Moscow
Dari Wikipedia bahasa Melayu
-
Untuk kegunaan yang lain, sila lihat: Moscow (nyahkekaburan).
|
||||||
Lokasi | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
Kedudukan Moscow di Eropah | ||||||
Kerajaan | ||||||
Negara Daerah Subbahagian |
Russia Daerah Pusat Persekutuan Bandar raya Persekutuan |
|||||
Datuk Bandar | Yuriy Luzhkov | |||||
Ciri-ciri Geografi | ||||||
Keluasan - Bandar raya |
1,081 km² | |||||
Jumlah penduduk - Bandar (2005) - Kepadatan |
10,415,400 8,537.2/km² |
|||||
Koordinat | 55° 45′8″U, 37° 37′56″T | |||||
Aras tinggi | <130 - 253 m | |||||
Zon waktu - Musim panas (DST) |
MSK (UTC+3) MSD (UTC+4) |
|||||
Maklumat Lain | ||||||
Kod pos | 101xxx-129xxx | |||||
Kod telefon | +7 495; +7 499 | |||||
Plat nombor | 77, 99, 97, 177 | |||||
Laman web: www.mos.ru |
Moscow (bahasa Rusia: Москва́, Moskva, IPA: [mʌ'skva] listen?) ialah ibu negara serta pusat politik, ekonomi, kewangan, pendidikan, dan pengangkutan yang terutama di Rusia. Terletak di tebing Sungai Moskva di Daerah Pusat Persekutuan yang terletak pula di bahagian barat Persekutuan Rusia, Moscow ialah bandar raya yang terbesar di Eropah. Bilangan penduduk tetap sebanyak 10.4 juta orang [1] merupakan sekitar 7% daripada jumlah penduduk Rusia.
Secara sejarah, Rusia terletak di pusat tanah air Rusia dan merupakan ibu negara untuk bekas Kesatuan Soviet, serta Rusia Muscovy, negara pra-Empayar Rusia. Moscow juga merupakan tempat untuk Kremlin yang termasyhur, dan yang kini merupakan tempat kediaman Presiden Rusia.
Budaya seni bina dan seni pentas Moscow amat termasyhur di seluruh dunia. Moscow juga amat dikenali untuk Gereja Santo Basil, dengan kubah-kubah berbentuk bawang yang anggun, serta Katedral Christ si Penyelamat (Cathedral of Christ the Savior). Bapa Moscow yang tinggal di Biara Danilov merupakan ketua Gereja Ortodoks Rusia. Moscow masih merupakan pusat ekonomi yang terutama dan mempunai banyak bilionwan, dan sentiasa dianggap sebagai salah satu bandar raya yang termahal di dunia. [2]
Rusia mempunyai banyak institusi sains dan pendidikan, serta kemudahan sukan. Sistem pengangkutannya yang rumit termasuk sistem metro yang amat masyhur untuk seni binanya serta merupakan sistem yang tersibuk di dunia. Moscow merupakan tuan rumah Sukan Olimpik pada musim panas 1980.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah
- Rencana utama: Sejarah Moscow
Rujukan pertama kepada Moscow bertarikh dari 1147 ketika Putera Yuriy Dolgorukiy dari Kiev menjemput putera Republik Novgorod dengan perkataan-perkataan "marilah melawat aku, saudara, [marilah] ke Moscow." [3] Sembilan tahun kemudian, pada tahun 1156, Yuri Dolgorukiy memberikan perintah untuk membina sebuah dinding kayu untuk mengelilingi Moscow yang sedang berkembang. Dinding itu terpaksa dibina banyak kali. [4] Selepas penjarahan Moscow pada tahun 1237-1238, ketika oleh orang-orang Mongolia membakar bandar raya ini dan membunuh penduduknya, Moscow pulih dan menjadi ibu kota sebuah kerajaan yang berasingan pada tahun 1327.[5] Kedudukannya yang baik di hulu air Sungai Volga menghasilkan pembangunan yang tetap dan selama banyak tahun, Moscow menjadi sebuah kerajaan yang stabil serta makmur, dan menarik banyak orang pelarian dari seluruh Rusia.
Di bawah Ivan I, Moscow mengambil alih Tver sebagai ibu kota Vladimir-Suzdal dan menjadi pemungut cukai yang tunggal kepada pemerintah-pemerintah Mongolia. Melalui pembayaran ufti yang tinggi, Ivan memenangi konsesi yang penting daripada Khan. Berbeza dengan kerajaan-kerajaan yang lain, Moscow tidak dibahagikan antara anak-anak lelaki Ivan I tetapi diwarisi pada keseluruhan kepada anak sulungnya. Pada tahun 1380, Putera Dmitry Donskoy dari Moscow mengetuai seangkatan tentera Rusia yang bersatu untuk mencapai satu kemenangan yang penting terhadap orang-orang Mongolia dalam Perang Kulikovo. Selepas itu, Moscow memainkan peranan yang utama untuk membebaskan Rusia daripada penguasaan Mongolia. Pada tahun 1480, Ivan III akhirnya membebaskan orang-orang Rusia daripada penguasaan orang Tatar, dan membenarkan Moscow menjadi pusat kuasa di Rusia. [6] Ibu kota Rusia yang telah berpindah dari Kiev ke Vladimir, bertapak di bandar raya ini pada keakhiran pemerintahannya, dan Moscow sekali lagi menjadi ibu kota sebuah empayar yang kemudian merangkumi semua kawasan hari ini, iaitu Rusia, Siberia, dan bahagian-bahagian kawasan yang lain.
[Sunting] Abad ke-17
Abad ke-17 memperlihatkan banyak pemberontakan yang popular di Moscow, seperti pembebasan Moscow daripada penyerang Poland (1612), Rusuhan Garam (1648), Rusuhan Tembaga (1662), serta Pemberontakan Moscow (1682). Moscow tamat menjadi ibu kota Rusia pada tahun 1712, selepas pengasasan St. Petersburg oleh Peter Agung di pantai Baltik pada tahun 1703. Ketika Napoleon Bonaparte menyerang pada tahun 1812, orang-orang Moscow membakar bandar raya sendiri dan memindahkan diri apabila angkatan Napoleon mendekati pada 14 September. Dilanda oleh kelaparan, kesejukan, dan saluran bekalan yang buruk, Angkatan Napoleon terpaksa berundur.
[Sunting] Abad ke-19
Pada Januari 1905, jawatan Gabenor Bandaraya, atau Datuk Bandar diperkenalkan secara rasmi di Moscow, dan Alexander Adrianov menjadi datuk bandar Moscow yang pertama. Menyusul kejayaan Pemberontakan Rusia pada 12 Mac 1918, Moscow menjadi ibu negara Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia dan Kesatuan Soviet, kurang daripada lima tahun kemudian. [7]
Semasa Perang Patriotik Agung, Jawatankuasa Pertahanan dan Pegawai Turus Angkatan Tentera Merah Soviet ditempatkan di Moscow. Pada tahun 1941, 16 divisyen sukarelawan negara (melebihi 160,000 orang), 25 batalion (18,500 orang) dan empat rejimen kejuruteraan ditubuhkan antara orang-orang Moscow. Pada November 1941, Pusat Kumpulan Angkatan Tentera Jerman dihentikan di pinggir bandar raya dan kemudian diundurkan semasa Perang Moscow. Banyak kilang dipindahkan, bersama-sama dengan kebanyakan kerajaan, dan dari 20 Oktober, bandar raya Moscow diisytiharkan sebagai di bawah pengepungan. Penduduk-penduduk yang tinggal membina dan mengendalikan pertahanan anti kereta kebal ketika bandar raya itu dibedil dari udara. Joseph Stalin enggan meninggalkan bandar raya dan oleh itu, pegawai-pegawai turus dan majlis komisar rakyat terpaksa mengiringinya. Walaupun menghadapi pengepungan dan pengeboman, pembinaan sistem metro Moscow yang dimulakan pada awal dekad 1930-an diteruskan sepanjang peperangan dan pada akhir perang, beberapa landasan metro yang baru dibuka.
Pada 1 Mei 1944, pingat Untuk Pertahanan Moscow dan pada tahun 1947, lagi satu pingat, Untuk Peringatan Hari Ulang Tahun Moscow ke-800 diperkenalkan. Bagi peringatan hari ulang tahun bagi kemenangan Perang Dunia II yang diadakan pada 8 Mei 1965, Moscow merupakan salah satu daripada 12 bandar raya Soviet yang dianugerahkan dengan gelaran Bandaraya Pahlawan.
Pada tahun 1991, Moscow merupakan tempat percubaan rampasan kuasa oleh ahli-ahli kerajaan yang menentang pembaharuan-pembaharuan Mikhail Gorbachev. Ketika Kesatuan Soviet dibubarkan pada tahun yang sama, Moscow terus merupakan ibu negara Persekutuan Rusia. Sejak masa itu, kemunculan ekonomi pasaran di Moscow telah menghasilkan ledakan peruncitan, perkhidmatan, seni bina, dan gaya hidup yang bersifat gaya Barat.
- Maklumat lanjut: Jata Moscow
[Sunting] Bibliografi
- Karel Neubert. "Portrait of Moscow". 1964
- Albert J. Schmidt. "The Architecture and Planning of Classical Moscow: A Cultural History". 1989
- Kathleen Berton. "Moscow: An Architectural History". St. Martin's, 1991
- Marcel Girard. "Splendours of Moscow and Its Surroundings", trans. from French. 1967
- John Bushwell. "Moscow Graffiti: Language and Subculture". Unwin Hyman, 1990
- S.S. Hromov et al. (eds.). "History of Moscow: An Outline", trans. from Russian. 1981
- Galina Dutkina. "Moscow Days: Life and Hard Times in the New Russia". Trans. Catherine Fitzpatrick. Kodansha America, 1995
[Sunting] Nota dan rujukan
- ↑ (Bahasa Rusia) СТОЛИЦА РОССИЙСКОЙ ФЕДЕРАЦИИ В ЗЕРКАЛЕ ЦИФР, ФАКТОВ И СОБЫТИЙ. Kerajaan Moscow. Dicapai pada 2006-07-07.
- ↑ Boykewich, Stephen, "Moscow Dinamai Sebagai Bandar Raya Yang Termahal di Dunia", The Moscow Times, 2006-06-27. Dicapai pada 2006-07-03.
- ↑ Comins-Richmond Walter. Sejarah Moscow. Kolej Occidental. Dicapai pada 2006-07-03.
- ↑ Rusia Menghadapi Dunia: Pembinaan Kremlin, 1156-1516. Perpustakaan Awam New York. Dicapai pada 2006-07-03.
- ↑ Di sepanjang Cecincin Emas Moscow. Pusat Maklumat Pelancong Moscow. Dicapai pada 2006-07-05.
- ↑ Vogel Michael. Hubungan Mongolia: Pengaruh-pengaruh Mongolia pada Pembangunan Moscow. Universiti Indiana South Bend. Dicapai pada 2006-07-03.
- ↑ Geografi. Kedutaan Rusia. Dicapai pada 2006-07-18.
[Sunting] Lihat juga
- Sejarah Rusia
- Bandaraya Moscow
- Muscovy
- Rom Ketiga
[Sunting] Pautan luar
Carilah maklumat lanjut di Moscow melalui projek-projek kembar Wikipedia: Takrif kamus dari Wiktionary |
[Sunting] Maklumat am
- Laman web Pentadbiran Moscow
- Jawatankuasa Pelancongan Kerajaan Bandaraya Moscow
- WikiMapia: Moscow – pemandangan Moscow melalui satelit yang menunjukkan mercu-mercu tanda bandar raya
- Syarikat Pelancongan Norday – gambaran keseluruhan bandar raya dan mercu-mercu tandanya
- Panduan bandar raya Moscow
- Panduan hotel Moscow
[Sunting] Media
- The Moscow Times – laman web rasmi untuk akhbar bahasa Inggeris yang terutama di Moscow
- The Moscow News – salah satu daripada akhbar bahasa Inggeris yang tertua di Moscow
- (Bahasa Rusia) NTV – salah satu daripada syarikat penyiaran yang terbesar di Rusia
[Sunting] Imej
- Rumah Fotografi Moscow
- Galeri gambar foto oleh Alexey Slizkov
- EarthCam: Dataran Merah – kamera web untuk Dataran Merah di Moscow
- Gambar-gambar foto Moscow oleh Arkady Kulev
Divisyen pentadbiran Rusia | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Taklukan persekutuan | |||||||||||||
|
|||||||||||||
Daerah persekutuan | |||||||||||||
Barat Laut | Selatan | Siberia | Tengah | Timur Jauh | Urals | Volga |
Bandar raya tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas |
---|
1896: Athens • 1900: Paris • 1904: St. Louis • 1908: London • 1912: Stockholm • 1920: Antwerp • 1924: Paris • 1928: Amsterdam • 1932: Los Angeles • 1936: Berlin • 1948: London • 1952: Helsinki • 1956: Melbourne • 1960: Rom • 1964: Tokyo • 1968: Bandaraya Mexico • 1972: Munich • 1976: Montreal • 1980: Moscow • 1984: Los Angeles • 1988: Seoul • 1992: Barcelona • 1996: Atlanta • 2000: Sydney • 2004: Athens • 2008: Beijing • 2012: London |
Bandar Raya Pahlawan untuk bekas Kesatuan Soviet | |
---|---|
Odessa | Kiev | Kubu Brest | Kerch | Leningrad | Minsk | Moscow | Murmansk | Novorossiysk | Sevastopol | Smolensk | Stalingrad | Tula |