Tanjung Verde
Dari Wikipedia bahasa Melayu
República de Cabo Verde Republik Tanjung Verde |
|||||
|
|||||
Lagu kebangsaan: Cântico da Liberdade | |||||
Ibu negara | Praia 14°55′ N 23°31′ W |
||||
Kota terbesar | Praia | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Portugis (rasmi) dan sembilan Bahasa-bahasa Cape Verdean Crioulo |
||||
Kerajaan | Republik | ||||
- Presiden | Pedro Pires | ||||
- Perdana Menteri | José Maria Neves | ||||
Kemerdekaan | daripada Portugal | ||||
- Diiktiraf | 5 Julai 1975 | ||||
Keluasan | |||||
---|---|---|---|---|---|
- Jumlah | 4,033 km² (172) 1,557 km persegi |
||||
- Air (%) | sedikit sahaja | ||||
Penduduk | |||||
- Anggaran Julai 2006 | 420,979 (165) | ||||
- Bancian 2005 | 507,000 | ||||
- Kepadatan | 126/km² (79) 326/km persegi |
||||
KDNK (KKP) | Anggaran 2005 | ||||
- Jumlah | $3.055 billion (158) | ||||
- Per kapita | $6,418 (92) | ||||
IPM (2004) | 0.722 (sederhana) (106) | ||||
Mata wang | Escudo Tanjung Verde (CVE ) |
||||
Zon waktu | CVT (UTC-1) | ||||
- Musim panas (DST) | tidak diperhatikan (UTC-1) | ||||
Internet TLD | .cv | ||||
Kod panggilan | +238 |
Tanjung Verde atau Republik Tanjung Verde (bahasa Portugis: Cabo Verde, sebutan IPA: /'kabu 'veɾdɨ/) ialah sebuah republik yang terletak di kepulauan kawasan ekologi Macaronesia di Lautan Atlantik Utara, berhampiran dengan pantai barat Afrika. Kepulauan ini yang dahulu tidak dihuni manusia ditemui dan dijajah oleh negeri Portugal pada abad ke-15. Negara ini dinamai sempena nama Cap-Vert (bermaksud "Tanjung Hijau") di Senegal, hujung yang paling barat di benua Afrika.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah
- Rencana utama: Sejarah Tanjung Verde
Tanjung Verde tidak dihuni manusia ketika penjelajah Portugal tiba pada tahun 1456 dan menjadikan kepulauan ini sebagai sebahagian empayar Portugis. Disebabkan oleh lokasinya yang berhampiran dengan pantai Afrika, Tanjung Verde menjadi sebuah pangkalan bekalan air yang penting, kemudiannya sebagai sebuah tapak ladang pokok tebu, dan akhirnya menjadi satu pusat utama untuk perdagangan abdi.
Pada tahun 1975, kepulauan ini mencapai kemerdekaan, sebahagian kerana usaha-usaha Parti Kemerdekaan Guinea-Bissau dan Tanjung Verde Afrika (PAIGC). Selepas kemerdekaan, PAIGC cuba menyatukan Tanjung Verde dan Guinea-Bissau menjadi sebuah negara, dengan PAIGC menguasai kedua-dua kerajaan, tetapi rampasan kuasa di Guinea-Bissau mengakhiri segala rancangan tersebut. Di Tanjung Verde pada dirinya, PAICV (anggota gabungan bersama PAIGC) memerintah sehingga sebuah pilihan raya demokrasi yang diadakan pada tahun 1991 menyebabkan pertukaran kerajaan. Parti Movimento para a Democracia (MPD) memenangi pilihan raya itu dan dipilih semula pada tahun 1996. Bagaimanapun, PAICV kembali untuk berkuasa pada tahun 2001, dan dipilih semula pada tahun 2006.
[Sunting] Politik
- Maklumat lanjut mengenai politik dan kerajaan Cape Verde boleh didapati di Siri politik dan kerajaan Cape Verde.
Politik Tanjung Verde dikendalikan dalam rangka republik demokrasi perwakilan berparlimen yang perdana menterinya merupakan ketua kerajaan, serta sistem berbilang parti politik. Kuasa eksekutif dipegang oleh kerajaan, manakala kuasa perundangan dipegang oleh kedua-dua kerajaan dan Dewan Perundangan. Badan kehakiman adalah bebas daripada badan-badan eksekutif dan perundangan.
[Sunting] Geografi
- Rencana utama: Geografi Tanjung Verde
Tanjung Verde ialah sebuah kepulauan yang terletak berhampiran pantai barat Afrika pada 15.02 U 23.34 B. Ia terdiri daripada 10 buah pulau utama serta 8 buah pulau kecil. Pulau-pulau utamanya ialah:
- Barlavento (kumpulan pulau utara)
- Santo Antão
- São Vicente
- Santa Luzia
- São Nicolau
- Sal
- Boa Vista
- Sotavento (kumpulan pulau selatan)
- Maio
- Santiago
- Fogo
- Brava
Pulau-pulau yang kecil termasuk Branco, dan Razo. Antara pulau-pulau Tanjung Verde, hanya Santa Luzia dan lima buah pulau kecil tidak dihuni. Kini, pulau-pulau tersebut telah dijadikan sebuah Kawasan Simpanan Semula Jadi. Semua pulau mempunyai gunung berapi, tetapi hanya terdapat sebuah gunung berapi yang masih aktif yang terletak di pulau Fogo (sila lihat Gunung Fogo).
[Sunting] Persekitaran
Keterasingan Tanjung Verde hampir 500 kilometer dari tanah besar Afrika menyebabkan pulau-pulaunya mempunyai sebilangan besar spesies endemik, dengan banyaknya terancam oleh pembangunan manusia. Burung-burung endemiknya termasuk Burung Layang-layang Alexander (Apus alexandri), Burung Lark Raso (Alauda razae), Burung Siul Teluk Verde (Acrocephalus brevipennis), dan Burung Pipit Iago (Passer iagoensis), dengan reptilia yang termasuk Cicak Raksasa Teluk Verde (Tarentola gigas).
[Sunting] Iklim
Tanjung Verde terletak di dalam zon tropika. Suhu puratanya antara 24°C (75°F) pada bulan Januari dan Februari hingga 29°C (85°F) pada bulan September. Hujan tahunan puratanya 68.4 mm, dengan bulan September merupakan bulan yang paling lembap dengan 33.6 milimeter. Sebaliknya, bulan-bulan antara April dan Julai ialah bulan-bulan yang paling kering, dengan hujan yang kurang daripada satu milimeter setiap bulan.
[Sunting] Ekonomi
- Rencana utama: Ekonomi Tanjung Verde
Tanjung Verde ialah sebuah negara kecil yang tidak mempunyai banyak sumber, malah mengalami kemarau yang teruk. Pertanian disukarkan oleh kekurangan hujan, dan terhad kepada hanya empat buah pulau pada kebanyakan bulan setiap tahun. Kebanyakan daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar datangnya daripada industri perkhidmatan. Ekonomi Tanjung Verde telah bertumbuh sejak lewat dekad 1990-an, dan kini dianggap sebagai sebuah negara yang sederhana perkembangannya. Tanjung Verde banyak bekerjasama dengan Portugal pada setiap peringkat eknonominya dan oleh itu, mata wangnya dikaitkan mula-mulanya dengan escudo Portugis dan kemudiannya dengan euro pada tahun 1999.
José Manuel Durão Barroso, bekas perdana menteri Portugis dan kini presiden (penggal kedua 2004) Suruhanjaya Eropah, telah berjanji untuk membantu menggabungkan Tanjung Verde ke dalam lingkungan pengaruh Kesatuan Eropah melalui lebih banyak kerjasama dengan Portugal. Pada Mac 2005, Mário Soares, bekas presiden Portugis, memulakan petisyen untuk mendesak Kesatuan Eropah menganjurkan perbincangan tentang keahlian Tanjung Verde.
[Sunting] Demografi
Kebanyakan penduduk Tanjung Verde ialah mestiços yang berketurunan daripada abdi Afrika dengan peneroka orang putih Portugis. Leluhur Eropahnya juga termasuk:
- kelasi Sepanyol dan Itali yang diberikan tanah oleh Empayar Portugis;
- peneroka dan orang buangan Portugis; dan
- orang Yahudi Portugis yang merupakan mangsa Pasitan.
Yang lain termasuk terutamanya orang kulit hitam Afrika atau orang Eropah (kebanyakan orang Portugis meninggalkan Tanjung Verde selepas kemerdekaan). Banyak orang asing dari kawasan-kawasan yang lain di dunia menetap di Tanjung Verde sebagai negara tetap mereka. Kebanyakannya merupakan peneroka Arab dan Yahudi dari Lebanon dan Maghribi, serta peneroka Belanda, Perancis, British (Inggeris), Cina (khususnya dari Macau), Amerika Syarikat, dan Brazil (termasuk keturunan Portugis dan Afrika). Kesemuanya telah diserap ke dalam masyarakat mestiço.
Lebih banyak anak negeri Tanjung Verde tinggal di luar negeri, berbanding dengan mereka yang tinggal di Tanjung Verde, dengan sebilangan komuniti penghijrah Tanjung Verde yang besar di Amerika Syarikat (500,000 orang), Portugal (80,000 orang), dan Angola (45,000 orang). Terdapat juga sebilangan besar anak negeri Tanjung Verde di São Tomé dan Príncipe, Senegal, Perancis, Brazil, dan Belanda. Anak-anak negeri Tanjung Verde juga menetap di Sepanyol, Jerman, dan Komuniti Negara Yang Bertuturan Bahasa Portugis (Brazil dan Guinea-Bissau).
[Sunting] Rujukan
- Kebanyakan bahan rencana ini berasal daripada Buku Fakta Dunia CIA 2000 dan laman web Kementerian Dalam Negeri Amerika Syarikat 2003.
- Dr Marcel Gomes Balla dari Universiti Boston telah menulis sebuah sejarah ringkas tentang pulau-pulau ini dalam bukunya, Antonio's Island, ISBN 1-898030-48-0.
[Sunting] Pautan luar
[Sunting] Kerajaan
- República de Cabo Verde – laman web rasmi kerajaan (bahasa Portugis)
- Assembleia Nacional de Cabo Verde – laman web rasmi parlimen Tanjung Verde
- Laman web Tanjung Verde Maya – perkhidmatan kedutaan Tanjung Verde di Washington DC
[Sunting] Gambar keseluruhan
- Tarrafal Na Zona – laman web bermatlumat mengenai Tarrafal (Santiago)
- Panduan Pulau
- Berita BBC - Profil Negara: Tanjung Verde
- Buku Fakta Dunia CIA - Tanjung Verde
- Rujukan Kronologi Cabo Verde
- Kawasan-kawasan Burung Endemik: Kepulauan Tanjung Verde
[Sunting] Galeri
- Galeri Terbuka: Gambar foto dari semua pulau
- 2200 gambar foto mengenai pulau, penduduk, peristiwa, dan kebudayaan
- Video dan gambar foto Tanjung Verde
[Sunting] Direktori
- Projek Direktori Terbuka: Tanjung Verde
- Universiti Stanford - Afrika di selatan Sahara: Tanjung Verde
- Indeks Afrika - Tanjung Verde
- Universiti Pennsylvania - Pusat Kajian Afrika: Tanjung Verde
- Perlembagaan Republik Tanjung Verde
Daftar negara | Afrika | Afrika Barat |
Benin | Burkina Faso | Cape Verde | Chad | Côte d'Ivoire | Gambia | Ghana | Guinea | Guinea-Bissau | Liberia | Mali | Mauritania | Niger | Nigeria | Saint Helena | Senegal | Sierra Leone | Togo |