Kuala Kedah
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Kuala Kedah merupakan sebuah kawasan Parlimen di negeri Kedah Darul Aman, di utara Semenanjung Malaysia. Kuala Kedah terletak di bahagian muara Sungai Kedah. Jarak Kuala Kedah dari Alor Star cuma 10 km sahaja.
[Sunting] Ekonomi
Kuala Kedah merupakan kawasan perkampungan nelayan. Nelayan-nelayan menangkap ikan di perairan Selat Melaka dan di Laut Andaman. Bot-bot besar dipunyai oleh tauke-tauke Cina sementara awak-awak terdiri daripada orang tempatan.
Ada sebuah jeti yang dibina oleh kerajaan bagi memudahkan pelancong berkunjung ke pulau Langkawi yang indah itu.
[Sunting] Wakil rakyat
Keputusan pilihan raya Malaysia 2004 seperti berikut:
- Kawasan Parlimen P10 Kuala Kedah (78,791)
- Bilangan pengundi Melayu : 76.84% Cina : 21.17% India: 1.65% Lain: 0.33%
- Hashim Jahaya (Barisan Nasional - UMNO) Jumlah undi: 36,707. Beliau telah diisytiharkan menang pilihan raya tahun 2004
- Mohamad Sabu (PAS) - Penyandang. Jumlah undi: 26,493
- Majoriti-diperolehi : 10,214 , Jumlah Undi : 64,223 , Undi Rosak : 1,023 , % Mengundi : 81.64%
Kedah Darul Aman | ![]() |
|
---|---|---|
Daerah: Baling | Bandar Baharu | Kota Setar | Kuala Muda | Kubang Pasu | Kulim | Langkawi | Padang Terap | Pendang | Sik | Yan | ||
Bandar raya: Alor Star | ||
Bandar: Anak Bukit | Baling | Bandar Baharu | Bedong | Bukit Kayu Hitam | Changlun | Guar Chempedak | Gurun | Jeniang | Jitra | Kodiang | Kota Sarang Semut | Kuah | Kuala Kedah | Kuala Nerang | Kulim | Langgar | Lunas | Merbok | Padang Matsirat | Pendang | Pokok Sena | Sik | Sintok | Sungai Petani | Tokai | Yan | ||
Pulau: Pulau Langkawi | Pulau Payar |