Asetaminofen
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Asetaminofen (parasetamol) |
|
N-acetyl-para-aminophenol | |
Berat molekul | 151.17 |
Formula empirik | C8H9NO2 |
(Metabolism) | Hati |
Golongan hamil (pharmaceutical) | B (USA) A (Aus) |
Acetaminophen, (Amerika Syarikat) atau paracetamol (United Kingdom), adalah analgesik and antipiretik dadah yang popular dan digunakan untuk melegakan sakit kepala, sengal-sengal dan sakit ringan, dan demam. Ia digunakan dalam kebanyakan ubat preskripsi analgesik selsema dan flu. Ia amat selamat dalam dos piawaian, tetapi kerana mudah di dapati, terlebih dadah (drug overdose) samaada sengaja atau tidak sengaja sering berlaku.
Asetaminofen atau Parasetamol ialah analgesik and dadah antipiretik yang popular dalam mengurangkan sakit kepala, dan demam. Parasetamol digunakan dalam mengurangkan simptom selsema dan flu, dan merupakan ramuan utama dalam kebanyakan analgesik berpreskripsi. Parasetamol adalah selamat pada dos standard, dan disebabkan boleh didapati secara meluas, dos berlebihan jarang berlaku.
Berbeza dengan dadah analgesik yang lain seperti aspirin dan ibuprofen, parasetamol tiada sifat anti-keradangan. Jadi parasetamol tidak tergolong dalam dadah jenis NSAID. Dalam dos normal, asetaminofen tidak menyakitkan permukaan dalam perut atau mengganggu gumpalan darah, ginjal atau duktus arteriosus fetus.
[Sunting] Etimologi
Perkataan asetaminofen dan parasetamol berasal daripada singkatan nama kimia bahan tersebut:
Versi Amerika N-asetil-para-aminofenol asetominofen Versi Inggeris para-asetil-amino-fenol parasetamol
[Sunting] Sejarah
Sebelum penemuan asetaminofen, kulit sinkona digunakan sebagai agen antipiretik, selain digunakan untuk menghasilkan drug antimalaria, kuinin.
Apabila pokok sinkona semakin berkurangan pada 1880an, sumber alternatif mula dicari. Terdapat dua agen antipiretik dibangunkan pada 1880an; asetanilida pada 1886 dan fenasetin pada 1887. Pada masa ini, asetaminofen telah disintesis oleh Harmon Northrop Morse melalui pengurangan p-nitrofenol bersama timah dalam asid asetik glasier. Biarpun proses ini telah dijumpai pada tahun 1873, asetaminofen tidak digunakan dalam bidang perubatan sehinggalah dua dekad selepasnya. Pada 1893, asetaminofen telah ditemui di dalam air kencing seorang individu yang mengambil fenasetin, yang memekat kepada hablur campuran berwarna putih dan berperisa pahit. Pada tahun 1899, asetaminofen dijumpai sebagai metabolit asetanilida. Namun penemuan ini tidak diambil peduli pada ketika itu.
Pada 1946, Institut Pengajian Analgesik dan Drug Sedatif telah memberi bantuan kepada Jabatan Kesihatan Bandaraya New York untuk mengkaji masalah berkaitan agen analgesik. Bernard Brodie dan Julius Axelrod telah ditugaskan untuk mengkaji mengapa agen bukan aspirin dikaitkan dengan kewujudan methemoglobinemia, sejenis keadaan darah tidak berbahaya. Di dalam tulisan mereka pada 1948, Brodie dan Axelrod mengaitkan penggunaan asetanilida dengan methemoglobinemia dan mendapati kesan analgesik asetanilida adalah disebabkan metabolit asetamofen yang aktif. Mereka membela penggunaan asetaminofen memandangkan bahan kimia ini tidak menghasilkan kesan kesan toksik asetanilida.