Sulaiman al-Qanuni
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sultan Sulaiman Al-Qanuni merupakan tokoh negarawan Islam yang terulung di zamannya. Di kagumi kawan dan lawan, Sultan Sulaiman berjaya menyebarkan Islam sehingga ke rantau Balkan di Eropah meliputi Hungary, Belgrade, Austria, benua Afrika dan Teluk Parsi. Dilahirkan di Trabzon. Seawal usia 7 tahun, beliau telah dididik dengan ilmu kesusasteraan, sains, sejarah, teologi & taktik ketenteraan di Istana Topkapi, Istanbul. Di barat, beliau dikenali dengan nama Sulaiman The Magnificent (Sulaiman yang Hebat)
Beliau merupakan pentadbir yang mementingkan hak kesamarataan tanpa mengira pangkat dan darjat. Malah, di bawah pentadbiran Sultan Sulaiman Al-Qanuni, umat Islam & orang Yahudi dalam hidup dengan aman damai. Kaedah pemilihan beliau yang ketat dalam perlantikan gabenor membantu beliau untuk melaksanakan undang-undang Islam dengan berkesan. Tanpa memilih populariti atau status sosial seseorang, beliau sendiri akan merisik tentang keperibadian bakal gabenor yang dilantik untuk memastikan wakil atau gabenor kerajaan Bani Turki Uthmaniyyah benar-benar bersih dan cekap.
Dalam usaha beliau untuk menyatupadukan umat Islam, beliau telah menewaskan kerajaan Bani Mamluk dan seterusnya menjadi Khalifah berserta dengan jawatan Khadamul Haramain. Selepas berjaya menewaskan kerajaan Bani Mamluk, usahanya pula tertumpu untuk menjatuhkan kerajaan Parsi di bawah pemerintahan Shah Ismail dan kerajaan Bani Abbasiyyah di bawah pemerintahan Khalifah Al-Mutawakkil. Selepas tahun 1525 M, keseluruhan kawasan Asia Tengah di bawah pemerintahan Sultan Sulaiman Al-Qanuni.
Beliau digelar Al-Qanuni kerana jasanya dalam mengkaji dan menyusun semula sistem undang-undang kerajaan Bani Turki Uthmaniyah dan perlaksanaannya secara teratur dan tanpa kompromi berikutan keadaan masyarakat Islam Turki Uthmaniyah ketika itu mempunyai latar belakang dan sosio budaya yang berbeza. Pergaulan antara bangsa yang berbeza (walaupun agama yang sama) membuatkan pelbagai konflik kecil yang berlaku & ini boleh menggugat keselamatan umat Islam. Keadaan ini menyebabkan beliau membuat penyusunan & kajian tentang budaya masyarakat Islam Turki Uthmaniyah yang datang dari Eropah, Parsi, Afrika & Asia Tengah untuk diselaraskan dengan kehendak undang-undang Syariah Islamiyah.