New Immissions/Updates:
boundless - educate - edutalab - empatico - es-ebooks - es16 - fr16 - fsfiles - hesperian - solidaria - wikipediaforschools
- wikipediaforschoolses - wikipediaforschoolsfr - wikipediaforschoolspt - worldmap -

See also: Liber Liber - Libro Parlato - Liber Musica  - Manuzio -  Liber Liber ISO Files - Alphabetical Order - Multivolume ZIP Complete Archive - PDF Files - OGG Music Files -

PROJECT GUTENBERG HTML: Volume I - Volume II - Volume III - Volume IV - Volume V - Volume VI - Volume VII - Volume VIII - Volume IX

Ascolta ""Volevo solo fare un audiolibro"" su Spreaker.
CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Nepal - Wikipedia

Nepal

Dari Wikipedia bahasa Melayu

Kerajaan Nepal
नेपाल अधिराज्य
Nēpāl Adhirājya
frames
Bendera
frames
Lambang
Cogan kata: Tanahair lebih berharga dari Syurga (dari Sanskrit)
frames
Ibu negara Kathmandu
Bandar terbesar
Raja Gyanendra Bir Bikram Shah Dev
Perdana Menteri Girija Prasad Koirala
Keluasan:
 Jumlah:
  % air:
Tangga ke- 93
140,800 km2
2.8 
Penduduk:
 Jumlah:
  Kepadatan:
Tangga ke- 40
25,284,463
184/km2
Bahasa rasmi Nepali
Bahasa lain
Lagu kebangsaan Ras Triya Gaan
Agama rasmi
Agama lain
Matawang Rupee Nepal (NPR)
Zon Waktu UTC+5:45
Internet TLD .np
Kod panggilan 977


Nepal, secara rasminya menurut Perlembagaan Sementaraannya dikenali sebagai Negara Nepal, adalah sebuah negara dikelilingi daratan di Himalaya, Asia Selatan yang menyempadani China (Tibet) di utara, serta India di selatan, timur, dan barat.

Nepal ialah sebuah kemaharajaan yang mempunyai berbagai-bagai ciri geografi serta kebudayaan yang kaya. Melebihi 80% daripada penduduknya menganuti agama Hinduisme, ialah lebih banyak dari segi peratusan daripada jumlah orang Hindu di India. Dengan itu, Nepal merupakan negara tunggal di dunia yang paling bersifat Hindu.

Bagi sebuah wilayah yang kecil, pandangan darat Nepal adalah amat berbeza dari Terai yang lembap di selatan hingga ke Himalaya yang tinggi mengawan di utara. Nepal mempunyai lapan daripada 14 buah gunung yang tertinggi di dunia yang menjadi kemegahannya, termasuk Gunung Everest di sempadannya dengan China. Kathmandu ialah ibu negara serta bandar rayanya yang terbesar. Bandaraya-bandaraya utamanya yang lain termasuk Bharatpur, Biratnagar, Bhairahawa, Birgunj, Janakpur, Pokhara, Nepalgunj, dan Mahendranagar. Asalnya nama Nepal tidak pasti, tetapi pemahaman yan paling umum ialah perkataan ini berasal daripada Ne (suci) dan pal (gua).

Selepas sebuah sejarah yang panjang dan kaya yang memperlihatkan kawasan ini dipecahkan dan digabungkan semula oleh berbagai-bagai raja mutlak, Nepal menjadi sebuah negara raja berperlembagaan pada tahun 1990. Bagaimanapun, monarkinya mengekalkan banyak kuasa yang penting dan tidak jelas. Susunan ini ditandakan dengan ketakstabilan yang semakin meningkat, kedua-dua di dalam parlimen serta sejak dari tahun 1996 di banyak kawasan negara yang telah ditempur oleh pemberontak-pemberontak Maoisme. Para pemberontak Maoisme yang direnggangkan daripada parti-parti politik aliran utama bergerak bawah tanah dan memulakan sebuah perang gerila untuk menentangi kedua-dua monarki serta parti-parti politik aliran utama. Mereka berharapkan penggulingkan institusi-institusi feudal, termasuk monarki, serta penubuhan sebuah negara Maoisme. Ini mengakibatkan Perang Saudara Nepal yang mengorbankan melebihi 13,000 orang.

Pada tahun 2002, dengan helah untuk mematahkan pemberontakan, raja Nepal menutup parlimen dan memecat perdana menteri yang dipilih oleh rakyat, serta mula memerintah melalui perdana-perdana menteri yang dilantiknya. Pada awal tahun 2005, baginda mengisytiharkan secara satu pihak sebuah darurat dan mengambil alih semua kuasa eksekutif.

Menyusul arah aliran demokrasi pada tahun 2006, raja Nepal bersetuju untuk mengembalikan kuasa berdaulat kepada rakyat dan pada 24 April 2006, memulihkan Dewan Rakyat yang dibubarkan. Menggunakan kuasa berdaulatnya yan baru diperoleh, Dewan Rakyat Nepal yang dimulakan semula meluluskan dengan sebulat suara sebuah usul pada 18 Mei 2006 untuk menyekat kuasa raja dan mengisytiharkan Nepal sebagai sebuah negara sekular. Sejak dari September 2006, penulisan semula perlembagaan negara yang lengkap masih dijangka akan dibuat tidak lama lagi.

Jadual isi kandungan

[Sunting] Sejarah

Rencana utama: Sejarah Nepal
Kuil-kuil Hindu di Patan, ibu kota bagi salah satu daripada tiga kemaharajaan pertengahan
Kuil-kuil Hindu di Patan, ibu kota bagi salah satu daripada tiga kemaharajaan pertengahan
Kerabat diraja Nepal pada dekad 1920-an
Kerabat diraja Nepal pada dekad 1920-an

Alat-alat Neolitik yang ditemukan di Lembah Kathmandu menunjukkan bahawa manusia telah menghuni di kawasan Himalaya buat sekurang-kurangnya 9,000 tahun. Kelihatannya, orang-orang yang mungkin berasal daripada keetnikan Tibet-Burma telah tinggal di Nepal 2,500 tahun dahulu. [1]

Puak-puak Indo-Arya masuk ke lembah pada sekitar tahun 1500 SM. Pada sekitar tahun 1000 SM, kemaharajaan-kemaharajaan kecil dan gabungan-gabungan puak muncul. Salah seorang putera yang terkenal daripada gabungan Shakya ialah Siddhartha Gautama (563 SM483 SM) yang meninggalkan kerabat dirajanya untuk mengamalkan kehidupan zahid dan kemudian dikenali sebagai Buddha ("Yang Sudah Jaga"). Menjelang 250 SM, kawasan itu dipengaruhi oleh Empayar Maurya di India utara, dan kemudian menjadi sebuah negeri boneka di bawah Dinasti Gupta pada abad ke-4. Sejak dari lewat abad ke-5, raja-raja yang dipanggil Licchavi memerintah kawasan ini. Dinasti Licchavi merosot pada lewat abad ke-8 dan disusuli oleh zaman Newar sejak tahun 879, walaupun takat penguasaannya terhadap seluruh negara ini tidak dapat dipastikan. Menjelang lewat abad ke-11, Nepal selatan dipengaruhi oleh Empayar Chalukya di India Selatan. Di bawah Empayar Chalukya, institusi keagamaan Nepal berubah ketika raja-rajanya menaungi agama Hinduisme dan bukannya lagi agama Buddhisme yang lazim dianuti ketika itu.

Menjelang awal abad ke-13, ketua-ketua dengan nama yang mempunyai akhiran bahasa Sanskrit, malla ("ahli gusti"), mula muncul. Pada mula-mulanya, pemerintahan mereka ditandakan dengan pergolakan, tetapi raja-raja itu kemudian mengukuhkan kedudukan mereka pada sepanjang 200 tahun yang berikut. Menjelang lewat abad ke-14, kebanyakan negara ini mula disatukan. Bagaimanapun, perpaduan mereka tidak dapat kekal lama. Pada tahun 1482, kemaharajaan tersebut dibahagi-bahagikan menjadi tiga — Kathmandu, Patan, serta Bhadgaon — dan memulakan persaingan-persaingan yang menjengkelkan selama berabad-abad.

Pada tahun 1765, Prithvi Narayan Shah, raja Gorkha, memulakan penyatuan kemaharajaan-kemaharajaan selepas mendapat bantuan serta senjata daripada raja-raja India, dan membeli keberkecualian daripada kemaharajaan-kemaharajaan India yang berjiran. Selepas banyak pertempuran dan pengepungan yang berdarah, baginda dapat menyatukan Nepal tiga tahun kemudian. Bagaimanapun, perang sebenar tidak pernah berlaku semasa menaklukkan Lembah Kathmandu. Sebenarnya, adalah semasa semua penduduk lembah sedang merayakan perayaan Indra Jaatra ketika Prithvi Narayan Shah dan askar-askarnya menawan lembah tersebut tanpa sebarang pertempuran. Ini menandakan kelahiran negara Nepal moden.

Satu pertikaian dan kemudiannya perang dengan Tibet tentang penguasaan genting-genting memaksakan Nepal berundur dan membayar ganti rugi yang berat kepada China yang datang untuk menyelamatkan Tibet. Persaingan dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris tentang pengilhakan negara-negara kecil yang menyempadani Nepal akhirnya mengakibatkan Perang Anglo-Nepal yang singkat tetapi berdarah (1815–16). Dalam perang tersebut, Nepal mempertahankan sempadan-sempadan masa kini tetapi hilang semua wilayahnya di sebelah barat Sungai Kali, termasuk juga negeri Uttaranchal masa kini serta banyak negeri Bukit Punjab di Himachal Pradesh masa kini. Perjanjian Sugauli juga mengakibatkan penyerahan sesetengah bahagian di Terai dan Sikkim kepada Syarikat sebagai pertukaran untuk autonomi Nepal.

Faham kepuakan antara ahli-ahli kerabat diraja juga mengakibatkan ketakstabilan selepas peperangan. Pada tahun 1846, ratu Nepal kedapatan berkomplot untuk menggulingkan Jang Bahadur, seorang pemimpin tentera yang sedang bangkit dengan cepat, dan mengakibatkan Pembunuhan beramai-ramai Kot. Pertentangan bersenjata antara kakitangan-kakitangan tentera dengan para pentadbir yang setia kepada ratu mengakibatkan pembunuhan beratus-ratus putera dan ketua puak di seluruh negara. Bahadur menang dan mengasaskan Dinasti Rana yang melahirkan autokrasi Rana. Kedudukan raja dijadikan kedudukan pada nama sahaja, dan jawatan Perdana Menteri dijadikan sebuah jawatan keturunan yang berkuasa. Para raja Rana merupakan penyokong British yang akrab, dan membantu pihak British semasa Pemberontakan Supai pada tahun 1857, serta kemudiannya dalam kedua-dua Perang Dunia. Pada tahun 1923, United Kingdom dan Nepal memeterai sebuah perjanjian persahabatan yang menyebabkan kemerdekaan Nepal diperakui oleh United Kingdom.

Pada lewat dekad 1940-an, gerakan-gerakan pro-demokrasi dan parti-parti politik yang baru muncul kritis terhadap autokrasi Rana. Pada masa yang sama, China menduduki Tibet pada tahun 1950 dan menyebabkan India minat akan kestabilan Nepal bagi mengelakkan kempen ketenteraan yang mahal. Oleh itu, India menyokong penuh Tribhuvan, raja baru Nepal pada tahun 1951, dan kerajaan baru Nepal yang terdiri sebahagian besarnya daripada Parti Kongres Nepal. Selepas pertengkaran bertahun-tahun antara raja dan kerajaan, uji kaji demokrasi dibubarkan pada tahun 1959, dan sebuah sistem panchayat "tanpa parti politik" dicipta untuk memerintah Nepal. Pada tahun 1989, Gerakan (Rakyat) "Jan Andolan" memaksa rajanya untuk menerima reformasi perlembagaan dan mengasaskan sebuah parlimen berbilang parti pada Mei 1991. [2] Parti Kongres Nepal memenangi pilihan raya demokrasi yang pertama di negara, dan Girija Prasad Koirala menjadi perdana menteri Nepal.

[Sunting] Lihat juga

[Sunting] Nota

  1. Kajian Negara: Nepal. Bahagian Penyelidikan Persekutuan, Perpustakaan Kongres. Dicapai pada 23 September 2005.
  2. Timeline: Nepal. Berita BBC. Dicapai pada 29 September  2005.

[Sunting] Rujukan

Portal:Nepal Portal Nepal

[Sunting] Pautan luar

Carilah maklumat lanjut di Nepal
melalui projek-projek kembar Wikipedia:

   Takrif kamus dari Wiktionary
   Buku teks dari Wikibooks
   Petikan dari Wikiquote
   Teks sumber dari Wikisource
   Imej dan media dari Commons
   Berita dari Wikinews




Daftar_negara | Asia | Asia Selatan
Bangladesh | Bhutan | India | Maldives | Nepal | Pakistan | Sri Lanka

Static Wikipedia (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2007 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2006 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu

Static Wikipedia February 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu