1 November
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
<< | November | >> | ||||
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | |
2007 |
1 November merupakan hari ke-305 (hari ke-306 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 60 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kebangsaan di Algeria
- Hari Kemerdekaan di Antigua dan Barbuda (1981)
- Hari Para Orang Kudus dalam Katolik.
[Sunting] Peristiwa
- 1512: Siling Gereja Sistine dicat semula dalam fresco oleh Michelangelo.
- 1521: Ferdinand Magellan mengetuai ekspedisi Eropah pertama untuk melayari Selat Magellan, laluan yang menghubungkan Lautan Pasifik dan Atlantik di selatan tanah besar Amerika Selatan.
- 1755: Gempa bumi besar dan tsunami memusnahkan Lisbon, dan mengorbankan lebih 100,000 nyawa di Portugal dan Morocco.
- 1954: Front de Libération Nationale memulakan Perang Kemerdekaan Algeria menentang pemerintahan Perancis, dengan serangan gerila di pelbagai kawasan di Algeria.
- 1955 - Dwight D. Eisenhower menghantar kumpulan pertama Kumpulan Bantuan Penasihat Tentera MAAG ke Vietnam Selatan untuk memberikan latihan kepada Tentera Vietnam Selatan (ARVN). Ini merupakan permulaan pembabitan rasmi Amerika Syarikat di dalam Perang Vietnam.
- 1963: Balai Cerap Arecibo, dengan teleskop radio (gambar) terbesar di dunia, dibuka secara rasmi di Arecibo, Puerto Rico.