Hospital
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Hospital ialah tempat pesakit menerima rawatan daripada doktor, pembantu perubatan, jururawat, bidan atau petugas kesihatan yang lain. Saiz pusat pesihatan ini lebih besar daripada poliklinik, klinik, pusat kesihatan atau klinik desa.
Semenjak zaman Rasulullah s.a.w, pasukan perubatan telah mengiringi tentera Islam yang tercedera. Pasukan perubatan ini dianggap sebagai 'hospital' terawal dalam sejarah Islam.
Dengan berkembangnya ilmu dan kepakaran Islam dalam bidang perubatan, lebih banyak hospital didirikan.
Hospital-hospital ini menyediakan perkhidmatan dan rawatan kepada orang umum tanpa mengira penyakit atau darjat. Pesakit hanya diasingkan mengikut jantina. Jururawat wanita merawat pesakit wanita, jururawat lelaki merawat pesakit lelaki.
Di Malaysia, hospital yang terbesar dan terpenting ialah Hospital Besar Kuala Lumpur. Lain-lain hospital ialah Hospital Selayang, Hospital Serdang, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Putrajaya, Hospital Universiti dan lain-lain.
Hampir setiap bandar mempunyai hospital yang dibina dan dibiayai oleh kerajaan dan boleh dikatakan semua perkhidmatan adalah percuma sehingga kini.
Wujud juga hospital swasta yang tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Kumpulan JCorp (Johor Corporation) banyak membina hospital swasta (bawah jenama Kumpulan Perubatan Johor. Hospital swasta diwujudkan antara lain bagi menarik pesakit dari negara Singapura, Brunei dan Indonesia datang ke Malaysia menerima rawatan seperti pesakit Malaysia pernah ke Manila, Filipina untuk pembedahan jantung berlubang suatu ketika dahulu.
Lihat juga Daftar hospital di Malaysia