Boeing 767
Dari Wikipedia bahasa Melayu
![]()
Royal Brunei Boeing 767
|
Boeing 767 adalah sebuah pesawat komersial dibina oleh Boeing Commercial Airplanes.Boeing 767 adalah pesawat berbadan lebar yang turut diperkenalkan bersama-sama dengan 757. Tidak lama lagi, Boeing 767 akan digantikan dengan 787.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Variasi
- 767-200 - Model pertama 767 dan dilancarkan pada tahun 1978. Ianya dikeluarkan dari tahun 1981 hingga 1994 dan memasuki perkhidmatan (bersama United Airlines) pada tahun 1982.
- 767-200ER - Sebuah model yang dipanjangkan dan hantaran pertama kepada El Al pada tahun 1984. Ianya merupakan 767 yang pertama untuk terbang merentasi atlantik.
- 767-300 - Penerbangan perdananya pada tarikh 14 Januari, 1986 dan penghantaran pertama kepada Japan Airlines pasa 25 September tahun yang sama..
- 767-300ER - Sebuah variasi -300 dimana julatnya dipanjangkan. Penerbangan perdana pada tahun 1986 tetapi tempahan komersial pada tahun 1987 oleh American Airlines. Ianya memasuki perkhidmatan dengan America Airlines pada tahun 1988. Pada tahun 1995, Eva Air menggunakan 767-300ER untuk memulakan penerbangan merentasi pasifik.
- 767-300F - Versi kargo 767-300ER berautomatik tinggi dan ditempah oleh United Parcel Aervice pada tahun 1993.
- 767-400ER - Satu lagi versi julat dipanjangkan dan dibina sebagai pesawat nic untuk Delta Airlines dan Continental Airlines bagi menggantikan armada L-1011 dan DC-10 mereka. Pengeluaran pertama pada tahun 2000
- E-767 - Platform AWACS digunakan oleh Japan Self-Defense Forces.
- KC-767 Tanker Transport - Sebuah pesawat pengisian semula bahan api dan digunakan oleh Italian Air Force dan Japan Self-Defense Forces
- E-10 MC2A - Merupakan pengganti bagi E-3 Sentry AWACS, pesawat E-8 Joint STARS dan pesawat EC-135 ELINT.
[Sunting] Am
767-200 | 767-200ER | 767-300 | 767-300ER | 767-300F | 767-400ER | |
---|---|---|---|---|---|---|
Panjang | 48.5 m (159 ft 2 in) |
54.9 m (180 ft 3 in) |
61.4 m (201 ft 4 in) |
|||
Rentang sayap | 47.6 m (156 ft 1 in) |
51.9 m (170 ft 4 in) |
||||
Kapasiti penumpang | 181 hingga 255 | 218 hingga 351 | 0 | 245 to 375 | ||
Kargo | 81.4 m³ (2,875 ft³) 22 LD2s |
106.8 m³ (3,770 ft³) 30 LD2s |
454 m³ (16,034 ft³) 30 LD2s + 24 pallets |
129.6 m³ (4,580 ft³) 38 LD2s |
||
Julat | 9,400 km (5,200 batu nautika) transcontinental |
12,200 km (6,600 batu nautika) transpacific |
9,700 km (5,230 batu nautika) transcontinental |
11,305 km (6,105 batu nautika) transpacific |
6,050 km (3,270 batu nautika) transcontinental |
10,450 km (5,650 batu nautika) transatlantic |
Laju Terbang | Mach 0.8 (870 km/h, 540 mph) | |||||
Penjana Kuasa | Dua enjin turbofan dengan nisbah pirau tinggi sama ada General Electric CF6-80 (dengan tujahan 289 kN setiap satu) atau Pratt & Whitney PW4062 (dengan tujahan 280 kN setiap satu); sesetengah pesawat menggunakan Rolls-Royce RB211 (dengan tujahan 267 kN setiap satu) |
[Sunting] Kecelakaan
[Sunting] Peristiwa 11 September
Dua pesawat Boeing 767 terlibat dalam peristiwa 11 September , 2001. Penerbangan American Airlines 11, sebuah 767-223ER, berlanggar dengan bangunan utara Pusat Dagangan Dunia, dengan kehilangan jiwa seramai 93 orang di dalam pesawat. Penerbangan United Airlines 175, sebuah 767-222, berlanggar dengan bangunan selatan, dengan kehilangan jiwa seramai 65 di dalam pesawat.
[Sunting] Kecelakaan Lain
(rekod 2004)
- Hilang Kawalan: 6 dengan kehilangan jiwa seramai 568
- Lain-lain: 2 dengan kehilangan jiwa seramai 0
- Rampasan Pesawat: 5 dengan kehilangan jiwa seramai 282
Komponen Berkaitan | |
---|---|
Perkembangan terkini | |
Pesawat udara setara |
Airbus A300 - Airbus A310 - Airbus A330 - Boeing 787 - |
Siri Diberi | |
Daftar berkait |
Daftar syarikat penerbangan - Daftar pesawat awam |