El Al
Dari Wikipedia bahasa Melayu
El Al | ||
---|---|---|
IATA LY |
ICAO ELY |
Pengenalan El Al |
Penubuhan | 1948 | |
Hab | LTA Ben Gurion | |
Program frequent flyer | Matmid | |
Lobi ahli | King David Lounge | |
Bilangan pesawat | 30 | |
Destinasi | 43 | |
Company slogan | "Home away from Home" | |
Ibu pejabat | Tel Aviv, Israel | |
Tokoh | Haim Romano (CEO) | |
Laman web: www.elal.co.il |
El Al Israel Airlines (אל על, Bahasa Ibrani bermaksud ke langit) adalah syarikat penerbangan Israel. Operasinya meliputi Afrika, Asia, Amerika Utara, Eropah dan Timur Tengah dan berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion, Tel Aviv.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah
Penerbangan ini ditubuhkan pada 15 November 1948 dan memlukan operasinya pada Ogos 1949 dengan perkhidmatan antara Tel Aviv dan Rome dan Paris. Penerbangan ke London adalah pada tahun selepasnya. Pada 15 Jun 1961, penerbangan tanpa henti ke New York diperkenalkan dimana ketika itu Boeing 707nya memecah rekod dunia untuk penerbangan komersial tanpa henti meliputi 5,760 batu nautika mengambil masa 9 jan 33 minit.
Fasa pertama penswastaanya dimulakan pada Jun 2003 dimana 15% saham syarikat ini disenaraikan di pasaran saham Tel Aviv. Syarikat induk Arkia Israel Airlines, Knafaim-Arkia Holdings membeli sejumlah besar saham penerbangan ini pada pertengahan 2004 dan bercita-cita untuk memilik penuh El Al.
[Sunting] Perkhidmatan
El Al beroperasi di laluan ini (pada Januari 2005):
- Destinasi dalam negeri: Elat, Ovda dan Tel Aviv.
- Destinasi antarabangsa: Amsterdam, Athens, Bangkok, Barcelona, Beijing, Berlin, Brussels, Bucharest, Budapest, Cairo, Chicago, Dnipropetrovsk, Frankfurt, Geneva, Hong Kong, Istanbul, Johannesburg, Kiev, Larnaca, London, Los Angeles, Madrid, Marseilles, Miami, Milan, Minsk, Moscow, Mumbai, Munich, New York, Odessa, Paris, Prague, Rome, Sofia, St Petersburg, Toronto, Vienna, Warsaw dan Zurich.
[Sunting] Armada
- 4 Boeing 747-200
- 5 Boeing 747-400
- 2 Boeing 737-700
- 4 Boeing 737-800
- 4 Boeing 777-200
- 6 Boeing 767-200
- 1 Boeing 767-300
- 4 Boeing 757-200