Murut
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan tenggara serta wilayah perbatasan antara Kalimantan dan Sarawak.
Tempat tinggal mereka termasuk Tenom, Rundum, Pensiangan dan Keningau. Mereka tinggal di dalam rumah panjang dan hidup harmoni dalam keluarga besar. Kebanyakan mereka adalah petani berpindah, pemburu dan penangkap ikan sungai. Mereka juga mejalankan pemungutan hasil hutan(damar, rotan dan madu lebah).
[Sunting] Kepercayaan
Mereka mempercayai animisme iaitu setiap batu, pokok, sungai, dan bukit mempunyai roh tersendiri. Menurut kepercayaan mereka, Aki Kopuno adalah kuasa ghaib yang mencipta segala-galanya yang berada di bumi, termasuk orang.
Apabila berlakunya kematian, saudara-maranya akan memukul tiang rumah. Mayat itu dibakar dalam tembikar dan disimpan dalam rumah selama 7 hari.
[Sunting] Tarian Tradisional
- Tarian Magunatip
Ini merupakan tarian tradisi suku kaum Murut Kuhijau (Kwijau). Magunatip berasal dari perkataan ‘apit’ yang bermakna jepit (ketika menari kaki penari terjepit atau terapit oleh 2 buluh jikalau tidak cekap mengelakkannya).
Magunatip ditarikan dalam majlis Hari Magavau yang memuja semangat padi. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik kerana bunyi buluh yang dilagakan akan berbunyi kuat serta rentak dan irama menarik. Ini ditarikan oleh sepasang penari yang berpakaian tradisi. Dua orang akan melagakan alu dan dua orang lagi memegang pangkal alu supaya tidak berganjak dari kedudukannya. Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yang diadakan.
[Sunting] Pakaian Tradisional
- Pakaian Tradisional Suku Kaum Murut