Siti Nurhaliza Binti Tarudin
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Siti Nurhaliza | |
Lahir | 11 Januari 1979 Temerloh, Pahang, Malaysia |
---|---|
Tahun aktif | 1995–kini |
Genre | Pop, Irama Malaysia, Balada, Rock |
Perseorangan terbesar | "Biarlah Rahsia" (2006) |
Rekod terbesar | E.M.A.S (2003) |
Label | SNP |
Laman web rasmi | sitizone.com |
Datuk Siti Nurhaliza binti Tarudin (lahir 11 Januari 1979) ialah seorang penyanyi no.1 Malaysia (2004).
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Asal-usul
Siti Nurhaliza dilahirkan di Berek Polis Kampung Awah, Temerloh, Pahang, Malaysia, kepada bapanya Tarudin bin Ismail, seorang polis, dan ibunya Siti Salmah Bachik, seorang suri rumah. Beliau merupakan anak keempat dalam sekeluarga lapan adik-beradik, yang mana salah satu daripada mereka meninggal setelah lahirnya beliau.
Mula-mulanya, Siti digelar "tomboy" disebabkan kelakuannya yang cergas dan kecenderungannya terhadap penampilan kelelakian. Memasuki Sekolah Tabika Perkep, Balai Polis Kampung Awah, Temerloh. Darjah 1 - Darjah 6, memasuki Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford, akhirnya Siti beralih kepada penampilan yang feminin; ibunya yang tersayang membesarkan Siti Nurhaliza menjadi gadis Melayu yang berbudi bahasa dan anggun senantiasa. Melanjutkan pembelajaran ke Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis, Pahang. ( Tingkatan 1 - Tingkatan 5 ). Sewaktu di sekolah menurut Siti sendiri bahawa beliau sangat aktif dalam sukan.
Siti juga merupakan artis yang menjadi jutawan kerana bakat dan usaha, tidak semata-mata keranan undian atau SMS.
[Sunting] Kerjaya
Keluarga Siti Nurhaliza mengadakan persembahan di kebanyakan upacara setempat di kampung halaman mereka, misalnya perkahwinan. Pada usia 12 tahun, Siti mula mempelajari lagu tradisi daripada ibunya, maka teruslah beliau mengikut jejak keluarga beliau dengan menyanyi di majlis-majlis di sekitar tempat tinggalnya.
Kemudian, sementara beliau meneruskan kerjaya menyanyinya, Siti menyertai pelbagai pertandingan bakat tempatan. Pada usia 16, beliau bertanding dalam Bintang RTM 1995. Ketika itu, beliau menemui Adnan Abu Hassan, seorang penggubah terkenal. Adnan membimbing dan membantu Siti dengan persembahan vokal beliau, maka beliau dapat menjuarai pertandingan itu. Selepas itu, Siti ditawarkan kontrak rakaman bersama Suria Records, iaitu tempat kerja Adnan, maka pada tahun 1996 beliau mengeluarkan album sulung beliau, Siti Nurhaliza. Beliau menghadapi cabaran getir sewaktu membikin album pertamanya kerana terpaksa mengimbangkan pembikinan itu dengan persediaan menghadapi peperiksaan SPM. Walaubagaimanapun, beliau hanya lulus SPM dengan keputusan yang cukup-cukup makan sahaja. Sungguhpun demikian, album pertamanya sangat berjaya, dan ini memberi laluan kepada album-album seterusnya yang turut berjaya. [1]
Selepas album sulungnya dihasilkan, Siti Nurhaliza menjadi seorang tokoh yang terkenal dalam persada muzik Melayu. Beliau terus mencatat banyak lagi lagu-lagu hit. Lagunya merangkumi pelbagai jenis irama muzik popular seperti muzik pop, R&B dan Melayu tradisi. Suara dan lirik lagu-lagu beliau menjadikannya amat terkenal dengan remaja tempatan. Oleh itu, beliau mampu mendominasi pelbagai majlis anugerah selama bertahun-tahun.
Baru-baru ini, timbulnya artis baru untuk bersaing, seperti Siti Sarah yang kian mencabar kedudukan Siti sebagai peneraju persada muzik Melayu. Siti juga dikritik oleh beberapa pihak, kononnya kerana gayanya yang ketinggalan zaman, sementara artis-artis lain mengikuti trend pop terkini. Walau bagaimanapun, Siti Nurhaliza masih merupakan seorang tokoh Melayu popular dan ternama. Siti masih menjadi tumpuan peminat, Siti juga pernah mendapat pujian oleh tokoh ulama' dari Indonesia yang menyeru supaya artis-artis mencontohi keperibadian Siti yang tidak pernah lekang dari adat keMelayuan. Boleh dikatakan sudah tiada artis seperti Siti pada hari ini.
Siti menjayakan konsert solo di Royal Albert Hall yang berprestij di London pada 1 April 2005, sungguhpun kebanyakan penonton ketika itu berbangsa Malaysia yang menetap di UK atau datang dari tanahair. Beliau merupakan satu-satunya penyanyi Malaysia selepas Allahyarham Sudirman Hj Arshad yang pernah mengadakan persembahan di dewan tersebut.
Pada tahun 2006 beliau sekali lagi mencipta kontroversi dengan berkahwin dengan Datuk Khalid Muhammad Jiwa dan menjadi Wedding Of The Year. Beliau juga telah mengorak langkah menjadi penggubah apabila mencipta dua lagu yang dimuatkan di dalam album terbarunya Transkripsi iaitu Hati Berbisik dan Intrig Cinta.
Siti Nurhaliza juga telah memeriahkan acara permaidani merah di Anugerah Grammy yang bertempat di Staples Center, Los Angeles pada 11 Februari 2007. Pembabitan Siti Nurhaliza ini menjadikan beliau rakyat Malaysia pertama diberi penghormatan melalui permaidani merah di arena Grammy yang berprestij.
[Sunting] Perkahwinan Siti Nurhaliza dengan Datuk K
Siti telah pun menamatkan zaman bujangnya dengan mengumumkan perkahwinan beliau dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa (bekas suami kepada Tengku Zawiyah Tengku Izham), atau dikenali sebagai Datuk K, seorang ahli niaga, pada 17 Julai 2006 setelah mengharungi banyak khabar angin yang melayang mengenai perkara ini. Mereka mula rapat selepas persembahan konsert di Royal Albert Hall,London.
Majlis akad nikah kedua-dua pasangan itu telah diadakan pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur. Manakala seminggu selepas itu pada 28 Ogos 2006 acara persandingan kedua-dua pasangan ini akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur dan seminggu kemudiannya, di Kuala Lipis iaitu kampung asal Siti Nurhaliza.
Majlis persandingan beliau di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), dihadiri oleh ramai orang kenamaan termasuk tetamu diraja. Persandingan ini disiarkan secara langsung oleh TV3 dan mendapat sambutan hangat dan ditontoni oleh 6.3 juta rakyat Malaysia, sekaligus mencatatkan sejarah dalam penerbitan negara.
Majlis persandingan Siti Nurhaliza & Datuk Khalid di Kuala Lipis dihadiri oleh 10 000 peminat dari serata negeri, termasuk dari Indonesia dan Singapura.
[Sunting] Gelaran Datuk
Belum genap tiga bulan bergelar Datin setelah berkahwin dengan Datuk Khalid, Siti Nurhaliza dikurniakan anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP, yang membawa gelaran "Datuk") oleh Sultan Pahang sempena hari keputeraan baginda.
[Sunting] Syarikat
Siti juga telah menubuhkan syarikat-syarikatnya tersendiri untuk membantu mengembangkan kerjaya beliau sebagai artis dan juga ahli perniagaan. Syarikat-syarikat tersebut adalah Siti Nurhaliza Productions (SNP), Siti Nurhaliza Collections Sdn. Bhd. dan Siti Nurhaliza Marketing Sdn. Bhd.
[Sunting] Album
Siti Nurhaliza kini dalam rangka penghasilan album terbarunya yang berunsurkan irama Malaysia. Album yang menggabungkan komposer Malaysia dan Indonesia ini bakal dipasarkan selewat-lewatnya Ogos 2007. Tajuk album ini masih belum dikenalpasti, namun yang pasti, album ini amat dinantikan oleh peminat kerana hampir 5 tahun Siti tidak mengeluarkan album irama Malaysia.
Album Studio
- Transkripsi (2006)
- Prasasti Seni (2004)
- E.M.A.S (2003)
- Sanggar Mustika (2002)
- Safa (2001)
- Sahmura (2000)
- Pancawarna (1999)
- Adiwarna (1998)
- Cindai (1997)
- Siti Nurhaliza II (1997)
- Siti Nurhaliza (1996)
Lain-lain
- Cerita Cinta Siti Nurhaliza (2006)
- Siti Nurhaliza LIVE In Concert Royal Albert Hall (2005)
- Siti Nurhaliza Fantasia Tour (2004)
- Secretaries Week Celebration Siti Nurhaliza (2004)
- Anugerah Aidilfitri (2004)
- Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir (2002)
- Konsert Mega Siti Nurhaliza (2002)
- Edisi Istimewa Malaysia Book of Record (2001)
- The Best of Siti Nurhaliza (2000)
- Konsert Live Siti Nurhaliza (1999)
[Sunting] Lagu-lagu
Siti Nurhaliza (1996)
- Jawapan Di Persimpangan
- Mahligai Asmara
- Jerat Percintaan
- Antara Waktu Dan Usia
- Sempadan
- Sanggar Bayu
- Cari-Cari
- Bicara Luka
- Kerana Jelinganmu
- Jalanan Berduri
Siti Nurhaliza 2(1997)
- Aku Cinta Padamu
- Wajah Kekasih
- Tirai Semalam
- Demi Kasih Kita
- Kesilapanku, Keegoanmu
- Khayalan Cinta
- Usah Diragui
- Rindu Di Antara Kita
- Bisikan Asmara
- Sri Mersing
- The Colour Of My Love (bonus track)
Cindai(1997)
- Cindai
- Laksamana Mati Dibunuh
- Janji
- Lela
- Kaparinyo
- Es Lilin
- Damak
- Joget Pahang
- Patah Hati
- Joget Berhibur
Adiwarna(1998)- ALBUM TERBAIK 1999
- Purnama Merindu
- Sendiri
- Kitakan Bersama
- Tak Rela Berpisah Darimu
- Laguku Dihatimu
- Diari Hatimu
- Satu Cinta Dua Jiwa
- Demi Kasih Sayang
- Tak Boleh Lupa
- Gelora Asmara
Pancawarna(1999)
- Nian Di Hati
- Seribu Kemanisan
- Engkau Bagaikan Permata
- Salju Kasihnya
- Lelaki
- Kedamaian
- Kau Kekasihku
- Kurniaan Dalam Samaran
- Langkah Di Persada
- Lembaran Cinta Pudar
Seri Balas - ALBUM TERBAIK 2000
- Hati Kama - duet Noraniza Idris
- Ketawa Lagi - duet Noraniza Idris
- Walinong Sari
- Musalmah Manis
- Lenggang-Lenggok - duet Noraniza Idris
- Pulau Pisang
- Dondang Dendang - duet Noraniza Idris
Sahmura(2000)
- Balqis
- Joget Kasih Tak Sudah
- Ya Maulai
- Pawana Sampaikanlah Salam
- Mahligai Permata
- Masri Manis
- Berpantun Kasih
- Zapin Cinta Asmara
- Canggai
- Keroncong Si Endang Endong
Safa(2001)
- Azimat Cinta
- Jalinan Cinta
- Percayalah
- Lakaran Kehidupan
- Kudus Sinarmu
- Kau Ku Sayang
- Beradu Di Khayalan
- Indah Percintaan
- Milikmu Teristimewa
- Bicara Manis Menghiris Kalbu
Sanggar Mustika(2002)
- Nirmala
- Joget Senyum Memikat
- Panas Berteduh Gelap Bersuluh
- Bisikan Hati
- Badarsila
- Syair Kamelia
- Di Batas Waktu
- Sulam Sembilan
- Bunga Melor
- Kurik Kundi
EMAS(2003) - ALBUM TERBAIK 2004
- Bukan Cinta Biasa
- Debaran Cinta
- Untuk Selamanya
- Ku Yakini
- Oda Bumi Anbia
- Janji Kasih
- Sebenar Cinta
- Airmata Ibu
- Ku Milikmu
- Di Sini Ku Berjanji
Anugerah Aidilfitri(2004)
- Anugerah Aidilfitri
- Mekar Hari Raya
- Meriah Suasana Hari Raya
- Sesuci Lebaran
- Nazam Lebaran
- Suara Takbir
- Bila Raya Menjelma
- Air Mata Syawal
- Nikmat Hari Raya - duet Artis SRC
- Aidilfitri Di Alaf Baru - duet Artis SRC
Prasasti Seni(2004)
- Dialah Di Hati
- Pendirianku
- Cinta Tak Berganti
- Cahaya Seribu Liku
- Hanya Dirimu
- Lagu Rindu
- Sakti
- Pejam Matamu
- Kembalikan Indah
- Ku Menunggu
- Seindah Biasa
Transkripsi(2006)
- Siti Situ Sana Sini
- Biarlah Rahsia
- Destinasi Cinta
- Cuba Untuk Mengerti
- Hidup Penuh Bicara
- Bila Harus Memilih
- Pastikan
- Hati Berbisik
- Rupanya Kita Serupa
- Tanpa Dendam Di Hati
- Intrig Cinta
- Impiankan Nyata
- Bisakah
Lain-Lain
- We'll Be As One (Edisi Istimewa Malaysia Book of Records)
- Don't Put My Heart On Hold (Edisi Istimewa Malaysia Book of Records)
- Mawarku
- Tiga Malam
- Say It Isn't So (Duet bersama Gareth Gates)
- Lagu Gembira
- Kini Kau Disisi
- Dalam Taman Syahdu (The Best of Siti Nurhaliza)
- Gelora Kasih (The Best of Siti Nurhaliza)
- Pandang Pandang Jeling Jeling - duet Tan Sri SM Salim
- Bergending Dang Gong - duet Tan Sri SM Salim
- Dua Dunia - duet Too Phat
- Million Miles - duet Too Phat
- Pohon Asmara
- Untuk Terakhir Kali
- Cahaya Cinta (Cerita Cinta Siti Nurhaliza)
- Because You Loved Me (Cerita Cinta Siti Nurhaliza)
- Yue Liang Dai Biao Wo De Xin (Moon Represents My Heart)(Cerita Cinta Siti Nurhaliza)
[Sunting] Anugerah yang dimenangi
Sepanjang karier beliau, Siti Nurhaliza telah dianugerahi lebih daripada 100 anugerah dari dalam dan luar negara sehingga dimasukkan di dalam The Malaysia Book of Record - dua kali.
[Sunting] 2007
- ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2006
- Penyanyi Wanita Popular
[Sunting] 2006
- ANUGERAH DARJAH INDERA MAHKOTA PAHANG
- Membawa Gelaran Datuk
- ANUGERAH ERA 2006
- Vokal Wanita Pilihan
- ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2006
- Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) - Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall
- ANUGERAH PLANET MUZIK 2006
- Penyanyi Wanita Paling Popular
- ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2005
- Penyanyi Wanita Popular
- ANUGERAH JUARA LAGU KE-20
- Juara Lagu Pilihan Penonton - Cindai
[Sunting] 2005
- THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS
- "Artis Malaysia Pertama (membuat persembahan secara solo di Royal Albert Hall London)"
- ANUGERAH ERA 2005
- Vokal Wanita Pilihan
- ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2005
- Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) - Prasasti Seni
- Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu - Seindah Biasa
- Anugerah Kembara
- HITZ1
- Persembahan Terbaik
- Lagu Paling Popular - Lagu Rindu
- Tempat Kedua Lagu Terbaik - Lagu Rindu
- ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2004
- Bintang Paling Popular
- Penyanyi Wanita Popular
- ANUGERAH PLANET MUZIK 2005
- Artis Wanita Popular
- Lagu Paling Popular - Lagu Rindu
- MTV ASIA AWARDS 2005
- Favourite Artist Malaysia
[Sunting] 2004
- SCTV MUSIC AWARDS
- Artis Asing Paling Ngetop
- ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2004
- Album Terbaik - E.M.A.S
- Album Pop Terbaik - E.M.A.S
- Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu - Bukan Cinta Biasa
- Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) - E.M.A.S
- Anugerah Kembara
- ANUGERAH PERSONALITI HIBURAN 2003
- Artis Wanita Paling Bergaya
- Penyanyi Wanita
- PILIHAN PEMBACA MAJALAH MANJA
- Wajah Manja 2003
- Artis Pilihan (Wanita) 2003
- Artis Global 2003
- ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2003
- Penyanyi Wanita Popular
- THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS (Gold Edition)
- "Most Awards Won Artiste" - 112 anugerah
- ANUGERAH PLANET MUZIK 2004
- Artis Wanita Terbaik
- Artis Wanita Popular
- Lagu Paling Popular - Bukan Cinta Biasa
- ANUGERAH URS
- Bintang Remaja Paling Glamour
- Bintang Wanita Paling Glamour
- Artis Paling Glamor & Popular
- MTV ASIA AWARDS 2004
- Favourite Artist Malaysia
- ANUGERAH SENIMAN
- Pingat Bintang Seniman
- MACP (Music Author’s Copyright Protection Berhad)
- Pencipta Muda Berpotensi
[Sunting] 2003
- ANUGERAH JUARA LAGU KE-17
- Persembahan Terbaik - Nirmala
- Juara Kategori Irama Malaysia - Nirmala
- MTV ASIA AWARD 2003
- Favourite Music Artist - Malaysia
- ANUGERAH PERSONALITI HIBURAN 2002
- Anugerah Khas Personaliti Hiburan Wanita
- Personaliti Penyanyi Wanita
- ANUGERAH PLANET MUZIK 2003
- Artis Wanita Terbaik
- Artis Wanita Paling Popular
- Anugerah Khas
- ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2003
- Vokal Terbaik Wanita Di Dalam Album - Sanggar Mustika
- Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu - Merisik Khabar (Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir)
- ANUGERAH JUARA LAGU KE-18
- Persembahan Terbaik - Ku Milikmu
[Sunting] 2002
- ANUGERAH CERIA MEDIA HIBURAN
- Artis Jelita
- ANUGERAH PLANET MUZIK SINGAPURA 2002
- Artis Wanita Terbaik
- Artis Wanita Paling Popular
- MTV ASIA AWARD 2002
- Favourite Music Artist - Malaysia
- ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2002
- Vokal Terbaik Wanita Di Dalam Album - Konsert Mega Siti Nurhaliza
- KONSERT HITS PILIHAN PENDENGAR RMKL
- Persembahan Terbaik - Bicara Manis Menghiris Kalbu
- VOICE OF ASIA 2002
- Juara Grand Prix
- Anugerah ERA 2002
- Lagu Etnik Pilihan - Nirmala
- Video Muzik Pilihan - Nirmala
- Vokal Wanita Pilihan
- ANUGERAH BINTANG POPULAR 2002
- Penyanyi Wanita Popular
- ANUGERAH PARTI CIT CAT
- Artis Paling Popular
- Ratu Diva No. 1
[Sunting] 2001
- ANUGERAH PLANET MUZIK SINGAPURA 2001
- Penyanyi Wanita Terbaik
- Penyanyi Wanita Popular
- Lagu Paling Popular - Balqis
- PILIHAN PEMBACA MEDIA HIBURAN
- Artis Balada Sensasi PPMH 2001
- ANUGERAH MUZIK INDONESIA 2000
- Artis Luar Negara Paling Berhasil Di Indonesia
- ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2001
- Persembahan Vokal Terbaik - Sahmura
- Album Pop Etnik Terbaik - Sahmura
- THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS
- "Most Awards Won Artiste"
- ANUGERAH URS
- Artis Remaja Paling Glamour
- Model Paling Glamour
- Lagu Cinta Paling Glamour - Kau Kekasihku
- ANUGERAH ERA
- Vokal Wanita Terbaik Pilihan
- Lagu Pop Terbaik Pilihan - Percayalah
- Video Klip Terbaik Pilihan - Percayalah
- Lagu Etnik Terbaik Pilihan - Pandang Pandang Jeling-Jeling
- Kumpulan/Duet Terbaik Pilihan - Bersama Tan Sri S.M Salim
- ANUGERAH BINTANG POPULAR 2001
- Bintang Paling Popular
- Penyanyi Wanita Popular
- JUARA LAGU 2001
- Persembahan Terbaik - Ya Maulai
- Juara Pop Rock - Engkau Bagaikan Permata
[Sunting] 2000
- ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2000
- Persembahan Vokal Wanita Terbaik - Pancawarna
- Anugerah Kembara
- Album Pop Etnik Terbaik - Seri Balas
- Album Terbaik - Seri Balas
- ANJURAN PAPITA 2000
- Anugerah Personaliti Terbaik
- ANUGERAH BINTANG POPULAR 2000
- Penyanyi Wanita Paling popular
- Artis Paling Popular
- ERA CORNER 2000
- Penerima Anugerah Tempat Ke-2
- JUARA LAGU 2000
- Juara Kategori Balada - Kau Kekasihku
- Juara Kategori Etnik Kreatif - Balqis
- Juara Lagu 2000 - Balqis
[Sunting] 1999
- ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1999
- Persembahan Vokal Terbaik - Adiwarna
- Album Pop Terbaik - Adiwarna
- Album Terbaik AIM 1999 - Adiwarna
- JUARA LAGU 1999
- Juara Kategori Balada - Purnama Merindu
- Juara Kategori Irama Malaysia - Hati Kama
- FESTIVAL MUZIK SHANGHAI 1999
- Piala Emas Pertandingan Nyanyian
- PERTANDINGAN NYANYIAN ANTARABANGSA PASIFIK SELATAN '99 AUSTRALIA
- Pemenang Pop/Top 40 Kategori Lagu Antarabangsa - We'll Be As One
- Persembahan Vokal Terbaik Wanita - We'll Be As One
- ANUGERAH BINTANG POPULAR 1999
- Penyanyi Wanita Paling Popular
- Artis Paling Popular
- PILIHAN PEMBACA MEDIA HIBURAN
- Artis Jelita Sensasi PPMH '99
- Artis Paling Sensasi PPMH '99
- PERTANDINGAN POSKAD SENSASI MANGGA
- Pemenang Pertama (pilihan peminat)
- COVER TERCANTIK MAJALAH WANITA
- Cover Majalah Wanita Terbaik 1999
[Sunting] 1998
- ANUGERAH BINTANG POPULAR 1998
- Penyanyi Wanita Paling Popular
- Artis Paling Popular
- JUARA LAGU 1998
- Juara Kategori Irama Malaysia - Cindai
- Juara Lagu - Cindai
- ANUGERAH CARTA RIM 1998
- Pencapaian Album Melayu Terbaik - Adiwarna
[Sunting] 1997
- ANUGERAH MUZIK SINGAPURA 1997
- Artis Baru Wanita popular
- Lagu Paling Popular - Mawarku
- ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1997
- Lagu Terbaik AIM 1997 - Jerat Percintaan
- Artis Baru Wanita Terbaik
- ANUGERAH BINTANG POPULAR 1997
- Artis Remaja Paling Popular
- Penyanyi Wanita Paling Popular
- Penghibur TV Paling Popular
- Artis Paling Popular
- PILIHAN PEMBACA MEDIA HIBURAN - PPMH 1997
- Artis Wanita Jelita 1997
- JUARA LAGU 1997
- Persembahan Terbaik - Aku Cinta Padamu
- Juara Kategori Balada - Aku Cinta Padamu
- CARTA RADIO 3 SHAH ALAM 1997
- Persembahan Terbaik - Aku Cinta Padamu
[Sunting] 1996
- JUARA LAGU 1996
- Persembahan terbaik - Jerat Percintaan
- Juara Kategori Balada - Jerat Percintaan
- Juara Lagu 1996 - Jerat Percintaan
[Sunting] 1995
- BINTANG HMI 1995
- Juara Bintang HMI 1995 - Camar Yang Pulang
[Sunting] Lain-lain
- Duta Elegance Tiara Collection(2006)
- Duta Pantene SHINE(2006)
- Jurucakap Olay Total Effect(2006)
- Duta Pencegahan Dadah Agensi Anti Dadah Kebangsaan(2006)
- Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk(2006)
- Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP)
- Darjah Kebesaran Ke-4 Negeri Pahang
- Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP)
- Duta Muhibah PBSM
- Model Nippon Wiper Blade (NWB)
- Model/Jurucakap Maybelline New York
- Model untuk BLEU dan PEPSI (2002)
- Model untuk Mitsubishi Trium
- Duta "With All Our Hearts’ Charity Fund" Jusco (2002)
- Duta TM Net (2002)
- Bintang Universe of Corum (2002)
- The Most Successful Talent in Malaysia Music Industry
- Anugerah Puteri Remaja (2002)
- Daripada Puteri UMNO
- Johan Setia Mahkota (JSM) (2003)