Empayar Rom
Dari Wikipedia bahasa Melayu
- Untuk kegunaan lain, sila lihat Empayar Rom (nyahkekaburan).
Empayar Rom | |
Empayar Rom pada kemuncaknya. Cogan kata negara: Senatus Populusque Romanus Bahasa Latin: Senat dan Rakyat Rom Maskot: Aquila (burung helang) |
|
' | ' |
---|---|
Bahasa rasmi | bahasa Latin, bahasa Yunani |
Ibu kota | Rom; kemudian Milan, Ravenna dan Constantinople |
Kerajaan | Pemerintahan beraja dengan bentuk-bentuk Republik, dan kemudiannya Autokrasi |
Ketua negara | Maharaja; selepas pembahagian, terdapat Maharaja Rom Barat dan Maharaja Rom Timur |
Majlis perundingan | Senat Rom |
Kawasan | Sebelum kejatuhan: 2.3 juta batu persegi (5,900,000 km² pada kemuncaknya |
Bilangan penduduk | Sebelum kejatuhan: Anggaran berbeza-beza antara 55 juta hingga melebihi 120 juta |
Penubuhan | 2 September 31 SM |
Pembubahan | Empayar Rom Barat jatuh pada 4 September 476, dan Empayar Rom Timur (Empayar Byzantine) jatuh pada 29 Mei 1453. |
Maharaja Pertama | Augustus (27 SM-14) |
Maharaja Terakhir | Theodosius I (347-395), raja terakhir untuk seluruh empayar, kemudian pembahagian terakhir. Maharaja Barat terakhir: Romulus Augustus (475-476) atau Julius Nepos yang menuntut kedaulatan terhadap Empayar Rom Barat, sehingga kemangkatannya pada 480. Maharaja Timur terakhir: Constantine XI (1449-1453). |
Negara sebelum | Republik Rom |
Negara selepas | Empayar Rom Barat, Empayar Rom Timur (Empayar Byzantine), Empayar Frank, Empayar Rom Holy. |
Mata wang | Solidus, Aureus, Denarius, Sestertius, As |
Liht juga |
Empayar Rom merupakan fasa tamadun Rom kuno yang disifatkan oleh sebuah kerajaan yang autokratik. Republik Rom yang awal telah dibinasakan dan dilemahkan oleh pertikaian antara Gaius Marius dan Sulla, diikuti oleh perang saudara Gaius Julius Caesar terhadap Pompey. Semasa semua perebutan kuasa ini, beratus-ratus senator telah bertempur, dihukum mati, dibunuh atau membunuh diri. Senat Rom dipenuhi semula dengan kawan-kawan yang setia kepada Pemerintahan Bertiga Pertama dan kemudian, oleh penyokong-penyokong Pemerintahan Bertiga Kedua. Pada akhirnya, Octavian (kemudian dikenali sebagai "Augustus") menewaskan pesaingnya, Mark Antony, dan menamatkan subversi yang beransur-ansur ini melalui penyusunan semula Republik Rom menjadi "Empayar Rom".
"Empayar Rom" boleh juga digunakan sebagai terjemahan untuk ungkapan, Imperium Romanum, yang mungkin merupakan ungkapan bahasa Latin yang terkenal yang mana perkataan imperium telah digunakan untuk bermaksud "wilayah"; "Empayar Rom" merujuk kepada bahagian dunia di bawah pemerintahan Rom. Pengembangan wilayah Rom ini yang menyeberangi sempadan negara kota Rom yang asal telah bermula sejak lama lagi sebelum negara itu menjadi sebuah empayar. Pada kemuncaknya selepas penaklukan Dacia oleh Trajan, Empayar Rom menguasai permukaan tanah sebanyak lebih kurang 5,900,000 kilometer persegi (2,300,000 batu persegi) dan oleh itu, menjadi empayar terbesar semasa Zaman Purba Klasik.
Tarikh yang tepat ketika Republik Rom menjadi Empayar Rom telah dipertikaikan, dengan tarikh-tarikh pelantikan Julius Caesar sebagai sebagai diktator seumur hidup (44 SM), perang Actium (2 September 31 SM), dan tarikh ketika Senat Rom menganugerahkan Octavian dengan gelaran Augustus (6 Januari 27 SM) kesemua ini dikemukakan sebagai calon. Untuk mengelirukan perkara ini lagi, Octavian mengisytiharkan diri sebagai penyelamat Republik Rom dan menyembunyikan kuasanya dengan teliti di bawah bentuk-bentuk republik. Pada kelihatannya, Republik Rom masih hidup: konsul-konsul masih dipilih, tribunal marhaen masih mencipta undang-undang, dan senator-senator masih memperdebatkan di dalam Kuria Rom. Bagaimanapun, Octavian adalah orang yang menguasai kesemua ini serta membuat semua keputusan terakhir, dan jika perlu, legion-legion Romawi akan digunakan untuk menyokong beliau.
Secara tradisi, keakhiran Empayar Rom ditetapkan pada 4 September 476 ketika Empayar Rom Barat jatuh kepada penyerang-penyerang Germanik. Bagaimanapun, pandangan ini mengabaikan dan gagal untuk mengakui Empayar Rom Timur (dikenali secara meluas sebagai Empayar Byzantine) yang melindungi undang-undang dan budaya Rom. Didasarkan pada tradisi-tradisi undang-undang dan kebudayaan Rom, Empayar Rom amat dipengaruhi oleh budaya dan bahasa Yunani, dan telah mengembangkan sifat tersendiri yang dapat dikekalkan, malahan berkembang maju, selama seribu tahun lagi. Pada akhirnya, Empayar Rom ditakluk oleh Empayar Turki Uthmaniyyah pada 29 Mei 1453.
Dari masa Augustus sehingga Kejatuhan Empayar Barat, Rom mendominasikan Eurasia Barat, dan terdiri daripada melebihi separuh bilangan penduduknya. Pengaruh-pengaruh budaya, undang-undang, bahasa, agama, kerajaan, tentera, dan seni bina Rom terhadap tamadun Barat masih dapat dikesan pada hari ini.
[Sunting] Masyarakat Rom
Masyarakat Rom terbahagi mengikut sistem kasta. Kelas yang terendah ialah hamba abdi. Mereka tidak diberi hak langsung dan dimiliki oleh orang lain. Selepas itu ialah kelas plebeian. Kumpulan ini ialah orang bebas tetapi mempunyai sedikit pengaruh dalam pentadbiran negara. Kelas kedua tertinggi ialah equestrian (kadangkala dipanggil kesatria). Nama mereka bermaksud penunggang kuda dan setiap equestrian diberi kuda dan boleh menyertai pasukan berkuda untuk bertempur bagi Empayar Rom. Mereka yang ingin menjadi golongan ini haruslah kaya dan berharta. Kelas tertinggi sekali ialah patricians atau golongan bangsawan. Golongan ini ialah golongan paling berkuasa di Rom dan berhak menjadi ahli Senat Rom.
[Sunting] Pautan luar
- Petak saling tindak Empayar Rom daripada resourcesforhistory.com
- Tabula Peutingeriana, satu salinan peta Rom dari Zaman Pertengahan untuk Empayar Rom
- Rom – Pautan Sejarah Rom
- www.roman-empire.net – tapak web mengenai Empayar Rom
- Grout, James, Ensikopedia Romana
- J. O'Donnell, tapak web Dunia-dunia Zaman Purba Akhiran: pautan, bibliografi: Augustine, Boethius, Cassiodorus dll.
- Galeri potret Maharaja-maharaja Rom
- Empayar Rom pada Abad Pertama daripada PBS: sumber-sumber mengenai Maharaja, pemuisi, serta ahli falsafah Rom, kehidupan pada abad pertama, dan permainan "Maharaja Rom"
- Pemerintah-pemerintah Rom kuno – senarai pemerintah di dunia Rom dari 753 SM - 476
- Gambar-gambar rumah bandar Durnovaria
- Prätorianer - Die Geschichte des römischen Reiches – tapak web Jerman mengenai sejarah Empayar Rom
- Perpustakaan Undang-undang Rom oleh Profesor Yves Lassard dan Alexandr Koptev