Mohd Khalil Yaakob
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob (Lahir 29 Disember 1937) merupakan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka ke-6. Beliau meruapakan bekas Menteri Besar Pahang dan bekas Setiausaha Agung UMNO.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Kehidupan Awal
Beliau yang dilahirkan di Kuantan, Pahang mendapat pendidikan awal di sekolah Ahmad Shah kemudian meneruskan pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya.
[Sunting] Kerjaya
Beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Perhubungan Politik di beberapa bah negara sebelum meninggalkan perkhidmatan awam pada tahun 1974 dan menyertai Perbadanan Kemajuan Jengka.
[Sunting] Politik
Beliau yang menyertai UMNO pada 1962, telah mula bertanding di Dewan Undangan Negeri Pahang pada tahun 1978. Kemudian bertanding di Parlimen Maran dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan pada 1982. Kemudian pada 14 Ogos 1986 beliau dilantik menjawat jawatan Menteri Besar pahang menggantikan Dato Seri Mohd Najib Tun Razak sehingga 22 Mei 1999. Kemudian beliau dilantik sebagai Menteri Penerangan. Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Agong UMNO dari 25 Mei 1999 hingga 31 Mei 2004. Pada 4 Jun 2004, beliau dilantik sebagai Yang Di-Pertua Negeri Melaka.
[Sunting] Keluarga
Beliau berkahwin dengan Toh Puan Zurina binti Kassim pada tahun 1965 dan dikurniakan 3 orang anak.
Penyandang Terdahulu | Yang Di-Pertua Negeri Melaka 4 Jun 2004 – Kini |
Penyandang Kemudian |
Tun Syed Ahmad Shahabudin Al-Haj | Penyandang |
Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Pahang 14 Ogos 1986 – 22 Mei 1999 |
Penyandang Kemudian |
Dato' Seri Najib Tun Razak | Dato Seri Adnan Yaakob |