Minggu
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Minggu adalah sebuah unit masa yang lebih lama dari hari dan lebih pendek dari bulan. Dalam kebanyakan takwim moden, satu minggu terdiri dari tujuh hari, menjadikannya unit masa terpanjang yang digunakan yang mempunyai tempoh hari yang tetap. Walaupun tidak mempunyai asas astronomi, ia digunakan secara meluas terutamanya dalam konteks sosial dan komersil.
[Sunting] Hari-hari dalam seminggu
Minngu yang terdiri dari tujuh hari terdiri dari hari-hari berikut: Ahad - Isnin - Selasa - Rabu - Khamis - Jumaat - Sabtu
Sabtu dan Ahad biasanya dipanggil hari minggu, dan merupakan hari cuti dan rehat di kebanyakan negara barat. Di kebanyakan negara Islam dan Yahudi pula, hari minggu ialah hari Jumaat dan Sabtu.
Ketiga-tiga agama monoteisme menganggap hari Ahad sebagai hari pertama dalam satu minggu, budaya Eropah dan ISO pula menggunakan hari Isnin.