Kodiang
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Kodiang merupakan sebuah pekan di dalam daerah Kubang Pasu di negeri Kedah. Ia bersempadan dengan negeri Perlis iaitu kampung Kubang Beruang di Kodiang dan kampung Jelempok, Arau Perlis. Sebahagian besar penduduknya merupakan petani. Bandar terdekat ialah bandar diraja Arau, Perlis jaraknya kira-kira 5 km.
- Kedudukan Latitud: 6.4000 Longtitud: 100.300
- DMS Lat: 6° 24' 0N Long: 100° 17' 60E
- Ketinggian dari paras laut: 291 kaki atau 88 meter.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah
Sebutan mengikut dialek tempatan: [kok diang]. Perkataan Kok Diang adalah asal dari loghat bahasa Siam yang bermaksud 'bukit merah'. Asal Kodiang ialah di Kampung Kodiang Lama terletak 1 km dari simpang empat Pekan Kodiang melalui jalan ke Jitra. Di Kodiang Lama inilah sebuah kampung yang berdekatan dengan bukit Keplu dan Gua Kerbau, di sinilah yang dimaksudkan dengan bukit merah, di mana ketika musim kemarau, dapat dilihat bukit ini akan bertukar warna menjadi ke'merah'an kerana daun pokok yang terdapat di bukit bertukar menjadi merah dan kering.
Masyarakat di sini kebanyakannya tergolong dari bangsa Melayu Islam. Kedai perniagaan dan Lorong Belakang Masjid didiami bangsa Hokkien dan Etnik Cina yang lain. Tidak terdapat penduduk asal dan lama yang menetap disini dari bangsa lain iaitu Siam atau India. Bangsa India hanya sebagai pekerja JKR atau Klinik Kesihatan. Bangsa Siam kebanyakan menetap di Padang Sera kerana di sana terdapat Watt Siam yang besar selain dari di Jejawi Perlis dan Watt yang kecil di Jalan Changloon dan Padang Sera.
Pekan Kodiang di masa era 70-an dan 80-an terkenal dengan pasembor. Terdapat 3 penjual pasembor utama iaitu Kedai Mamak Hussain, Gerai Abd Majid di simpang ke Sanglang dan Kedai Ghani di Medan Mara Stesen bas. Manakala kedai buku utama di Pekan Kodiang ini ialah Toko Buku Othman, dahulu di kaki lima inilah terdapat penjaja roda tiga menjual apom balik dan air minuman sejuk dan air tebu yang diusahakan oleh Wan Mahmud dan anaknya Wan Md Zamri.
[Sunting] Prasarana
- Stesen bas/teksi tempatan
- Pejabat Tabung Haji
- Pasar raya RMT
- Pasar
- Pekan Sehari (Sabtu) dan Pasar Malam (Rabu).
- Balai Polis Pekan Kodiang
- Balai Bomba Sukarela Pekan Kodiang
[Sunting] Pengangkutan
- Bas HBR ke Bandar Kangar Perlis dan Jitra/Alor Setar
- Bas Transnasional(MARA) ke Sanglang/Alor Setar
- Kereta Sewa ke mana sahaja terutama Changloon dan Bukit Kayu Hitam.
- Bas Ekpress ke Kuala Lumpur dan laluannya dari Kangar.
- Stesen Keretapi di Arau. Keretapi Tanah Melayu untuk laluan ke arah Kuala Lumpur dan ThaiRailway untuk laluan ke Padang Besar/Hatyai/Bangkok.
- Lapangan Terbang Sultan Abd. Halim Kepala Batas. Penerbangan ke KLIA dengan pesawat MAS atau AirAsia.
[Sunting] Masjid
- Masjid Jamek Pekan Kodiang Jln Changloon
- Masjid Kg Kodiang Lama, Kg Stesen, Kg Kandis, Kg Bendahara dll.
[Sunting] Talian telefon
- Talian tetap TM 04-925xxxx
- Maxis 012/017 (kuat)
- Celcom 019/013 (Kuat)
- Digi 012 (kuat)
[Sunting] Pejabat pos
- Pos Malaysia Bhd, Jalan Kodiang
[Sunting] Bank
- Bank Pertanian Malaysia,.81E, Jalan Kodiang
- Maybank,4A, Jalan Kodiang
- Tabung Haji
[Sunting] Bekalan elektrik
- Tenaga Nasional Bhd, Jalan Station, Kampung Changkat Logan, Kodiang
- Tenaga Nasional Bhd,Pencawang Guar Sanji, Jalan Arau Kodiang, Arau
[Sunting] Perkhidmatan kesihatan
- Klinik Kementerian Kesihatan Klinik rawatan pesakit luar /Ibu Mengandung/Klinik gigi Jalan Guar, Pekan Kodiang
- Poliklinik Perubatan Azani, Jalan Kodiang, Pekan Bharu, Changlun.
[Sunting] Pendidikan
- SMK Tunku Bendahara
- Sekolah Kebangsaan Kodiang, Pekan Kodiang
- Sekolah Agama Melele, Jalan Kodiang
- Sekolah Kebangaan Tok Kepak, Kodiang
- Sekolah Kebangsaan Tunku Bendahara, Jalan Changloon
- Maktab Pengajian Islam Kedah (MPIK), Jalan Changloon
- Sekolah Menengah Agama Agama Nadhatul, Jalan Kodiang
[Sunting] Ulama atau rujukan agama
- Sheikh Badaruddin Hj Ahmad, Maktab Pengajian Islam Kedah (MPIK)
- Ustaz Farid Wajdi b Dato Tajuddin Al-jarumi, Sekolah Menengah Agama Agama Nadhatul
[Sunting] Kilang padi
- Kilang Beras Pering (K) Sdn Bhd.
- Kilang Beras Soon Seng.
- Syarikat Padiberas Nasional Bhd
- Syarikat Padiberas Nasional Bhd.
[Sunting] Stesen minyak
- Stesen Minyak Fuadurrahman, Jalan Kodiang
- Warisan Kodiang Enterprise, Stesen Minyak Petronas, Pekan Kodiang
- Stesen Minyak Caltex Jln Arau, Pekan Kodiang
[Sunting] Persatuan
- Pertubuhan Peladang Kawasan B2, Jalan Sanglang Batu 4, Kampung Batu 4, 06100 Kodiang
- Syarikat Kerjasama Serbaguna Tunjang Bhd, Pejabat Pasar Minggu, Jalan Kodiang, Pekan Tunjang, 06000 Jitra
Kedah Darul Aman | ||
---|---|---|
Daerah: Baling | Bandar Baharu | Kota Setar | Kuala Muda | Kubang Pasu | Kulim | Langkawi | Padang Terap | Pendang | Sik | Yan | ||
Bandar raya: Alor Star | ||
Bandar: Anak Bukit | Baling | Bandar Baharu | Bedong | Bukit Kayu Hitam | Changlun | Guar Chempedak | Gurun | Jeniang | Jitra | Kodiang | Kota Sarang Semut | Kuah | Kuala Kedah | Kuala Nerang | Kulim | Langgar | Lunas | Merbok | Padang Matsirat | Pendang | Pokok Sena | Sik | Sintok | Sungai Petani | Tokai | Yan | ||
Pulau: Pulau Langkawi | Pulau Payar |