New Immissions/Updates:
boundless - educate - edutalab - empatico - es-ebooks - es16 - fr16 - fsfiles - hesperian - solidaria - wikipediaforschools
- wikipediaforschoolses - wikipediaforschoolsfr - wikipediaforschoolspt - worldmap -

See also: Liber Liber - Libro Parlato - Liber Musica  - Manuzio -  Liber Liber ISO Files - Alphabetical Order - Multivolume ZIP Complete Archive - PDF Files - OGG Music Files -

PROJECT GUTENBERG HTML: Volume I - Volume II - Volume III - Volume IV - Volume V - Volume VI - Volume VII - Volume VIII - Volume IX

Ascolta ""Volevo solo fare un audiolibro"" su Spreaker.
CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Sanusi Bin Junid - Wikipedia

Sanusi Bin Junid

Dari Wikipedia bahasa Melayu

Sanusi bin Junid
Sanusi bin Junid

Y.B. Tan Sri Dato' Seri Sanusi Junid (dilahirkan pada 10 Julai 1943) ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada tahun 1981 sewaktu berumur 38 dan sebagai Menteri Pertanian pada tahun 1986. Tan Sri Sanusi menjadi Menteri Besar Kedah Darul Aman yang ketujuh pada tahun 1996 sehingga 1999.


Jadual isi kandungan

[Sunting] Pendidikan

Dilahirkan di Yan, Kedah, Tan Sri Sanusi mendapat pendidikannya di Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Pada tahun 1969, beliau melanjutkan pengajiannya di Institute Of Bankers London, City of London College dan Institute Of Export London, dan seterusnya memperolehi Sijil dalam Dagangan Asing dan Pertukaran Asing (Certificate in Foreign Trade and Foreign Exchange) di London University.

[Sunting] Kerjaya

[Sunting] Kerjaya korporat dan perkhidmatan kerajaan

Sanusi memulakan kerjayanya sebagai pegawai pelatih di Chartered Bank, Seremban pada tahun 1963. Pada tahun 1971, beliau dilantik sebagai Pengurus Kanan Pinjaman Chartered Bank, Kuala Lumpur.

Tan Sri Sanusi menjadi Pengarah Bank Simpanan Nasional dan Pengerusi Syarikat Insan Diranto Bhd pada tahun 1975. Dua tahun kemudian, pada 1977, beliau dilantik sebagai Pengerusi Tugu Insurance Sdn. Bhd. dan Pengerusi Obanto Management Consultancy Sdn. Bhd. Antara jawatan lain yang pernah disandang oleh beliau ialah Pengurus Bank Shamelin.

Pada tahun 1978, Tan Sri Sanusi dilantik sebagai Ahli Jemaah Universiti Teknologi Mara dan seterusnya pada tahun 1982, beliau menjadi Ahli Penasihat Kobena dan Ahli Majlis Universiti Malaya. Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hari Kebangsaan dan Ahli Majlis Perdagangan Malaysia pada tahun 1983, dan pada tahun 1991, beliau menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa.

Tan Sri Sanusi pernah juga memangku jawatan sebagai Naib Presiden ABIM dan Presiden Pertubuhan Kelab Belia Malaysia (MAYC).

Selain daripada itu, Tan Sri Sanusi juga dilantik oleh kerajaan Malaysia untuk memegang beberapa jawatan, antaranya:

  • Ahli Majlis Perundingan Belia Negara
  • Ahli Lembaga Felda
  • Ahli Majlis Perundingan Negara Mengenai Latihan Perusahaan
  • Ahli Majlis Penasihat Kebangsaan Pelindung Pengguna.
  • Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.
  • Ahli Jawatankuasa Penyelarasan Pelaburan Bumiputera
  • Ahli Majlis Tindakan Negara
  • Ahli Majlis Perancang Negara.

[Sunting] Kerjaya politik

Sanusi melibatkan diri dalam bidang politik sebagai ahli UMNO Seremban sewaktu bermula bekerja pada tahun 1963. Kebangkitannya dalam bidang politik boleh dikatakan pantas dan lancar.

Setahun selepas keahlian di UMNO, Sanusi dilantik sebagai Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Seremban dan kemudiannya pada tahun 1966, beliau dilantik sebagai Bendahari UMNO Bahagian Seremban Timur. Sanusi menjadi Ketua Penerangan UMNO Bahagian Seremban Timur dan Setiausaha UMNO Bahagian Seremban Timur pada tahun 1967.

Imej:Sanusi.jpg
Sanusi bin Junid

Pada tahun 1974 semasa berumur 31 tahun, Sanusi mengambil bahagian dalam pilihan raya dan dilantik sebagai Ahli Parlimen Jerai, Kedah. Beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerai pada tahun 1975 dan sebagai Ketua Penerangan UMNO Kedah pada tahun 1978.

Bakat kepimpinan yang terserlah pada dirinya menyebabkan beliau diberi kepercayaan dan dilantik memegang beberapa jawatan penting di dalam kabinet. Pada tahun 1978 sehingga tahun 1980, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Tanah dan Kemajuan Wilayah dan selepas itu sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri pada tahun 1980 hingga 1981.

Pada tahun 1981, Sanusi telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar dan memegang jawatan tersebut sehingga tahun 1986. Pada tahun tersebut, beliau juga dilantik memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penerangan UMNO Malaysia, Pengerusi Biro Penerangan UMNO Malaysia dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

Dalam pilihan raya tahun 1982, Sanusi dilantik sebagai Ahli Parlimen Kawasan Jerlun, Langkawi dan kemudiannya dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. Seterusnya, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agong UMNO Malaysia pada tahun 1984.

Pada tahun 1986, Tan Sri Sanusi menjadi Menteri Pertanian dan Ketua Bahagian Jerlun, Langkawi. Kemudian beliau dilantik sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia pada tahun 1990. Sanusi menjadi Menteri Besar Kedah Darul Aman yang ketujuh dan menyandang jawatan tersebut pada 16 Jun 1996 sehingga November 1999. Beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuah pada tahun 2000.

Sebagai menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran, antaranya D.S.S.M., S.S.S.A., D.G.S.M., Setia Mahkota Kedah (S.M.K.), Dato' Setia Di Raja Kedah (D.S.D.K.), Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) dan Seri Setia Di Raja Kedah (S.S.D.K.).

[Sunting] Karya penulisan

Sanusi pernah menghasilkan beberapa karya penulisan di antaranya bertajuk:

  • Empat Penggal Di Parlimen Keempat (1978);
  • Kepimpinan Melayu Baru: Harapan dan Cabaran (1980);
  • Biar Rugi Beribu Juta Untuk Menebus Maruah (1984);
  • Semoga Tempayan Tidak Pecah pada tahun 1985;
  • Dihempas Badai Dilambung Gelombang (1986);
  • Antara Dua Ramadhan (1988);
  • Antara Fakta dan UMNO (1990);
  • Jihad Membasmi Kemiskinan (1990);
  • Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih (1990).

[Sunting] Garis masa

  • 1943: Dilahirkan di Yan, Kedah pada 10 Julai.
  • 1949   (umur 6): Belajar di Sekolah Melayu Yan (1949-53).
  • 1954 (umur 11): Belajar di Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Petani (1954-56).
  • 1957 (umur 14): Meneruskan pengajian di Malay College Kuala Kangsar (MCKK).
  • 1963 (umur 20): Memulakan kerjaya sebagai pegawai pelatih di Chartered Bank, Seremban dan menjadi ahli UMNO Seremban.
  • 1964 (umur 21): Dilantik sebagai Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Seremban.
  • 1966 (umur 23): Dilantik sebagai Bendahari UMNO Bahagian Seremban Timur.
  • 1967 (umur 24): Dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Seremban Timur dan Setiausaha UMNO Bahagian Seremban Timur.
  • 1969 (umur 26): Melanjutkan pengajian di Institute Of Bankers London, City of London College dan Institute Of Export London; kemudiannya, memperolehi Sijil dalam Dagangan Asing dan Pertukaran Asing di London University dan selepas itu, menuntut di Berlitz School Of Language, Jerman; juga dilantik sebagai Ketua Penerangan Kelab Perikatan London.
  • 1971 (umur 28): Dilantik sebagai Pengurus Kanan Pinjaman Chartered Bank, Kuala Lumpur dan Setiausaha Agung Koperasi Shamelin.
  • 1973 (umur 30): Dilantik sebagai ahli Majlis Perundingan Belia Negara, ahli Lembaga Felda, ahli Majlis Perundingan Negara Mengenai Latihan Perusahaan dan ahli Majlis Penasihat Kebangsaan Pelindung Pengguna.
  • 1974 (umur 31): Dilantik sebagai Ahli Parlimen Jerai, Kedah dan juga dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.
  • 1975 (umur 32): Menjadi Pengarah Bank Simpanan Nasional, Pengurus Bank Shamelin serta Pengerusi Syarikat Insan Diranto Bhd.; juga dilantik sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerai.
  • 1977 (umur 34): Dilantik sebagai Pengerusi Tugu Insurance Sdn. Bhd. dan Pengerusi Obanto Management Consultancy Sdn. Bhd.
  • 1978 (umur 35): Dilantik sebagai Timbalan Menteri Tanah dan Kemajuan Wilayah (1978-80) serta Ketua Penerangan UMNO Kedah; juga menjadi Ahli Jemaah Universiti Teknologi Mara.
  • 1980 (umur 37): Dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri (1980-81).
  • 1981 (umur 38): Dilantik sebagai Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar (1981-86) serta Pengerusi Jawatankuasa Penerangan UMNO Malaysia, Pengerusi Biro Penerangan UMNO Malaysia dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia; juga dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penyelarasan Pelaburan Bumiputera, Ahli Majlis Tindakan Negara dan Ahli Majlis Perancang Negara.
  • 1982 (umur 39): Dilantik sebagai Ahli Parlimen Kawasan Jerlun, Langkawi dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia; juga dilantik sebagai Ahli Penasihat Kobena dan Ahli Majlis Universiti Malaya.
  • 1983 (umur 40): Dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hari Kebangsaan dan Ahli Majlis Perdagangan Malaysia.
  • 1984: Dilantik sebagai Setiausaha Agong UMNO Malaysia.
  • 1986: Dilantik sebagai Menteri Pertanian serta Ketua Bahagian Jerlun, Langkawi.
  • 1990 (umur 47): Dilantik sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia.
  • 1991 (umur 48): Dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa.
  • 1996 (umur 53): Dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang ketujuh (16 Jun 1996 - November 1999).
  • 2000 (umur 57): Dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuah.

[Sunting] Pautan luar


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Kedah
19961999
Penyandang Kemudian
Tan Sri Haji Osman Bin Haji Aroff Y.A.B Dato' Seri Haji Syed Razak Bin Syed Zain Barakhbah

Static Wikipedia (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2007 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2006 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu

Static Wikipedia February 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu