Biro Tatanegara
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Fungsi
Pada tahun 1970-an, semasa program belia, fungsi Biro Tatanegara (BTN) ketika itu ialah mengawasi kegiatan gabungan belia dan pelajar bagi memastikan mereka bertindak selaras dengan kehendak aspirasi negara.
Pada tahun 1981, selaras dengan keputusan Kerajaan, fungsi BTN telah diperluaskan untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara serta meningkatkan semangat keislaman di kalangan semua lapisan masyarakat termasuk belia, pelajar, kakitangan kerajaan dan sektor swasta.
Seterusnya pada November 1986, aktiviti BTN diperjelas dan diperkembangkan kepada melatih pemimpin dan bakal pemimpin supaya mereka mendukung usaha-usaha pembangunan dalam beberapa bidang seperti agama, sosial, politik, ekonomi dan pendidikan.
Pada tahun 1992, Jawatankuasa Penyelaras Latihan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri telah memutuskan BTN melaksanakan Program Bina Negara yang melibatkan penganjuran kursus, seminar dan aktiviti yang bercirikan latihan perubahan sikap. Program Bina Negara telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri serentak dengan Kursus Bina Negara 1 yang diadakan pada 1 hingga 4 Januari 1992.
[Sunting] Objektif
Mencipta semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia dengan memberikan keutamaan kepada golongan pelajar, cendekiawan dan pemimpin-pemimpin masyarakat dengan hasrat mewujudkan satu negara dan bangsa yang kuat dan bermaruah melalui rancangan latihan dan penyelidikan kemasyarakatan.
[Sunting] Misi
Memberi sumbangan bermakna dalam usaha mencipta kegemilangan masyarakat Malaysia.
[Sunting] Visi
Pembina semangat patriotisme negara yang terkemuka dan utama.
[Sunting] Alamat.
BIRO TATANEGARA
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3 Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502,
Putrajaya
Tel : 603 88887742 Fax : 603 88883458
[Sunting] Pautan Luar
Jabatan dan Agensi kerajaan Malaysia <=
![]() |
||
---|---|---|
Negeri | Johor • Kedah • Kelantan • Melaka • Negeri Sembilan • Pahang • Perak • Perlis • Pulau Pinang • Sabah • Sarawak • Selangor • Terengganu | ![]() |
Wilayah Persekutuan | Kuala Lumpur • Labuan • Putrajaya |