Sejarah Penerbangan Malaysia
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Malayan Airways
Satu inisiatif untuk memulakan servis udara menghubungkan Pulau Pinang dan Singapura oleh Ocean Steamship Company, Liverpool, The Straits Steamship Company, Singapore dan Imperial Airways membawa kepada penubuhan Malayan Airways Limited atau MAL pada 12 Oktober 1937.
Pada 2 April 1947, servis pertama bermula dengan pesawat Airspeed Consul terbang dari Singapura ke Kuala Lumpur. Dalam masa 3 bulan sahaja, servis udara MAL berkembang meliputi Jakarta, Medan, Palembang dan Saigon.
British Overseas Airways Corporation (BOAC - sekarang British Airways), pelopor teknologi udara dan pemegang saham utama dalam MAL, kemudiannya membekalkan perkhidmatan teknikal seperti membaiki pesawat dan latihan. Kehadiran BOAC juga membolehkan MAL menjadi ahli IATA.
Bagi memenuhi keperluan serantau MAL membeli satu DC-3 yang mampu menampung 21 penumpang. Manakala, pada tahun 1958, MAL menambah pesawat mereka dengan memperoleh lima pesawat Beavear dan satu DC-4 Skymaster, dimana pesawat ini digunakan untuk penerbangan ke Hong Kong, destinasi pertama MAL di luar Asia Tenggara.
Proses perkembangan pesawat diteruskan pada tahun 1959 apabila MAL memasuki era jet dengan pembelian pesawat Vickers Viscount. Mnakala pada tahun 1960, satu Lokheed Super Constellation memasuki servis MAL, digunakan untuk sektor Asia.
Melalui pembelian satu Briston Britania, yang mampu menerbangkan 82 penumpang, membolehkan pengangkutan udara meju setapak dimana MAL memulakan penerbangan tanpa henti pertama diantara Kuala Lumpur dan Hong kong
[Sunting] Malaysian Airlines Limited dan Malaysia-Singapore Airlines
Era 60-an menyaksikan perubahan dalam bidang pengangkutan udara. Penubuhan Malaysia pada tahun 1963 membawa kepada penukaran nama Malayan Airways kepada Malaysian Airlines Limited (MAL). Dan sebagai penerbangan kebangsaan, MAL bertanggungjawab menghubungkan Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak dengan Malaysia barat iaitu Semenanjung Malaysia dan Singapura.
Melihatkan pentingnya integrasi diantara Borneo dan Semenanjung Malaysia, maka Borneo Airways bergabung dengan MAL pada tahun 1963 dan membeli 5 F27.
Berikutan dengan kemerdekaan Singapura pada tahun 1966, kerajaan Malaysia dan Singapura mejadi pemegang saham utama di dalam MAL, menyebabkan penukaran MAL kepada Malaysia-Sinapore Airlines atau MSA. MSA memperkembangkan sayapnya dengan memulakan servis ke Manila, Perth, Sydney dan Taipei. MSA juga turut menambah pesawatnya dengan pembelian 3 Boeing 707 dan dua F27 dan mendirikan ibu pejabatnya di Robinson Road, Singapura. Manakala pada tahun 1968, MSA memulakan penerbangan ke Tokyodan Bali pada tahun 1969. Dalam masa setahun saja, MSA mengembangkan sayapnya ke Madras dan Colombo.
Tahun 1971 merupakan tahun yang cukup penting bagi MSA dimana pada tahun ini kerjasama diantara Malaysia dan Singapura berakhir. Perpecahan ini berikutan perbezaan pendapat di antara dua kerajaan. Singapura mahu menumpukan destinasi antarabangsa manakala Malaysia mahu menumpukan kepada perhubungan domestik. Ini menyaksikan lahirnya dua penerbangan, Sistem Penerbangan Malaysia bagi pihak Malaysia pada April tahun yang sama dan Singapore Airlines di pihak Singapura.
[Sunting] Malaysian Airline System
Pada tahun 1972 Malaysia Airline System atau MAS terbang ke 34 destinasi domestik dan enam destinasi antarabangsa. Manakala pada November 1972, MAS menjadi ahli Orient Airlines Association (OAA).
Pada tahun 1973, perkembangan yang pesat menyaksikan MAS menerbangkan 2 juta penumpang. Malah, globalisasi membolehkan MAS menambah destinasi antarabngsanya seperti Amman, Hat Yai dan Jeddah. Manakala, pada tahun 1975, majalah Wings of Gold diperkenalkan.
Pada tahun 1976, MAS memasuki era informasi dimana MAS menggunakan teknologi komputer untuk operasinya. Pesawat DC10 memasuki perkhidmatan membolehkan MAS menawarkan perkhdmatan yang lebih selesa dan efisien. Servis udara ke Frankfurt, Amsterdam dan Paris diperkenalkan.
Pada tahun 1985, melalui Dasar Penswastaan, MAS memasuki sektor korporat dengan menawarkan 70 juta saham untuk didagangkan. Dalam proses permodenan, MAS membina kemudahan membaiki dan membaikpulih pesawat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dan mendirikan ibu pejabat baru di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Bangunan setinggi 36 tingkat ini menelan belanja RM88 juta, kini menjadi salah satu pencakar langit menghiasi Kuala Lumpur.
[Sunting] Malaysia Airlines
Pada tahun 1986, MAS memulakan servis untuk sektor Los Angeles, Amerika Syarikat. Manakala pada akhir tahun 1986, MAS menukar indentitinya kepada Malaysia Airline atau Penerbangan Malaysia. Bermula dari sini, Penerbangan Malaysia berkembang dan kini terbang ke 100 destinasi di seluruh dunia dan menggunakan pesawat-pesawat termoden di dunia. Penerbangan Malaysia juga dipilih untuk sebagai sepuluh penerbangan terbaik dunia dan dianugerahkan sebagai penerbangan lima bintang oleh Skytrax.