Napoleon Bonaparte
Dari Wikipedia bahasa Melayu
- Napoleon dialihkan ke sini. Untuk kegunaan lain, sila lihat Napoleon (nyahkekaburan).
Napoleon I Bonaparte, Maharaja Perancis, Raja Itali (15 Ogos 1769 – 5 Mei 1821) ialah:
- jeneral Revolusi Perancis;
- pemerintah Perancis sebagai Konsul Pertama (Konsul Perdana) Republik Perancis dari 11 November 1799 hingga 18 Mei 1804;
- kemudian Maharaja Perancis (Empereur des Français) dan Raja Itali di bawah nama Napoleon I dari 18 Mei 1804 hingga 6 April 1814; dan
- dipulihkan untuk satu tempoh yang singkat sebagai Maharaja dari 20 Mac hingga 22 Jun 1815.
Selama lebih kurang satu dekad, angkatan-angkatan tentera Perancis di bawah pimpinannya bertempur dengan hampir setiap kuasa Eropah (biasanya dengan serentak) dan menguasai kebanyakan tanah besar barat dan tengah Eropah melalui penaklukan atau perikatan sehingga serangannya terhadap Rusia yang membawa kecelakaan pada tahun 1812. Serangan ini diikuti oleh kekalahannya dalam Perang Leipzig pada Oktober 1813 yang menyebabkan beliau turun dari takhta beberapa bulan kemudian dan buangannya ke pulau Elba. Beliau mencuba memulihkan nasibnya dalam apa yang dikenali sebagai Seratus Hari (les Cent Jours), tetapi ditewaskan sekali lagi, kali ini secara muktamad dalam Perang Waterloo di tempat yang kini merupakan Belgium pada 18 Jun 1815, diikuti oleh penyerahan kalah tidak lama kemudian kepada pihak British dan buangan ke pulau Saint Helena di mana beliau meninggal dunia enam tahun kemudian.
Walaupun Napoleoan sendiri tidak mengembangkan banyak pembaharuan tentera, selain daripada empat segi infantri yang dipergunakan di Mesir serta peletakan meriam dalam penyangga meriam, beliau mempergunakan taktik yang terbaik daripada pelbagai sumber, dan memodenkan angkatan tentera Perancis untuk mencapai banyak kemenangan yang utama. Kempen-kempennya telah dikaji di akademi-akademi di seluruh dunia dan beliau secara amnya dianggap sebagai salah satu daripada komander terutama yang pernah hidup. Selain daripada pencapaian tenteranya, Napoleon juga diingati untuk pengasasan Kod Napoleon, dan sesetengah orang pula menganggap beliau sebagai salah satu daripada "pemerintah kuku besi berihsan".
Napoleon melantik banyak ahli keluarga Bonaparte serta kawan-kawannya yang rapat sebagai raja-raja untuk negara yang beliau takluk serta sebagai tokoh-tokoh kerajaan (adiknya Lucien menjadi Menteri Kewangan Perancis). Walaupun pemerintahan mereka ini tidak kekal selepas kejatuhan Napoleon, salah seorang nefritisnya, Napoleon III, kemudian memerintah Perancis pada abad ke-19.
[Sunting] Pautan luar
- Napoleon 101 - Podkas mengenai Napoleon olen pengarang dan pemenang anugerah, J. David Markham
- Napoleon oleh Stanley Kubrick — Filem Teragung yang TIDAK PERNAH dibuat?
- Napoleon — Potret Mendalam: Pameran Bergerak
- Kronologi Napoleon I dalam Pangkalan Data Sejarah Dunia
- Satira Napoleon — Himpunan Digital Perpustakaan Universiti Brown
- "Cerita Ganjil mengenai Kertas Hias Dinding Napoleon" — membincangkan kebarangkalian keracunan arsenik
- Panduan untuk Himpunan William Henry Hoffman mengenai Napoleon (Perpustakaan Universiti Brown)
- Napoleon, Angkatan Tentera dan Taktiknya
- PBS Napoleon — Biografi Napoleon yang perinci
- Napoleon
- Napoleon I yang Agung — Sejarah Empayar Perancis yang ringkas lagi padat
- Siri Napoleon — Mengakui bakat-bakat luar biasa seorang yang mentakrifkan satu zaman (1789-1821) serta orang-orang, baik lelaki mahupun perempuan, yang hidup dan membentukkan zaman itu, Siri Napoleon bertujuan untuk mempromosikan penjelajahan ilmiah yang berterusan untuk zaman itu.
- Napoleonic Association — Pelakonan Semula Napoleon dan Sejarah Hidup, UK
- Projek Louverture: Napoléon Bonaparte — Napoléon berhubung dengan Saint-Domingue, tanah jajahan yang menjadi Haiti selepas revolusi semasa pemerintahan beliau.
- Napoleão Bonaparte - Biografi padat