Mohd Radzi Sheikh Ahmad
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Dato' Seri Mohd Radzi bin Tan Sri Sheikh Ahmad (Lahir 24 Februari 1942) merupakan seorang ahli politik Malaysia dan sekarang ini beliau menjawat jawatan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Beliau berasal dari Perlis dan sekarang ini merupakan Ahli Parlimen Kangar, Perlis. Beliau juga adalah Setiausaha Agung UMNO
[Sunting] Kehidupan Awal
Beliau dilahirkan di Jalan Pegawai, Kangar, Perlis mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kangar sebelum meneruskan pendidikan di Maktab Tentera Diraja. Pada tahun 1961 beliau mengambil Barrister-at-Law, Inns of Court di Middle Temple, London. Beliau pernah berkhidmat dengan perkhidmatan kehakiman sebagai Timbalan Pendakwa di Selangor dan kemudian Presiden Mahkamah Sesyen di Klang. Kemudian beliau meninggalkan perkhidmatan kehakiman dan membuka firma guammnya sendiri.
[Sunting] Politik
Kerjaya beliau dalam politik bermula apabila bertanding dalam Pilihanraya Umum 1982 bagi Parlimen Kangar dan dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian. Kemudian pada tahun 1989, beliau menyertai parti Semangat 46 selepas UMNO diharamkan dan beliau dipecat dari UMNO. Kemudian beliau menyertai semula UMNO pada tahun 1990 selepas keluar dari parti Semangat 46. Kemudian beliau dipilih bertanding semula di Parlimen Kangar pada Pilihanraya Umum 2004 dan dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Kemudian Menteri Dalam Negeri pada tahun 2006. Beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO pada 1 Jun 2004 menggantikan Tun Mohd Khalil Yaakob yang dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka.
[Sunting] Keluarga
Beliau berkahwin dengan Datin Seri Mahani binti Abdul Hamid (isteri kedua) dan dikurniakan 5 orang anak (2 orang dari isteri kedua). Isteri pertama beliau, seorang berbangsa Irish meninggal dunia dalam kemalangan pada tahun 1984.
Penyandang Terdahulu | Setiausaha Agung UMNO 1 Jun 2004 – Kini |
Penyandang Kemudian |
Tun Mohd Khalil Yaakob |
Penyandang |
Penyandang Terdahulu | Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri 14 Februari 2006 – Kini |
Penyandang Kemudian |
Dato' Seri Azmi Khalid |
Penyandang |