorang Portugis berkuasa tinggi yang merupakan salah satu peneroka awal pada tahun 1500. Walau bagaimanapun, terdapat juga pandangan bahawa Chennai mungkin bukannya nama Tamil, manakala nama Madras mungkin berasal daripada bahasa Tamil.

[Sunting] Sejarah

Rencana utama: Sejarah Chennai
Kuil Kapaleeshwarar di Mylapore dibina oleh raja-raja Pallava pada abad ke-7.
Kuil Kapaleeshwarar di Mylapore dibina oleh raja-raja Pallava pada abad ke-7.

Kawasan di sekeliling Chennai merupakan pusat pentadbiran, ketenteraan, dan ekonomi yang penting sejak abad ke-1 lagi. Kawasan ini diperintah oleh kemaharajaan India Selatan, terutamanya empayar-empayar Pallava, Chola, Pandya, dan Vijaynagar. Pada suatu masa, bandar Mylapore yang kini merupakan sebahagian metropolis adalah sebuah pelabuhan yang utama untuk Kemaharajaan Pallava.

Apabila orang-orang Portugis tiba pada tahun 1522, mereka membina sebuah pelabuhan dan menamakan tempat ini sebagai São Tomé, sempena dengan nama St. Thomas, seorang hawari Kristian yang dipercayai berkhutbah di sini antara tahun 52 dan tahun 70. Kawasan ini kemudian diambil alih oleh pihak Belanda yang bertapak dekat Pulicat di utara bandar raya ini pada tahun 1612.

Pada 22 Ogos 1639, Syarikat Hindia Timur Inggeris diberikan tanah oleh Damerla Venkatadri, Nayak dari Vandavasi, untuk sebuah pangkalan sebagai penempatan kekal. Pangkalan ini dipercayai dinamakan Madrasemen. Setahun kemudian, Kubu St George dibina, dan menjadi pusat bandar raya jajahan. Pada tahun 1746, Kubu St George dan Madras ditawan oleh pihak Perancis di bawah Jeneral La Bourdonnais yang merupakan Gabenor Mauritius. Beliau menjarah bandar ini serta kampung-kampung yang berdekatan.

Pihak British menguasai semula bandar ini pada tahun 1749 melalui Perjanjian Aix-la-Chapelle dan kemudian mengukuhkan pangkalan ini untuk dapat bertahan daripada serangan-serangan Perancis dan Hyder Ali, Sultan Mysore. Menjelang akhir abad ke-18, pihak British telah menaklukkan kebanyakan kawasan di sekitar Tamil Nadu serta kawasan-kawasan utara yang kini merupakan Andhra Pradesh dan Karnataka. Mereka mengasaskan Kepresidenan Madras, dengan ibu kotanya di Madras.

Di bawah pemerintahan British, bandar raya ini bertumbuh menjadi sebuah pusat bandar serta pangkalan tentera laut yang utama. Dengan kemunculan kereta api di India pada akhir abad ke-19, bandar raya ini dikaitkan dengan bandar-bandar raya yang penting seperti Mumbai (dahulu dikenali sebagai Bombay) dan Kolkata (dahulu Calcutta) untuk memudahkan komunikasi dan perdagangan dengan daerah pedalaman. Tempat ini merupakan bandar raya tunggal di India yang diserang oleh Perikatan Kuasa Tengah semasa Perang Dunia I apabila gudang minyaknya ditembak oleh SMS Emden, sebuah penjajap ringan Jerman. Selepas kemerdekaan India pada tahun 1947, bandar raya ini menjadi ibu kota Negeri Madras. Negeri Madras kemudian dinamakan semula sebagai Tamil Nadu pada tahun 1969.

Sejak tahun 1965 hingga 1967, Chennai merupakan pangkalan yang penting untuk pemerangsangan orang-orang Tamil terhadap pengenaan bahasa Hindi. Chennai telah menyaksikan beberapa keganasan politik yang diakibatkan oleh pertempuran etnik di Sri Lanka. Pada tahun 1984, sebuah bom yang diletakkan oleh Tentera Eelam Tamil meletup dan membunuh 33 orang di lapangan terbang bandar raya ini. Kemudian pada tahun 1991, dua orang awam India dan tiga belas orang ahli EPRLF, sebuah kumpulan pengikut faham pemisahan Sri Lanka, telah dibunuh oleh pesaing Harimau Tamil (LTTE). . Langkah-langkah yang keras kemudian diambil dan bandar raya ini tidak pernah menghadapi sebarang kegiatan terorisme yang utama sejak masa itu. Bandar raya ini dinamakan semula sebagai Chennai pada Ogos 1996 disebabkan nama Madras dianggap berasal daripada bahasa Portugis.

Pada tahun 2004, tsunami Lautan Hindi melanda pesisir-pesisir Chennai, dan membunuh banyak orang serta mengubahkan garis pinggir laut secara kekal.

[Sunting] Geografi

Chennai terletak di dataran pinggir laut yang datar, seperti yang dapat dilihat daripada peta Landsat 7 ini. Sila tekan pada imej untuk gambar besar.
Chennai terletak di dataran pinggir laut yang datar, seperti yang dapat dilihat daripada peta Landsat 7 ini. Sila tekan pada imej untuk gambar besar.
Chennai dan bandar-bandar di sekitarnya. Sila tekan pada imej untuk gambar besar.
Chennai dan bandar-bandar di sekitarnya. Sila tekan pada imej untuk gambar besar.

Chennai terletak pada 13.04° U 80.17° T di pantai tenggara India dan sudut timur laut Tamil Nadu. Bandar raya ini terletak di dataran pinggir laut yang datar yang dikenali sebagai Dataran Pinggir Laut Timur. Tinggi puratanya 6 meter (20 kaki), dengan titik tertinggi 60 meter (200 kaki). Dua batang sungai berliku-liku merentasi Chennai, iaitu Cooum (atau Koovam) di kawasan tengah, dan Sungai Adyar di kawasan selatan. Kedua-dua sungai ini amat tercemar dengan efluen dan sampah dari sumber-sumber rumah tangga serta komersil. Sungai Adyar tidak begitu tercemar berbanding dengan Cooum, dengan kelodak dan sampahnya dibersihkan berkala oleh kerajaan negeri. Muara larangan Adyar membentuk habitat semula jadi untuk banyak spesies burung dan haiwan. Terusan Buckingham yang terletak 4 kilometer (3 batu) ke kawasan pedalaman, menganjur selari dengan pantai dan mengaitkan kedua-dua sungai tersebut. Otteri Nullah, sebatang sungai yang menganjur dari timur ke barat merentasi Chennai utara dan bertemu dengan Terusan Buckingham di Jambatan Lembangan.

Beberapa tasik, dengan saiz yang berbeza-beza, terdapat di pinggiran barat bandar raya ini. Tasik Perbukitan Merah, Tasik Sholavaram dan Tasik Chembarambakkam membekalkan Chennai dengan air boleh minum. Kebanyakan sumber air tanah adalah air payau. Bekalan air bandar raya terbukti tidak cukup untuk penduduknya, dan kebergantungan yang berketerlaluan kepada hujan-hujan monsun tahunan untuk menambah lagi air takungan telah memburukkan lagi masalah-masalah yang dihadapi. Beberapa percubaan telah dilaksanakan untuk menyalurkan air dari sumber-sumber yang lain, umpamanya dari Veeranam yang merupakan tempat yang kaya dengan air di Tamil Nadu, serta dari Sungai Krishna di Andhra Pradesh. Air merupakan barang keperluan yang amat berharga di Chennai, dan ini telah memunculkan lori-lori tangki swasta yang membekalkan air kepada banyak kawasan. Langkah-langkah lain seperti osmosis songsang dan penuaian air hujan juga telah diambil. Chennai Metrowater kini telah memuktamadkan tendernya untuk membina sebuah loji osmosis songsang dengan muatan sebanyak 100 juta liter sehari (lebih kurang 15 liter seorang sehari).

Geologi Chennai terdiri terutamanya daripada tanah liat, syal dan batu pasir. Bandar raya ini dikelaskan kepada tiga kawasan berdasarkan geologi seperti berikut:

  • kawasan berpasir: didapati di sepanjang tebing sungai dan pantai;
  • kawasan bertanah liat: melitupi kebanyakan bandar raya;
  • kawasan batuan keras: terdapat di Guindy, Velachery, Adambakkam dan sebahagian Saidapet.

Di kawasan-kawasan berpasir seperti Tiruvanmiyur, Adyar, Kottivakkam, Santhome, George Town, dan pantai Chennai yang lain, saliran air hujan menyerap dengan amat cepat. Sebaliknya, di kawasan-kawasan tanah liat dan batuan keras, air hujan menyerap dengan perlahan, tetapi disimpan oleh tanih untuk masa yang lebih panjang. Kawasan-kawasan bertanah liat di bandar raya termasuk T. Nagar, Mambalam Barat, Anna Nagar, Kolathur, dan Virugambakkam.

[Sunting] Rujukan

    Prosa mengandungi pemetikan khusus dalam teks sumber yang dapat dilihat melalui mod sunting.

    [Sunting] Pautan luar

    Carilah maklumat lanjut di Chennai
    melalui projek-projek kembar Wikipedia:

       Takrif kamus dari Wiktionary
       Buku teks dari Wikibooks
       Petikan dari Wikiquote
       Teks sumber dari Wikisource
       Imej dan media dari Commons
       Berita dari Wikinews

    Koordinat: 13.09° U 80.27° T


    Bandar raya metropolitan
    BangaloreChennai • Delhi • KolkataMumbai
    Negeri dan wilayah India Ibu negeri India

    Agartala • Aizawl • Bangalore • Bhopal • Bhubaneswar • Chandigarh • Chennai (Madras) • Daman • Dehradun • Delhi • Dispur • Gandhinagar • Gangtok • Hyderabad • Imphal • Itanagar • Jaipur • Kavaratti • Kohima • Kolkata (Calcutta) • Lucknow • Mumbai (Bombay) • Panaji • Patna • Pondicherry • Pelabuhan Blair • Raipur • Ranchi • Shillong • Shimla • Silvassa • Srinagar • Thiruvananthapuram (Trivandrum)

    Bandar raya yang melebihi sejuta penduduk di India
    Agra • Ahmedabad • Allahabad • Amritsar • Asansol • Bangalore • Bhopal • Chennai • Coimbatore • Delhi • Dhanbad • Faridabad • Hyderabad • Indore • Jabalpur • Jaipur • Jamshedpur • Kanpur • Kochi • Kolkata • Lucknow • Ludhiana • Madurai • Meerut • Mumbai • Nagpur • Nashik • Patna • Pune • Rajkot • Surat • Vadodara • Varanasi • Vijayawada • Visakhapatnam

    Templat:Tamil Nadu

    Static Wikipedia 2008 (no images)

    aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

    Static Wikipedia 2007 (no images)

    aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

    Static Wikipedia 2006 (no images)

    aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu