VAT 69/UTK
Dari Wikipedia bahasa Melayu
VAT 69/UTK | |
---|---|
![]() Logo Pasukan Elit Komando 69. |
|
Aktif | Oktober 1969 - VAT 69 |
Negara | Malaysia |
Cabang | Polis Diraja Malaysia |
Jenis | Pasukan Elit |
Peranan | Pencegah keganasan dalam negara dan penguatkuasa undang-undang |
Saiz | Sulit |
Sebahagian dari | Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam - KDN/KA |
Berek/Ibu pejabat | Ibu pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, dan Pusat Latihan PGK Ulu Kinta, Perak |
Gelaran | Task Force, Special Project Unit, PGK B - VAT 69 PGK A - UTK |
Moto | Warisan Darah Perwira |
Warna | Merah hati dan Perang |
Perang/pertempuran | Insurgensi Komunis, Penumpasan Lanun, Pencegahan Jenayah, Militan Rizal Aleh (MNLF) |
Tanda kebesaran |
|
Logo UTK. |
VAT 69/UTK atau Komando 69 dan Unit Tindakan Khas merupakan pasukan khas Polis Diraja Malaysia berpengkalan Briged Utara Ulu Kinta, Perak dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, diletakkan dibawah arahan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah
- Komando 69
Komando 69 telah dilatih khusus oleh pasukan United Kingdom Special Air Service Regiment pada tahun 1969 untuk membanteras sebarang kegiatan insurgensi oleh Parti Komunis Malaya. Nama Komando 69 ini diambil bersempena tahun 1969 ditubuhkan sebagai unit tempur khas untuk menghapuskan sebarang bentuk teknik pertempuran dan taktik gerila oleh pengganas komunis. Penubuhan unit ini bermula apabila Menteri Pembangunan dan Keselamatan Dalam Negeri, Allahyarham Tun Dr. Ismail mengemukakan cadangan untuk menubuhkan satu pasukan elit untuk menentang sebarang bentuk ancaman insurgensi komunis pada tahun 1969. Pada bulan Oktober 1969, lebih kurang 60 daripada 1600 pegawai dan anggota Pasukan Polis Hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am, PGA) telah dipilih dalam sesi latihan Komando 69 dan akan menjalani latihan asas komando. Sepasukan jurulatih dari United Kingdom Special Air Service Regiment telah dihantar ke Fort Kemar, Perak untuk melatih platun percubaan Komando 69. Diakhir latihan ini, hanya 30 orang sahaja yang berjaya dan merupakan trup nukleus pertama Komando 69. Pada tahun 1970an, unit ini memulakan operasi komandonya dan telah dihantar untuk menghapuskan pengganas komunis dihutan. Keputusannya, ramai diantara pengganas komunis telah dibunuh, dicederakan dan lain-lain berjaya ditangkap serta jumlah senjata dan kelengkapan komunis berjaya dirampas. Pada tahun 1977, skuadron Komando 69 telah pertingkatkan kepada 3 pasukan dan telah dilatih oleh New Zealand Special Air Service serta mengadakan kursus khas untuk melatih para jurulatih Komando 69 yang terdiri daripada anak watan Malaysia sendiri. Program ini berjaya pada tahun 1980 dan unit ini mempunyai sebarang kelengkapan khas dan keperluan logistiknya sendiri.
- Unit Tindakan Khas
Unit Tindakan Khas merupakan pasukan khas kedua PDRM selepas Komando 69. Unit ini dipercayai ditubuhkan selepas Malaysia digegarkan dengan serangan pengganas (bukannya pengganas komunis) oleh sekumpulan Pengganas Merah Jepun atau nama dalam bahasa Jepun dikenali sebagai Nippon Seki-gun telah menjadikan lebih kurang 50 orang diplomat Amerika Syarikat dan Sweden serta diplomat tempatan sebagai tebusan di Kedutaan Amerika di bangunan AIA, Kuala Lumpur pada bulan Ogos 1975, 2 tahun selepas insiden tebusan di Munich, Jerman oleh pengganas Black September Palestin pada tahun 1973. Pengganas terbabit mengemukakan tuntutan kepada kerajaan Amerika untuk membebaskan 5 orang ahlinya yang telah dipenjarakan dan diterbangkan ke Libya. Sepertimana Komando 69, Unit Tindakan Khas telah mendapat latihan daripada para jurulatih SAS dan pasukan polis SWAT Amerika dan dibekalkan dengan persenjataan khas seperti S&W .38 dan Colt M1911A1 serta Colt M16A1, mengamalkan taktik-taktik khas terkini yang diamalkan oleh unit-unit SWAT Amerika Syarikat. Dalam sesi penyertaan, hanya 20 orang pegawai polis sahaja yang telah berjaya dalam pemilihan ini. Pasukan ini turut menjalankan kawalan keselamatan di Stadium Bukit Jalil sempena Sukan Komanwel 1998 bersama dengan Grup Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia.
- Penggabungan
Pada 20 Oktober 1997, bermulanya detik-detik bersejarah dalam pasukan Polis Diraja Malaysia apabila kedua-dua unit ini dibubarkan dan disatukan ke dalam satu unit baru dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas, dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Dr Mahathir bin Mohamad dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor. Dibawah tanggungjawab pengarah jabatan yang sama, pasukan ini menjalankan operasi-operasi khas sepertimana statusnya sebagai pasukan elit.
[Sunting] Latihan
Latihan asas Komando 69 terdiri daripada 3 fasa;
- Fasa Pertama
- Setiap pelatih akan diberi latihan khusus dalam teknik rondaan khas.
- Fasa Kedua
- Setiap pelatih akan diberi latihan dan teknik seperti penyusupan khas, komunikasi, perubatan perang dan penggunaan bahan letupan. Para pelatih diajar memasang jerangkap samar, mematikan bahan letupan dan pelbagai teknik pertempuran.
- Fasa Ketiga
- Latihan yang terakhir, para pelatih akan diuji dengan pelbagai aspek berkaitan teknik-teknik yang telah dipelajari. Diakhir latihan, perhatian khusus akan diberi kepada pelatih-pelatih untuk menentukan siapa diantara yang mempunyai potensi sebagai anggota unit ini.
[Sunting] Misi dan Operasi
Pasukan elit Komando 69 dan UTK mempunyai rekod pertempuran yang baik tetapi mempunyai profil yang rendah, khasnya UTK. Berikutan insiden kegiatan lanun yang mengganas di kawasan pekan di Sabah, pasukan Komando 69 telah dihantar beroperasi untuk menumpaskan aktiviti lanun di Sabah dan hasilnya, kegiatan lanun berjaya dihapuskan. Seorang ahli militan MNLF Filipina bernama Rizal Aleh berjaya melarikan diri ke Sabah dan memulakan keganasan dengan taktik-taktik lanun. Apabila Komando 69 dihantar sekali lagi ke Sabah, Rizal dan rakan-rakannya berjaya diberkas dan diserahkan kepada kerajaan Filipina.
[Sunting] Kelengkapan
Pasukan Komando 69 dan Unit Tindakan Khas dilengkapi dengan peralatan khas sepertimana pasukan khas SAS, SWAT dan SEAL. Disini adalah senarai senjata dan kelengkapan yang digunakan oleh kedua-dua unit ini.
[Sunting] Senjata
Data Persenjataan Khas | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Pistol | Senapang Patah | SMG/PDW | Raifal Tempur/Karbin | Raifal Penembak Hendap | Mesingan | Grened | |
Beretta M92F/S1 | Remington M870 | HK MP5A3 | Colt M4A1 SOPMOD | Acc-Int. PM | M60E1 | M79 | |
Browning HP Mk.3 | Remington M1100 | HK MP5-K | Colt M16A1 | HK G3/SG-1 | HK 11A1 | M203 | |
Colt M1911A11 | Winchester M12 | HK MP5SD2 | HK 331 | HK 33 Sniper1 | Grened Kuasa Tinggi | ||
Glock 19 | Steyr AUG A2 | Sig SSG 2000 | Grened Cahaya | ||||
HK P9S | Grened Asap | ||||||
Sig Sauer P226 | |||||||
Steyr M-9 | |||||||
Vektor SP1 |
1 Pistol Colt M1911A1 buatan Amerika Syarikat pernah digunakan oleh pegawai tentera British, askar Melayu dan pegawai polis Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Polis Diraja Malaysia) semasa Perang Dunia Kedua dan Darurat di Tanah Melayu. Manakala Beretta M92F/S digunakan oleh Komando 69, UTK dan Rejimen Askar Melayu Diraja pada tahun 1970an semasa penugasan menentang pengganas komunis. Apabila kerajaan Malaysia memperkenalkan sistem persenjataan terbaru yang terdiri daripada jenis Glock, Sig Sauer dan Steyr pada tahun 1980an, Beretta dan Colt telah dihentikan perkhidmatannya, tetapi hanya 1% pegawai dan anggota sahaja yang masih menggunakannya terutamanya dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Cawangan Persenjataan. Manakala raifal HK 33 dihentikan perkhidmatannya pada tahun 1990 dan digantikan dengan HK PSG-1 sebagai senjata penembak tepat utama.
[Sunting] Kelengkapan
- Alat Pandang Malam (Night Vision Goggle, NVG)
- Pejera Laser
- Pejera EO Tech
- Ves Kalis Peluru
[Sunting] Lambang
- Motto
- Warisan Darah Perwira
- Hitam
- Simbolik kepada penugasan Komando 69 dalam operasi-operasi yang mempunyai kerahsiaan yang tinggi.
- Merah
- Melambangkan keberanian bagi perajurit-perajurit Komando 69
- Kuning
- Melambangkan Ketaatsetiaan kepada Raja dan Negara.
- Lembing / Tombak
- Senjata tradisi yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan dan pendekar-pendekar Melayu.
- 2 Bilah Kerambit
- Merujuk kepada angka 69, melambangkan membunuh musuh secara senyap