Bandar raya di Malaysia
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Berikut merupakan senarai bandar raya di Malaysia:
- George Town (1 Januari 1957) (status kini dipertikai)
- Kuala Lumpur (1 Februari 1972)
- Ipoh (27 Mei 1988)
- Kuching Utara dan Selatan (1 Ogos 1988)
- Johor Bahru (1 Januari 1994) (Bandar Raya Selatan)
- Kota Kinabalu (2 Februari 2000)
- Shah Alam (10 Oktober 2000)
- Bandar Melaka (15 April 2003) (Bandar Raya Bersejarah)
- Alor Star (21 Disember 2003)
- Bandar Miri (20 Mei 2005) (Bandar Raya Peranginan)
- Petaling Jaya (20 Jun 2006)
[Sunting] George Town
George Town telah diberikan status bandaraya pada 1 Januari 1957 oleh Permaisuri Elizabeth II (sebelum kemerdekaan). Walau bagaimanapun, dalam proses penstrukturan semula pada 1976, Majlis Bandaraya George Town telah digabungkan dengan Majlis Daerah Pulau Pinang menjadi Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Oleh itu, walaupun status bandar raya tidak ditarik balik secara rasmi (melalui pindaan undang-undang), kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri beranggapan bahawa George Town bukanlah sebuah bandaraya. Ini dibantah keras oleh penduduknya.
Alor Star • George Town • Ipoh • Johor Bahru • Kota Kinabalu • Kuala Lumpur • Kuching • Melaka • Miri • Petaling Jaya • Shah Alam