Burung Pucung Gelam
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Burung Bangau Gelam Status pemuliharaan: Berisiko rendah (lc)
|
|||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengelasan saintifik | |||||||||||||||
|
|||||||||||||||
|
|||||||||||||||
Ixobrychus eurhythmus Linnaeus, 1758 |
|||||||||||||||
|
Burung Pucung Gelam (bahasa Inggeris: Schrenck's Bittern) ialah sejenis burung pucung yang kecil yang membiak di China dan Siberia antara bulan Mac hingga Julai, dan di Jepun antara bulan Mei hingga Ogos. Burung ini menghabiskan musim sejuknya di Indonesia, Filipina, Singapura, dan Laos, tetapi melepaskan kawasan-kawasan yang lain di Asia Tenggara.
Burung Pucung Gelam merupakan spesies yang kecil, dengan panjangnya 38 sentimeter. Lehernya pendek, dengan paruh panjang dan kaki yang berwarna kuning. Burung jantan berwarna perang berangan sama rata pada bahagian atas, dan kuning pucat di bahagian bawah serta bahagian bawah sayapnya. Burung betina dan anak burung berwarna perang berangan pada keseluruhannya, dengan bintik-bintik putih di bahagian atas serta jalur putih di bahagian bawah. Semasa terbang, ia menonjolkan bulu terbang dan ekor yang berwarna hitam.
Habitat pembiakannya kawasan yang bermensiang. Burung Pucung Gelam amat sukar dilihat kerana gaya hidupnya yang terhendap-hendap serta habitatnya yang bermensiang, tetapi burung-burung ini cenderung muncul pada waktu senja ketika ia dapat dilihat mendekati mangsanya secara diam-diam.
Burung Pucung Gelam banyak didapati di taburannya, dan telah dinilai sebagai paling kurang menimbulkan kebimbangan dalam Senarai Merah IUCN bagi Spesies Terancam.
[Sunting] Rujukan
- BirdLife Antarabangsa (2004). Ixobrychus eurhythmus. Senarai Merah IUCN 2006 untuk Spesies Terancam. IUCN 2006. Dimuat turun pada 26 November 2006. Kemasukan pangkalan data termasuk justisfikasi tentang mengapa burung ini tidak menimbulkan banyak kebimbangan.
[Sunting] Pautan luar
Senarai burung.
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |