New Immissions/Updates:
boundless - educate - edutalab - empatico - es-ebooks - es16 - fr16 - fsfiles - hesperian - solidaria - wikipediaforschools
- wikipediaforschoolses - wikipediaforschoolsfr - wikipediaforschoolspt - worldmap -

See also: Liber Liber - Libro Parlato - Liber Musica  - Manuzio -  Liber Liber ISO Files - Alphabetical Order - Multivolume ZIP Complete Archive - PDF Files - OGG Music Files -

PROJECT GUTENBERG HTML: Volume I - Volume II - Volume III - Volume IV - Volume V - Volume VI - Volume VII - Volume VIII - Volume IX

Ascolta ""Volevo solo fare un audiolibro"" su Spreaker.
CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Amsterdam - Wikipedia

Amsterdam

Dari Wikipedia bahasa Melayu

Amsterdam

Terusan-terusan di kejiranan Jordaan

Lokasi

Lokasi Amsterdam

Bendera

Bendera Amsterdam

Negara
Belanda
Wilayah
Belanda Utara
Penduduk
742,951(1 Januari 2005)
Koordinat
52°22′ N 4°54′ E
Laman
www.amsterdam.nl
Datuk bandar
Job Cohen (PvdA)

Amsterdam, (Bunyi audio?) ibu negara Belanda, terletak di perairan Teluk IJ dan sungai Amstel. Dijumpai pada akhir abad ke-12 sebagai satu perkampungan nelayan di muara sungai Amstel, dewasa ini ia menjadi bandar terbesar di negara berkenaan dan ia menjadi pusat kewangan dan kebudayaan. Pada 2005, jumlah penduduk bandar raya ini adalah 742,951[1]; populasi keluasan lebih kurang 1.5 juta.

Amsterdam mempunyai salah satu pusat bersejarah terbesar di dalam Eropah, tetapi kebanyakkannya bertarikh daripada abad ke-17, the Tahun Keemasan bagi Belanda, yang merupakan titik fokusnya. Pasa masa ini, satu siri sepusat, semibulatan terusan telah dibina di sekeliling pusat bandar raya lama, yang masih dikekalkan susun atur dan wajahnya. Banyak rumah cantik dan pangapuri diletakkan di sepanjang terusan, kebanyakan orang tinggal di dalamnya, yang lainnya menjadi pejabat dan beberapa bahagian menjadi bangunan-bangunan awam. Beberapa daripada rumah batu-bata tersebut semakin tenggelam disbabkan mereka dibina di atas kepingan kayu untuk menghadapi dan menatasi tanah-tanih yang berpaya.

Walaupun Amsterdam merupakan ibu kota Belanda, ia bukannya ibu kota negara atau negeri dalam wilayah di mana ia terletak, Belanda Utara (Haarlem), bukan juga kerusi dalam kerajaan Belanda atau (iaitu The Hague).

Jadual isi kandungan

[Sunting] Sejarah

Rencana utama: Sejarah Amsterdam
Pusat sejarah
Pusat sejarah

Amsterdam telah dijumpai sebagai satu perkampungan nelayan dalam abad ke-13. Mengikut kepada legenda, Amsterdam telah dijumpai oleh dua nelayan Frisian, yang telah mendarat di pesisir Amstel dalam sebuah in bot dengan anjing mereka. Pengempangan sungai Amstel memberikan namanya (dalam bahasa Belanda: Amstelredam "Empangan dalam Dam Amstel", menjadi Amsterdam dalam laluan masa). Ianya telah diberi hak kebandaran dalam tahun 1300 atau 1301. Semenjak daripada abad ke-14 dan seterusnya, Amsterdam makmur, sebahagian besar terdiri daripada asas perdagangan dengan bandar-bandar di Liga Hanseatic .

Abad ke-16 telah menyaksikan satu pemberontakan oleh orang Belanda terhadap Philip II dari Sepanyol dan waris-warisnya, menjadikan lebih buruk lalu terjadinya Perang Lapan Puluh Tahun yang mana sangat penting hingga membawa kepada kemerdekaan Belanda. Republik Belanda telah dikenali sebagai sikapnya yang relatif kepada toleransi agama dan orang Yahudi daripada Sepanyol dan Portugal, peniaga-peniaga berjaya dari Antwerp (pelarian-pelarian ekonomi dan agama daripada bahagian negara-negara yang masih lagi dikuasai oleh Sepanyol), Huguenots dari Perancis (dianiyai kerana agama mereka) mendapat keselamatan di Amsterdam. Ia merupakan pendatang-pendatang kaya dan dari Flanders yang menetapkan nada (dialek Brabantnya menjadi asas kepada tulisan Belanda piawai) dan menjadikan belanda satu kuasa pedagang laut.

Medan Dam  pada akhir abad ke-17: dilukis oleh Gerrit Adriaensz. Berckheyde (Gemäldegalerie, Dresden)
Medan Dam pada akhir abad ke-17: dilukis oleh Gerrit Adriaensz. Berckheyde (Gemäldegalerie, Dresden)

Abad ke 17 dianggap “Zaman Keemasan” bagi Amsterdam. Pada awal abad ke 17 Amsterdam menjadi salah satu bandar yang terkaya di dunia. Kapal-kapal berlayar dari Amsterdam ke Laut Baltic, Amerika Utara, Afrika, sekarangnya Indonesia dan Brazil, dan menjadikan asas rangkaian dagangan sedunia. Pedagang-pedagang Amsterdam memiliki saham yang besar dalam VOC dan WIC. Syarikat-syarikat ini mengumpul kekayaan di luar negeri yang kemudiannya menjadi asas bagi tanah-tanah jajahan Belanda. Pada masa itu Amsterdam adalah pusat penting laluan pengangkutan seterusnya bagi barang-barang dagangan di Eropah dan ianya menjadi pusat kewangan dunia yang penting. Bursa saham Amsterdam adalah bursa yang pertama yang berdagang secara berterusan.

Sungai Amstel pada malam hariLukisan oleh Koppelaar
Sungai Amstel pada malam hari
Lukisan oleh Koppelaar

Pada abad ke 18 dan awal abad ke 19 Amsterdam mengalami kemerosotan ekonomi akibat peperangan dengan England dan Perancis. Di masa peperangan Napoleon kekayaan Amsterdam berada diparas yang terendah. Walaubagaimanapun, dengan penubuhan Kingdom of the Netherlands pada 1815, keadaan beransur pulih. Di Amsterdam perkembangan-perkembangan baru dimulakan oleh perancang-perancang bandar seperti Samuel Sarphati yang mendapat ilham dari Paris.

Amsterdam boleh dianggap mengalami Zaman Keemasan yang kedua pada akhir abad ke 19. Muzium-muzium baru, stesen keretapi dan Concertgebouw dibina. Pada masa ini Revolusi Industri sudah sampai ke Amsterdam. Terusan Amsterdam-Rhine digali untuk membuat hubungan terus dengan Rhine dan Terusan Laut Utara untuk memberi pelabuhan itu hubungan lebih dekat dengan Laut Utara. Kedua-dua projek itu telah meningkatkan kommunikasi dengan tinggi sekali dengan Eropah dan seluruh dunia. Joseph Conrad memberi keterangan ringkas mengenai Amsterdam dari pandangan dari laut dalam The Mirror of the Sea (1906).

Sebelum Peperangan Dunia I, Amsterdam mula berkembang dan kawasan-kawasan di pinggiran bandar dibina. Semasa perang, Belanda tidak menyebelahi mana-mana pihak. Kekurangan makanan dan bahan api telah menimbulkan kekecohan dimana beberapa orang telah terbunuh.

Jerman menyerang Belanda pada 10 Mei 1940, dan menguasainya selepas 5 hari bertempur. Jerman menubuhkan sebuah kerajaan sivil Nazi di Amsterdam yang berkerjasama dalam penganiayaan orang-orang Yahudi. Bagaimanapun, terdapat sebilangan kecil dari penduduk Amsterdam yang menolong orang-orang Yahudi tetapi mereka turut teraniaya akibat dari itu. Dianggarkan antara 103,000 sehingga 105,000 orang Yahudi dari Belanda telah dihantar ke kem tahanan, diantaranya mungkin yang paling terkenal adalah seorang budak perempuan German, Anne Frank. Hanya 5,000 orang-orang Yahudi Belanda terselamat selepas perang. Pada bulan-bulan diakhir perang, talian kommunikasi terputus dengan tempat-tempat lain di Belanda dan makanan dan bahan api menjadi kurang. Banyak penduduk terpaksa pergi ke kawasan luar bandar untuk mendapatkan makanan. Ada yang terpaksa memakan anjing, kucing dan ubi sugar beet mentah untuk hidup. Kebanyakan pokok di Amsterdam ditebang untuk bahan api dan semua papan-papan diambil dari rumah-rumah orang Yahudi yang dihantar ke kem tahanan.

[Sunting] Jata

Jata Amsterdam terdiri dari 3 palang Saint Andrew disusun tegak, tetapi bagi bendera ianya diatur melintang. Menurut ahli-ahli sejarah palang itu melambangkan tiga bencana yang sering melanda bandar itu: banjir, api dan wabak penyakit berjangkit.

Lambang Mahkota diRaja Austria telah dianugerahkan kepada bandar pada 1489 oleh Maximilian I, Maharaja Suci Rom, sebagai penghargaan diatas bakti dan pinjaman. Mahkota adalah tanda di bawah naungan diRaja dan menjadi mohor keizinan kepada pedagang-pedagang Amsterdam di luar negeri. Singa-singa pada jata telah dimasukkan pada abad ke 16. Cogan kata di jata pula, Heldhaftig, Vastberaden, Barmhartig ("Berani, Tekad, Pengasih") telah dianugerahkan pada bandar ini oleh Permaisuri Wilhelmina pada 1947 sebagai penghargaan sumbangan pada Perang Dunia II. Selain dari jata, menara Westerkerk juga mempunyai lambang mahkota diRaja.

Imej Satelit menunjukkan Amsterdam
Imej Satelit menunjukkan Amsterdam

[Sunting] Tarikan pelancong

Rencana utama: Daya Tarikan Pelancong di Amsterdam

Amterdam terkenal dengan muzium-muzium yang cemerlang termasuk Muzium Rijks, Muzium Van Gogh, Muzium Stedelijk, Muzium Rembrandt House, Rumah Anne Frank dan orkestra simfoni yang masyur di dunia, Concertgebouworkest yang bertempat di Concertgebouw. Turut menjadi tarikan pelancong adalah kawasan lampu merah, de Wallen dan “kedai-kedai kopi” yang menjual kanabis.

[Sunting] Cuaca

Amsterdam mengalami cuaca suhu sederhana, dengan pola cuaca banyak dipengaruhi oleh kedudukan Amsterdam dengan Lautan Atlantis di barat dan angin timur utama. Musim sejuk adalah sederhana dan purata melepasi tahap beku, walaupun fros adalah biasa semasa tempoh angin timur atau timur laut yang bertiup dari arah benua. Musim panas selesa panas dan jarang panas. Bagaimanapun, walaupun hari hujan adalah biasa, Amsterdam tidak mepunyai cuaca lembab keterlaluan dan purata kurang dari 760 mm (30 inci) hujan setahun. Jumlah hujan kelihatan lebih banyak berbanding yang sebenarnya kerana ia meleret sebagai renyai yang berpanjangan atau hujan rintik. Cuaca lembab dan mendung adalah biasa terutamanya pada musim yang lebih sejuk.

[Sunting] Demografi

Demografi evolusi Amsterdam di antara 1300 dan 1999
1300 1400 1500 1600 1650 1796 1830 1849 1879 1899 1925 1999
1,000 3,000 12,000 60,000 140,000 200,600 202,400 224,000 317,000 510,900 714,200 727,100

[Sunting] Akademik

Amsterdam mempunyai 2 universiti: Universiti Amsterdam (Universiteit van Amsterdam), dan Universiti Vrije(Vrije Universiteit). Institut-institut pengajian tinggi yang lain adalah termasuk akademi seni, De Rietveldacademie, Hogeschool van Amsterdam, Hogeschool voor Economische Studies Amsterdam dan Amsterdamse Hogeschool voor de Kunsten. International Institute of Social History adalah salah satu dari institut-institut dokumentar dan penyelidikan mengenai sejarah sosial terutamanya sejarah pergerakan buruh yang terbesar di dunia. Di Amsterdam juga terdapat taman botani yang tertua di dunia, Hortus Botanicus, yang diasaskan pada tahun 1638, di mana terdapat banyak spesimen yang tua dan jarang didapati seperti pokok kopi yang menjadi induk kepada seluruh pembiakan kopi di Amerika Tengah dan Selatan.

Java Island, di 't IJ, dikenali kerana senibinanya yang moden.
Java Island, di 't IJ, dikenali kerana senibinanya yang moden.

[Sunting] Pengangkutan awam

Pengangkutan awam di Amsterdam yang dikendalikan oleh Gemeentelijk Vervoerbedrijf, Connexxion, dan Nederlandse Spoorwegen, mengandungi:

  • hubungan keretapi dalam negeri dan antarabangsa
  • 3 landasan metro and 1 landasan rail ringan yang membentuk metro Amsterdam
  • 16 landasan tram
  • 1 landasan tram ekspres (IJtram)
  • 55 laluan bas tempatan
  • laluan bas luar daerah
  • beberapa feri untuk pejalan kaki dan penunggang basikal melintasi IJ (percuma)
  • 1 feri ekspres, Fast Flying Ferry, menuju Velsen-Zuid di pantai Laut Utara a Fast

Landasan bawah tanah, Landasan Utara/Selatan (Noord/Zuidlijn) sedang dibina dan dianggarkan siap pada 2012. Sila lihat Gemeentelijk Vervoerbedrijf, Amsterdam metro, Amsterdam Centraal).

[Sunting] Sejarah

Semasa pembinaan Metro Amsterdam, rancangan untuk memusnahkan seluruh kawasan penginapan orang-orang Yahudi yang berdekatan Nieuwmarkt menghadapi bangkangan yang kuat. Metro tetap dibina tetapi rancangan untuk membina lebuh raya di tengah bandar Amsterdam melalui kawasan itu telah dibatalkan. Lukisan yang terdapat di dinding stesen Nieuwmarkt adalah untuk memperingati bangkangan itu.

Imej:Amster.jpg
Beberapa penunggang basikal yang tekun di Amsterdam

[Sunting] Pengangkutan persendirian

Amsterdam adalah terkenal di dunia sebagai bandaraya ramah basikal dan adalah pusat bagi budaya basikal. Kebanyakan jalan-jalan utama mempunyai laluan basikal. Rak-rak basikal terdapat di mana-mana sahaja di seluruh bandar. Terdapat 700,000 basikal di bandar ini dan setiap tahun sebanyak 80,000 tercuri dan 25,000 dicampak ke dalam terusan. Memandu kereta di tengah bandar tidak digalakkan. Bayaran letak kereta adalah tinggi dan banyak jalan-jalan di mana kereta-kereta dilarang masuk.

[Sunting] Lapangan terbang

Lapangan terbang Amsterdam Schiphol terletak lebih-kurang 10 minit dari Stesen Pusat Amsterdam. Ia adalah lapangan terbang yang terbesar di Belanda dan keempat terbesar di Eropah. Ia mengendali 42 juta penumpang setahun dan adalah tapak rumah kepada KLM, yang menjadi sebahagian dari Air France-KLM sejak 2004.

[Sunting] Sukan

Amsterdam adalah bandar kepada Ajax, sebuah pasukan bola sepak dalam Liga Bola Sepak Belanda. Pasukan ini bertapak di stadium moden Amsterdam ArenA, yang terletak di tenggara bandar itu. Turut menggunakan stadium tersebut adalah satu pasukan bola sepak Amerika, Amsterdam Admirals.

Dalam 1928, Amsterdam menghoskan Sukan Olympiad ke IX. Stadium Olympic yang dibina untuk sukan tersebut telah di baikpulih dengan sepenuhnya dan kini digunakan untuk acara-acara budaya dan sukan.

Amsterdam juga menempatkan gelanggang ais skating, Jaap Eden baan, yang terkenal. Amstel Tijgers bertanding di arena ini dalam liga utama hoki ais Belanda. Di acara lumba skating pecut (speed skating) banyak kejohanan antarabangsa telah ditandingkan di laluan 400 meter gelanggang ais ini.

Bandar ini juga mempunyai sebuah pasukan besbol, Amsterdam Pirates, yang bertanding di Liga Utama Belanda, tiga pasukan hoki, Amsterdam, Pinoké dan Hurley, dan sebuah pasukan bola keranjang, Amsterdam Astronauts, yang bertanding dalam divisyen utama Belanda dan menggunakan dewan sukan, Sporthallen Zuid, yang berdekatan dengan Studium Olympic.

Semenjak 1999 Amsterdam menghargai ahli-ahli sukannya yang cemerlang pada Amsterdam Sports Awards. Peninju Raymond Joval dan pemain hoki tengah padang Carole Thate adalah yang pertama untuk menerima anugerah tersebut pada 1999.

[Sunting] Acara-acara dalam tempoh waktu

  • Koninginnedag, 30 April, Sambutan hari kelahiran bekas Permaisuri (Juliana)
  • Uitmarkt, hujung minggu terakhir Ogos, permulaan musim budaya
  • Amsterdam Roots, minggu terakhir Jun. Festival musik antarabangsa
  • Amsterdam Tournament, hujung Ogos, Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa yang dihoskan oleh AFC Ajax.
  • Amsterdam Pride, hujung minggu pertama Ogos, gay pride hujung minggu
  • Amsterdam Marathon, pertengahan October
  • Sail Amsterdam, acara setiap 5 tahun di mana kapal layar (tall ships) dari seluruh dunia dapat dilawati.
  • Cannabis Cup, pertengahan November, pertandingan tahunan kanabis dihoskan oleh High Times.

[Sunting] Orang-orang terkenal Amsterdam

  • Karel Appel - pelukis
  • Dennis Bergkamp - pemain bola sepak
  • George Hendrik Breitner - pelukis
  • Simon Carmiggelt - penulis dan kolumnis
  • Johan Cruijff - pemain bola sepak
  • Candy Dulfer - pemain saksofon
  • Cees Jan Diepeveen - pemain hockey
  • Max Euwe - pemain chess
  • Anne Frank - penulis diari Holocaust
  • Theo van Gogh - (dibunuh) pengeluar filem dan kolumnis
  • Ruud Gullit - pemain bola sepak
  • Patrick Kluivert - pemain bola sepak
  • Xaviera Hollander - Bekas NY "Madam" dan Penthouse kolumnis
  • Klaas Bruinsma - dalang dadah bergelar "the preacher"
  • André Hazes - penyanyi
  • Freddy Heineken - pemegang saham besar syarikat bir Heineken
  • Meindert Hobbema - pelukis
  • Jozef Israëls - pelukis
  • Wim Kok - bekas perdana menteri
  • Wouter Bos - pemimpin pembangkang parlimen Belanda
  • Frits Bolkestein - ahli politik Belanda dan bekas pesuruhjaya Kesatuan Eropah (EU)
  • Karel Miljon - ahti tinju
  • Harry Mulisch - penulis
  • Multatuli - penulis
  • Rembrandt - pelukis
  • Gerard Reve - penulis
  • Frank Rijkaard - pemain sepak bola
  • Baruch Spinoza - ahli falsafah
  • Paul Verhoeven - direktor filem

[Sunting] Notakaki

  1. Statistik Amsterdam dalam bahasa belanda

[Sunting] Pautan luar

Wikimedia Commons mempunyai media mengenai:
Didahului oleh:
Florence
Ibukota Kebudayaan Eropah
1987
Diikuti oleh:
Berlin Barat


Bandar raya tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas

1896: Athens • 1900: Paris • 1904: St. Louis • 1908: London • 1912: Stockholm • 1920: Antwerp • 1924: Paris • 1928: Amsterdam • 1932: Los Angeles • 1936: Berlin • 1948: London • 1952: Helsinki • 1956: Melbourne • 1960: Rom • 1964: Tokyo • 1968: Bandaraya Mexico • 1972: Munich • 1976: Montreal • 1980: Moscow • 1984: Los Angeles • 1988: Seoul • 1992: Barcelona • 1996: Atlanta • 2000: Sydney • 2004: Athens • 2008: Beijing • 2012: London

Templat:Province North Holland

Static Wikipedia (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2007 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2006 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu

Static Wikipedia February 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu