Kuda
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Kuda | |||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengelasan saintifik | |||||||||||||||||
|
Kuda ialah sejenis mamalia ungulat besar yang mempunyai bilangan jari kaki yang ganjil dan merupakan salah satu daripada sepuluh spesies moden dalam genus Equus. Nama saintifiknya Equus caballus atau Equus ferus caballus. Kuda telah lama merupakan salah satu haiwan bela jinak yang amat penting dari segi ekonomi, dan telah memainkan peranan yang penting dalam pengangkutan orang dan barang muatan selama beribu-ribu tahun. Sedangkan pembelajinakan kuda terpencil mungkin terjadi seawal 10,000 tahun dahulu, bukti yang jelas terhadap penggunaan kuda secara meluas oleh manusia bertarikh di sekitar 2000 SM.
Kuda telah dibiakbakakan dengan teliti supaya haiwan ini dapat ditunggang, biasanya dengan pelana. Haiwan ini juga boleh dikenakan abah-abah untuk menarik objek-objek seperti kereta kuda atau bajak. Dalam sesetengah budaya, kuda merupakan satu sumber makanan, termasuk daging kuda dan kekadangnya susu; dalam budaya yang lain, memakan daging kuda adalah pantang larang.
Di negara-negara kaya pada hari ini, kuda lebih biasa dipeliharakan untuk kegiatan waktu lapang dan sukan. Bagaimanapun, kuda terus memainkan berbagai-bagai fungsi ekonomi di seluruh dunia.
Manusia telah membiakbakakan kuda selama beribu-ribu tahun dan telah menghasilkan banyak jenis baka yang berbeza-beza. Serupa dengan pembiakbakaan anjing, kuda telah dibiakbakakan supaya dapat menghasilkan sifat-sifat dan keupayaan-keupayaan yang khusus; umpamanya, kuda belima dihasilkan untuk kelajuan yang diperlukan oleh perlumbaan kuda.
[Sunting] Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media mengenai:
|
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan:
|
- Rencana mengenai penyembelihan kuda untuk daging
- Rancangan pembiakbakaan dan pengenalan semula kuda Przewalski di Zoo Hellabrunn Munich
- Gambar-gambar Haiwan – baka-baka Kuda
- Baka-baka kuda - Kamus Ensiklopedia dari Universiti Negeri Oklahoma
- Sifat Primal – Esei: Kuda Przewalski
- EquestrianMag.com – Majalah dalam talian untuk Peminat Kuda
- Baka-baka Kuda
- Genetik Warna Kulit Kuda
- Penyakit Kuda – maklumat mengenai penyakit kuda yang biasa
- Forum-forum Kuda – komuniti penunggang kuda yang berdedikasi kepada segala aspek penunggangan dan kemahiran menunggang kuda
- "Muzium Kuda Antarabangsa" untuk gambaran keseluruhan yang singkat mengenai sejarah kuda dari 55 juta SM sehingga kini
- Wawasan baru terhadap evolusi kuda
- Gambar-gambar kuda yang diterbitkan oleh USENET dan disimpan dengan fungsi carian
- Rancangan Perhubungan Kuda-Manusia Institut Sewangga – penyelidikan dan pendidikan mengenai perhubungan antara kuda dan manusia
- Rancangan Nasional Kuda Liar dan Keldai oleh Biro Pengurusan Tanah – pengangkatan kuda liar dan keldai
- Kertas ilmiah mengenai topik kuda