Tenom
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Lokasi
Tenom terletak di selatan Kota Kinabalu , negeri Sabah , Malaysia Timur. Tenom bersempadan dengan daerah Keningau , Sipitang , Beaufort dan Wilayah Kalimantan di Indonesia.
[Sunting] Keluasan
Keluasan Daerah Tenom kira kira 2,238 km atau 930 batu persegi dan meliputi Daerah Kecil Kemabong.
[Sunting] Mukabumi
Muka buminya bukit bukau. Hujan Tropika yang lebat dan subur didapati di tanah-tanah rendah dan berbukit bukau dan amat sesuai untuk aktiviti pertanian.
[Sunting] Sungai
Ada dua buah sungai utama iaitu Sungai Padas dan Sungai Pagalan. Sungai ini menjadi sumber bekalan air dan pengairan kawasan pertanian di kawasan ini.
Empangan untuk Janakuasa hidro elektrik Tenom Pangi membekalkan elektrik ke seluruh kawasan Sabah terutama sekali di Kota Kinabalu. Ini kerana airnya banyak dan hujan pula lebat, sekitar 1,937.9mm pada tahun 2000.
[Sunting] Rekreasi
- Menaiki kereta api di sepanjang Sungai Padas. Kereta api ini sebuah-sebuah m tidak berangkai-rangkai seperti di Semenanjung Malaysia.
- Aktiviti kayak di ulu Sungai Padas.
- Aktiviti memancing ikan terutama ikan kelah dan sebarau.