Gula
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Gula merupakan sejenis pemanis yang telah digunakan oleh manusia sejak 2000 tahun dahulu untuk mengubah rasa dan sifat makanan dan minuman. Dalam kegunaan am, orang-orang yang bukan ahli sains menggunakan perkataan "gula" untuk bermaksud sukrosa atau sakarosa yang merupakan disakarida berhablur yang berwarna putih. Gula yang dibuat secara dagangan datang daripada pokok tebu atau pokok bit gula. Dalam senarai ramuan, mana-mana satu perkataan yang berakhir denga "osa" mungkin merupakan gula. Dalam istilah masakan, gula dikenali sebgai makanan yang memberikan rasa manis.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Jenis gula
[Sunting] Monosakarida
Monosakarida atau gula ringkas menyimpan tenaga yang boleh digunakan oleh sel-sel biologi. Gula ini mempunyai satu molekul sahaja.
- Glukosa terdapat dalam dekstrosa dan gula darah.
- Fruktosa atau levulosa terdapat dalam gula buah.
- Galaktosa terdapat dalam susu.
[Sunting] Disakarida
Disakarida merupakan dua molekul yang diikat melalui pemeluwapan:
- Sukrosa yang terdapat dalam gula pasir merupakan gabungan satu molekul glukosa dengan satu molekul fruktosa.
- Laktosa yang terdapat dalam gula susu merupakan gabungan molekul glukosa dengan molekul galaktosa.
- Maltosa yang terdapat dalam gula malt merupakan gabungan dua molekul glukosa.
[Sunting] Gula di Malaysia
(Sila lihat rencana Pengedaran Gula di Malaysia)
Pengeluaran gula negara kini dikuasai oleh empat kilang iaitu:-
- Malayan Sugar Manufacturing (MSM),Prai, Pulau Pinang
- Central Sugar Refinery (CSR), Shah Alam, Selangor
- Gula Padang Terap (GPT), Padang Terap, Kedah
- Kilang Gula Felda Perlis (KGFP), Chuping, Perlis.
[Sunting] Lihat juga
- Gula merah (Gula Melaka)
- Gula hangus