Kuala Muda
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Kuala Muda ialah sebuah bandar perikanan di negeri Kedah, Malaysia, yang terletak di dalam daerah yang mempunyai nama yang sama.
[Sunting] Penjualan ikan borong
Setiap pagi, berbagai-bagai jenis perahu pulang ke Kuala Muda dengan tangkapan ikan, udang, dan sebagainya, dan berlabuh di turus pantai yang berhampiran dengan pasar basah bandar itu. Tangkapan nelayan dijual melalui jualan lelong. Nelayan-nelayan akan mengasing-asingkan tangkapan mereka mengikut jenis, saiz, dan nilai, dan mempamerkannya dalam longgokan. Pembeli-pembeli prospektif akan membisikkan harga tawaran bagi sesuatu longgokan kepada penjual secara langsung. Penjual akan mengumpulkan beberapa tawaran dan menentukan orang yang menawarkan harga yang tertinggi.
Tsunami pada akhir tahun 2004 telah mengakibatkan banyak kemusnahan kepada komuniti perikanan Kuala Muda. Banyak rumah di tepi jalan raya pantai yang menujui ke Kuala Muda telah dimusnahkan oleh ombak tsunami, termasuk pangkalan dan pasar basah. Ketika itu, sebuah khemah sementara terpaksa didirikan untuk bertindak sebagai pasar, sementara menunggu pembinaan pasar yang baru.
[Sunting] Pautan luar
Kedah Darul Aman | ![]() |
|
---|---|---|
Daerah: Baling | Bandar Baharu | Kota Setar | Kuala Muda | Kubang Pasu | Kulim | Langkawi | Padang Terap | Pendang | Sik | Yan | ||
Bandar raya: Alor Star | ||
Bandar: Anak Bukit | Baling | Bandar Baharu | Bedong | Bukit Kayu Hitam | Changlun | Guar Chempedak | Gurun | Jeniang | Jitra | Kodiang | Kota Sarang Semut | Kuah | Kuala Kedah | Kuala Nerang | Kulim | Langgar | Lunas | Merbok | Padang Matsirat | Pendang | Pokok Sena | Sik | Sintok | Sungai Petani | Tokai | Yan | ||
Pulau: Pulau Langkawi | Pulau Payar |
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |