Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) atau lebih dikenali sebagai Pengawal Pantai Malaysia ditubuhkan pada 21 Ogos 2002 dilancarkan di Lumut pada hari Rabu dan diketuai Laksamana Madya Datuk Mohammad Nik. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bertujuan untuk mengawasi Selat Melaka.
Malaysia kini mengikut langkah beberapa negara seperti India dan Amerika Syarikat, yang telah menubuhkan agensi maritim untuk melindungi perairan mereka selain tentera laut dan polis marin.
APMM yang diberikan tugas bagi memastikan undang-undang maritim di Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) dilaksanakan serta memelihara keselamatan, perkara berkenaan alam sekitar dan operasi menyelamat, memulakan operasi awal dengan tiga buah kapal.
Sebanyak 17 buah kapal lagi yang diterima daripada tentera laut, polis dan kastam, akan diperbaiki dan dibaik pulih untuk peranan baru mereka dan dijangka siap pada Januari tahun depan. Sementara itu, sayap udaranya dirancang akan diwujudkan untuk memperkuatkan pasukan itu. Dipercayai APMM akan menubuhkan satu pasukan elit yang akan bergabung tenaga dengan unit elit ATM dan PDRM dalam meningkatkan keselamatan perairan negara yang dikenali sebagai STAR.
[Sunting] Rujukan
![]() |
||
---|---|---|
Negeri | Johor • Kedah • Kelantan • Melaka • Negeri Sembilan • Pahang • Perak • Perlis • Pulau Pinang • Sabah • Sarawak • Selangor • Terengganu | ![]() |
Wilayah Persekutuan | Kuala Lumpur • Labuan • Putrajaya |