Sejarah
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sejarah merupakan istilah generik untuk maklumat masa yang lalu seperti "sejarah geologi bumi". Apabila berbincang mengenai bidang kajian, sejarah merujuk kepada sejarah manusia, yang mana berkenaan yang direkodkan mengenai masyarakat yang lalu.
Pakar sejarah menggunakan pelbagai sumber termasuk penulisan, atau bahan bercetak, temuramah (sejarah lisan), dan arkeologi. Pendekatan berbeza mungkin lebih biasa digunakan bergantung kepada tempoh masa kajian tersebut dibuat. Sejarah yang berlaku sebelum rekod manusia dikenali sebagai pra-sejarah.