Zon masa
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Zon masa merupakan kawasan di bumi yang telah menggunakan waktu masa yang sama, yang dikatakan waktu tempatan. Zon masa biasanya terletak di sekitar garis meridian sesuatu longitud. Jadi zon masa bersebelahan berbeza satu jam, atau 15°. Walau bagaimanapun, perbezaan satu jam tersebut bukanlah wajib, and seperti yang dapat dilihat dari peta di bawah, bentuk zon masa adalah agak tidak tetap kerana ia biasanya mengikut bentuk negara-negara yang dilaluinya.
Semua zon masa ditakrifkan mengikut UTC (dulu GMT) di longitud 0° di Greenwich, London. Waktu Malaysia ialah UTC + 8. Negara lain dalam zon masa ini ialah barat Australia, Brunei, Filipina, Indonesia (WITA), Mongolia, seluruh Republik Rakyat China dan Singapura.