Milenium ke-1
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Milenium: | Milenium ke-1 SM • Milenium ke-1 • Milenium ke-2 |
Abad: | Abad ke-1 • Abad ke-2 • Abad ke-3 • Abad ke-4 • Abad ke-5 • Abad ke-6 Abad ke-7 • Abad ke-8 Abad ke-9 • Abad ke-10 |
Milenium ke-1 merupakan tempoh seribu tahun yang pertama dari 1 Januari 1 hingga 31 Disember 1000 dalam kalendar Gregory. Tidak adanya "tahun sifar" dalam kalendar Gregory.
Bahagian awal milenium ke-1 menandakan kemuncak Empayar Rom. Zaman Purba Akhir ialah tempoh peralihan yang mengubahkan Empayar Rom Timur menjadi Empayar Byzantin, manakala Empayar Rom Barat jatuh dan menimbulkan Zaman Pertengahan Awal Eropah. Agama Kristian dan Islam masing-masing bangkit untuk berkuasa pada abad ke-4 dan ke-7. Bahagian akhir milenium ke-1 melihat peralihan kepada Zaman Pertengahan Tinggi. Jumlah penduduk dunia yang telah bertambah sebanyak tiga kali ganda berbanding dengan milenium sebelumnya bertambah dengan lebih perlahan dan mungkin juga merosot. Mengikut satu anggaran, jumlah penduduk dunia bertambah daripada kira-kira 170 hingga 300 juta, tetapi terdapat juga anggaran-anggaran yang berlainan, dengan sesetengah anggaran yang menganggap bahawa jumlah penduduk dunia telah dikurangkan daripada 400 juta orang sehingga 250 juta orang.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Peristiwa
- Permulaan (30-an) dan kebangkitan agama Kristian (abad ke-4)
- Di Albion - London diasaskan sebagai Londinium oleh Rom
- Penyebaran orang-orang Yahudi (abad ke-1)
- Sukan Olimpik diadakan sehingga tahun 393
- Kebakaran Perpustakaan Alexandria, perpustakaan yang terbesar di dunia
- Kemuncak dan kejatuhan Empayar Rom Barat (abad ke-5)
- Kebangkitan Empayar Byzantin
- Kemaharajaan-kemaharajaan Germanik diasaskan di Eropah Utara dan Barat (Zaman Penghijrahan, Zaman Kelam)
- Permulaan Islam (abad ke-7)
- Kemuncak peradaban Maya
- Tiga kemaharajaan di China
- Kemuncak kebudayaan Hindu di India di bawah Dinasti Gupta
- Penaklukan Islam terhadap Timur Tengah dan Afrika Utara
- Serangan-serangan Viking merupakan kejadian yang biasa di Eropah utara (Zaman Viking sejak abad ke-8)
- Permulaan Zaman Pertengahan di Eropah
[Sunting] Tokoh-tokoh
- Caesar Augustus, maharaja Rom (63 SM - 14)
- Jesus, tokoh utama dalam agama Kristian (maut k.k. 29–33)
- Paul dari Tarsus, hawari utama agama Kristian kepada orang bukan Yahudi (maut 67)
- Cai Lun, pereka kertas yang berasal dari China (maut 121)
- Plutarch, ahli sejarah Yunani (maut k.k 127)
- Zhang Heng, ahli astronomi dan matematik Cina (maut 139)
- Ptolemy, ahli astronomi dan matematik Yunani (maut 178)
- Chandragupta (280–319), pengasas Empayar Gupta di India
- Constantine I, maharaja Rom (maut 337)
- Augustine dari Hippo (354-430), ahil teologi dan Bapa Gereja
- Attila, raja dan hulubalang Hunnic (maut 453)
- Theodoric Agung (454-526), raja masyarakat Goth dan Itali
- Aryabhata (lahir 476), ahli astronomi dan matematik
- Nabi Muhammad (570-632), nabi dan pengasas agama Islam
- Santo Isidore dari Seville, ketua biskop dan penulis ensiklopedia (maut 636)
- Brahmagupta, ahli astronomi dan matematik India (maut 668)
- Santo Bede (672 atau 673 - 735)
- Abi Ishaq, ahli nahu Arab (maut 735)
- Charles Martel yang menewaskan tentera Arab di Toulouse pada tahun 721 (maut 741)
- Charlemagne, penakluk Frank dan pengasas Empayar Rom Holy (maut 814)
- Muḥammad ibn Mūsā al-Ḵwārizmī (k.k. 780 – k.k. 850), ahli matematik Parsi
- Alfred Agung (maut 899)
- Al Battani (850-923), ahli astronomi dan matematik Arab
- Otto Agung (912-973)
- Bjarni Herjólfsson
[Sunting] Perekaan, penemuan, dan pengenalan
- Kertas direka di China
- Algebra diperkembangkan di Timur Tengah
- Kopi ditemui di Ethiopia
- Berbagai-bagai perbaikan menunggang kuda, termasuk ladam dan rakap
- Hop ditambahkan pada bir buat pertama kali
- Sistem Ptolemy digunakan untuk menghuraikan gerakan planet-planet
- Catur diperkembangkan dan dimain secara meluas
- Kompas magnet direka
- Keluli digunakan buat pertama kali di India
[Sunting] Peristiwa kebudayaan yang penting
- 44 Masihi: Serangan Rom terhadap Britain